Cinch Shake Mix FAQ

Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:
Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

Cara terbaik minum Cinch Shake
Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Credit

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505

*TESTIMONI BERGAMBAR : Parut hilang - Wajah cantik dan segar bermaya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Saya nak kongsi testimoni customer saya, Cik Yan yang konsisten dengan pengambilan suplemen SHAKLEE sejak Oktober 2011.

"Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya.
Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.
Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang!"

Produk yang Cik Yan ambil : Vitamin C, Vitamin E, B-Complex dan Alfalfa (Baca fungsi setiap suplemen tersebut di sini). Selain itu, dia juga mengamalkan minum air masak secukupnya. Nak cuba atau pertanyaan? Hubungi saya...


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505

TESTIMONI (PENGGUNA) : OMEGA GUARD & STROKE


Awal bulan June lepas, Puan Ain order sebotol Omega Guard utk ayahnya yang mengalami masalah stroke kecil. Malam tadi, beliau ingin repeat order dan membawa berita gembira!

"Ain nak order omega guard sebotol. Ingt x dlu abah ain kena minor stroke? Skrg, alhamdulillah, dh pulih sepenuhnya. Cuma ada lenguh sendi sikit. :)....Share lah ye kak tntg kebaikan omega ni, biar smua org dpt manfaat.."

Alhamdulillah...terima kasih Ain sudi share dengan akak dan pembaca RahsiaVitamin yang lain. Mudah2an abah Ain sentiasa sihat dan dilindungi Allah dari penyakit yang tidak diingini. Amin.....


Kenapa Shaklee Omega Guard?

Sebabnya....Ia bagus utk JANTUNG, SENDI & OTAK! Sesuai utk dewasa dan kanak-kanak 1thn ke atas.

 Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

♥ OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

♥ Minyak Ikan Terbaik Di Dunia - Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan JANTUNG dan SENDI anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi OTAK.

*sumber: Shaklee Malaysia

Info Omega Guard di sini


*DISCLAIMER : Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada individu. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


credit

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

SHAKLEE & HEALING CRISIS : PENING, LOYA, SAKIT KEPALA DSB..JANGAN BERHENTI!!!


Wokeh! Entry kali ni saya nak cerita pasal HEALING CRISIS. Apa itu HEALING CRISIS? Sebab ada yang tanya, apa kesan makan ubat ni? Oh ye! Sebelum tu, meh saya betulkan term ubat kepada vitamin/suplemen. Shaklee adalah suplemen, bukan ubat. Ubat adalah sangat berbeza dengan suplemen. Suplemen adalah makanan kepada tubuh yang membantu memulihkan sistem tubuh secara perlahan, manakala ubat adalah untuk menghilangkan kesan penyakit, dan kesannya pantas.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • penat melampau
  • mengantuk sokmo
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, minumlah banyak plain water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

*Bukan semua orang kena HEALING CRISIS ni. Bergantung pada tubuh seseorang.


Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punya perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang org menghantar perabot serta memenuhi ruang kosong dalam rumah..sure rumah tu “pening” terima perabot..hehe ). pastinya individu itu sendiri perlukan masa utk menyesuaikan diri.

Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

Antara simptom2 dan punca2 HEALING CRISIS:

Healing Crisis
Possible Reasons/Causes
Lethargy, sleepiness
Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
Headache, heavy headed
High blood pressure, sign of detoxification
Fever, slight fever, restlessness
Increase metabolism, stimulate body immune function
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine
Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
Flatulence, gassy stomach
Poor digestive system
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff
Poor liver function, poor colon health and elimination system
Mucus production such as, phlegm, running nose
Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
Nasal bleeding
May be a sign of anaemia
Muscles and joints are aching and pain
Acidic body, toxins accumulated at the affected area
Increased pain in affected part of body
Speed up the healing process
Insomnia or hyperactive
Poor nervous system
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion
Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
Bleeding with bowel movements
May be haemorrhoid
Dizziness, hunger
Hypoglycemia, anaemia
Nausea, constipation, hiccups
Poor digestive system, liver problem
Slight edema (swelling)
Kidney problem

InsyaAllah, nanti saya ceritakan lagi pasal HEALING CRISIS ni supaya anda lebih faham dan rasa seronok serta bersemangat nak makan Shaklee.

*credit to Hadha

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

KALSIUM-MAGNESIUM KURANGKAN KEKEJANGAN IBU HAMIL!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sepertimana yang kita sedia maklum, ibu mengandung memerlukan banyak Kalsium sepanjang tempoh kehamilan. Untuk keperluan diri sendiri dan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung. Walaubagaimanapun, wanita yang mengelak/tidak boleh mengambil makanan tenusu adalah cenderung mengalami kekurangan kalsium.

Hakikatnya, suplemen Kalsium adalah sangat penting terutama apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester 3 mengandung, di mana pertumbuhan sistem skeletal bayi adalah di waktu kemuncaknya, dan tulang & gigi bayi sedang membentuk. Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium per jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg - 300 mg kalsium sehari!!!

Kalsium juga membantu sistem peredaran darah, sisitem maskular dan sistem saraf berjalan dengan lancar. Jika tiada jumlah kalsium yang mencukupi di dalam diet harian anda, maka jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi akan diambil secara terus dari tulang anda!

Kekurangan Kalsium dalam aliran darah boleh menyebabkan kekejangan di bahagian kaki ibu mengandung terutamanya di waktu malam. Malah ada yang beranggapan fenomena ini adalah suatu 'ketidakselesaan normalbagi ibu mengandung!

Benarkah?
*image googled*

Hakikatnya, kekejangan kaki ini boleh dikurangkan, malah dielakkan sekiranya si ibu mengambil jumlah kalsium harian yang mencukupi!

Kalsium dan magnesium bekerja secara sinergi.

Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja, manakala Magnesium merehatkan otot. Selain itu, Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.

Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran. Jadi, jika anda kurang mengambil produk tenusu dalam diet harian anda, pastikan anda mengambil makanan tambahan Kalsium yang lengkap dengan nisbah Magnesium yang sepatutnya!

Di Shaklee, kami mempunyai suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin-D dan banyak lagi, yang dikenali sebagai Shaklee OsteMatrixVitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

Sebiji OsteMatrix mengandungi 250mg Kalsium, beserta nisbah Magnesium yang bersesuaian. Jadi, mudah untuk anda mengira berapakah jumlah kalsium (dan magnesium) yang telah anda ambil untuk hari ini! Ianya juga mudah untuk ditelan. Seperti biasa, hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa!


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

Untuk ibu hamil. pastikan cukup kalsium utk kurangkan komplikasi ketika meneran . dan jika anda WANITA.. jgn abaikan kalsium


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

saya suka info di bawah ini tentang keperluan kalsium dan kaitannya dgn wanita.. Jom baca.. sumber asal : here
__________________________
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
________________
Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

ESP Shaklee : Jom baca keseronokkan mereka!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Setiap orang akan mempunyai testimoni yang berbeza. Apa yang saya kongsikan hanyalah sebagai satu perkongsian dan tidak boleh dijadikan satu panduan yang pasti. Namun untuk mendapatkan hasil yang hampir sama, pastikan pengambilan supplement lengkap dengan air yang mencukupi, jadual makan yang teratur serta bagi ibu menyusu perlu konsisten mengepam.

Mengapa mereka suka ESP*?







 Anda ingin mencuba? Boleh pm / email/ whatsapp saya untuk mendapatkannya!

ESP dengan wajah baru!

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :      017 239 4505

Kesuburan :Impian pasangan menimang cahayamata.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya pernah menonton satu rancangan tv , berkisar tentang supplement yang sesuai untuk mengatasi masalah kesuburan. Doktor tersebut menyarankan si suami mengamalkan pengambilan vitamin E dan perlu dengan selenium. Doktor tersebut sendiri memaklumkan selenium biasanya dijual secara berasingan dan vitamin E akan lebih berkesan jika diambil bersama selenium.
Selepas itu saya ke farmasi membelek botol2 vitamin...memang betul ada dijual secara berasingan selenium itu.

Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang turut amalkan Shaklee, beliau seorang doktor. Beliau sendiri mengatakan bagusnya Shaklee ini kerana vitamin E lengkap dengan selenium dan sebab inilah ia mudah nampak hasil dan kesan kepada si pengamal.

Terdapat beberapa pasangan yang telah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat yang meminta cadangan supplement apa yang sesuai diamalkan terutama bagi mereka yang ada masalah kurang subur. Saya cuma menyarankan vitamin asas seperti protien, multivit, viamin b dan c manakala si suami bagus amalkan tambah zinc dan vitamin E.*

Namun tidak boleh bergantung sepenuhnya melalui vitamin semata-mata. Si pasangan ini perlulah sama-sama berusaha untuk kehidupan yang seimbang dengan emosi yang stabil dan mampu mengawal tekanan. Adakala hormon yang tidak stabil boleh menjejaskan penghasilan sperma dan ovum. Kadang kala cara hidup yang sibuk, stress dan keletihan akan menyebabkan kemurungan, kedinginan dan akhirnya mengganggu emosi.

Amalkan cara hidup yang sihat...Tips yang MUDAH!



Biasanya pasangan ini digalakkan mempunyai cara hidup yang sihat iaitu bersenam dan mempunyai aktiviti riadah setiap hari. Makanan yang seimbang serta sentiasa memanjatkan doa pada pencipta iaitu AL Khaliq kerana manusia hanya mampu berusaha.

Supplement ini hakikatnya adalah part of usaha semata-mata. Tiada jaminan pun ia akan memberi impak yang sama pada setiap orang. Maka apa yang dikongsikan dalam mana2 testimoni hanyalah sebagai satu perkongsian yang baik dan moga ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Berminat nak dapatkan Vitamin E Shaklee yang lengkap dengan selenium? Sila pm saya dan dapatkan konsultasi penuh !
credit


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :      017 239 4505

Pastikan minum cukup air di kala cuaca panas ini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Semenjak kebelakangan ini, cuaca sangat panas. Sama ada pembakaran yang terjadi itu adalah buatan manusia atau berpunca dari cuaca yang panas terik mengundang jerebu di kala ini.

Waktu begini saya sangat gemar minum air Performance drink bersama air sejuk.
Anak-anak saya bekalkan minuman ESP dan PD sebelum mereka ke sekolah. Saya turut belikan beberapa minuman kotak kegemaran mereka agar mereka banyak minum.
Saya turut mandikan mereka 3 kali sehari agar suhu mereka tidak naik mendadak dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Waktu begini, saya pastikan rumah saya mempunyai stok bekalan minima 2 canister untuk kami sekeluarga consume.


Apa sebenarnya Performance Drink?*

Shaklee Performance® is clinically proven to hydrate better than water. Plus, Performance has more electrolytes and provides more energy than the leading hydration drink. Our proprietary OPTI-LYTE� electrolyte blend plus our unique mix of carbohydrates delivers instant and sustained energy and supports optimal hydration.

Clinically Proven

Minimizes fluid loss for enhanced hydration
Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output and to increase stamina
Increases endurance for better athletic performance
No artificial flavors, sweeteners or added preservatives.

Clinically Proven
We call it Performance for good reason. Clinical tests with high-level athletes.

Shaklee Performance® Sustains Energy!
More energy! More endurance! The longer and tougher your workout, the better Performance gets.


Alhamdulillah , dengan izin ALLAH jua ia membantu dari rasa kekeringan dan ia juga saya bekalkan bila anak demam atau kurang sihat. Hanya simpan dalam peti ais selepas membukanya !

credit
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :      017 239 4505

Cari Blog Ini