Memaparkan catatan dengan label hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hamil. Papar semua catatan

WANITA GEMUK SUKAR HAMIL

Badan yang besar biasanya mempunyai masalah hormon. Apabila hormon tidak seimbang, maka ia akan menjejaskan kitar haid. Kitar haid yang tidak seimbang inilah yang akan mengakibatkan masalah wanita yang gemuk tidak boleh mengandung. Ada juga yang gemuk tetapi boleh mengandung, itu terjadi mungkin hormonnya stabil. Bestnya jadi orang macam tu kan? 

Bagi mereka yg bermaaslah boleh lah mencuba set diet & kesuburan Shaklee.

Antaranya ialah:

1. Cinch
Mengandungi nilai kalori yang rendah tetapi tinggi protein. Mempunyai leusine yang membakar lemak dan membina otot


2. ESP
Membantu membentuk tisu rahim yang sihat
Membantu membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna untuk meningkatkat peluan persenyawaan


3. Lecithin
mencairkan lemak dan kolestrol


4. Herb Lax
membersihkan usus supaya dapat bertindak cemerlang


5. GLA Complex
Mengembalikan keseimbangan hormon wanita
Melancarkan period
Membentuk persekitaran rahim yang sihat bagi memanjang jangka hayat sel sperma sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.




Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

KENCING MANIS KETIKA HAMIL (DIABETES GESTATIONAL)

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 


Kawal masalah kencing manis dgn set SHAKLEE:

=> B COMPLEX - yg menukar makanan lemak, karbo, protien kpd tenaga sekaligus mengurangkan keletihan.

=> VITALEA multivitamin & mineral yg lengkap dgn zat besi utk kesihatan optimum dan membantu meningkatkan HEMOGLOBIN.

=> VITA C antioksidan semulajadi yg mengukuhkan kapilari dan saluran drh.

=> ESP membekal tenaga dan indeks glisemik yg rendah sgt sesuai kpd pghidap kencing manis.


=> OSTEMATRIX kalsium magnesium yg lengkap dan seimbang dgn kadar penyerapan 99%. Menguatkan tulang dan gigi serta membekalkan kalsium yg mencukupi utk ibu dan bayi.


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Peranan suami ketika isteri mengandung!


1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.

4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “

Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

Vitamin yang perlu untuk ibu mengandung

Mengandung adalah saat yang indah bagi seorang ibu dalam menantikan kelahiran si kecil. Namun penantian selama 9 bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar bayi di dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan baik.

Sayangnya segelintir ibu2 tidak mengendahkan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan walhal vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu mempunyai cukup zat dan khasiat untuk terus membekalkan kepada si kecil dalam perut ibu.



Baru-baru ini saya ke rumah bidan menemami sahabat saya berurut dan kami bertemu dengan seorang ibu yang baru selesai berurut dengan bidan yang sama. Sambil memegang bayinya yang sangat kecil. Bayinya lahir cukup bulan dengan berat hanya 2.1kg sahaja. Sangat kecil dibandingkan dengan saiz badan ibunya yang besar. Saya mengambil peluang memegang bayi tersebut dan bertanya apakah si ibu itu mengamalkan vitamin sepanjang mengandung? Si ibu menjawab tidak kerana berat badannya naik ketika mengandung membuatkan beliau khuatir baby di dalam kandungannya besar. 

Hakikatnya sebagai ibu yang mengandung, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh pengambilan vitamin sepanjang mengandung.


Apakah vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung :

  • Multivitamin [ sangat penting bila ia lengkap dengan zat besi]
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Kalsium 
  • Vitamin untuk otak - DHA [ minyak ikan]

Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan ibu itu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah, kestabilan hemoglobin seperti multivitamin dan vitamin B. Manakala untuk sistem imun ibu dan anak pastinya memerlukan vitamin C manakala Kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, saraf serta pembentukan tulang. Minyak ikan pula sangat bagus untuk pembentukan DHA otak bayi.

Kekurangan mana-mana vitamin ini boleh mengganggu pembesaran si kecil semasa dalam kandungan. Antaranya ialah bayi tidak membesar mengikut graf yang sepatutnya, gangguan pembesaran tengkorak bayi, tulang yang lembut dan imun sistem yang rendah.

Maka digalakkan ibu menjaga amalan pemakanan yang seimbang serta vitamin yang disarankan oleh doktor.

Bukan sewajibnya mendapatkan satu2 jenama vitamin tetapi memadai dengan harga yang mampu dibayar. Mungkin ada yang mengambil secara percuma di klinik kerajaan namun sekiranya anda mempunyai sebuah kereta hebat, saya yakin vitamin subsidi itu boleh disalurkan kepada golongan rakyat yang lebih memerlukan yang datang ke klinik hanya menaiki bas.

Shaklee mempunyai produk2 berikut :*
  • Vitalea with iron formula.
  • B complex with Folic Acid.
  • Sustained Release Vitamin C 500 mg
  • Ostematrix [ juga dikenali sebagai kalsium magnesium]

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Berikan bayi anda ASAS TERBAIK biarpun sebelum ia dilahirkan

Salam hari yang penuh syukur kepada mereka yang sentiasa datang melawat blog saya ini. Dalam situasi yang rasa-rasa ingin menambah ahli baru dalam hidup ini, buatkan saya suka sangat bercerita mengenai ibu hamil ini. Apapun saya akur yang saya masih tidak sesuai lagi untuk hamil kerana dah 2x czer so lepas ni kena jarak lama sikit.

"Bayi anda makan apa yang anda makan.."
             Pengambilan khasiat yang sebaiknya sebelum dan semasa kehamilan mampu 
           memberi kelebihan bagi melahirkan bayi sihat dan pintar.


Kebanyakan wanita mengandung sedar bahawa makanan dan khasiat yang terdapat di dalam tubuh badan mereka akan dibekalkan untuk proses tumbesaran janin demi memenuhi segala khasiat yang diperlukannya. Namun kajian terkini mula menunjukkan betapa pentingnya kesan pengambilan khasiat yang sebaiknya terhadap perkembangan fizikal dan daya pemikiran bayi anda. 

Sebagai contoh, folat adalah penting dalam mengurangkan risiko pelbagai kecacatan terhadap bayi, seperti kecacatan tiub saraf (NTD) atau sumbing. Laporan hospital menganggarkan bahawa NTD berlaku pada kadar sekitar 10 kelahiran bagi setiap 10,000 orang di Malaysia. 

Dalam kajian yang dijalankan hasil kerjasama antara UPM dan Universiti Otago, telah mendapati bahawa 3 daripada 4 wanita Malaysia yang mengandung adalah berisiko melahirkan bayi dengan kecacatan NTD akibat tahap folat yang rendah di dalam diet mereka. 

Pengambilan makanan tambahan (vitamin) yang diperkaya dengan asid folid yang kerap semasa peringkat merancang kehamilan dan semasa hamil mampu memastikan bahawa bayi dilahirkan dengan tahap folate yang mencukupi di dalam badan anda, justeru mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. 


Di Shaklee, kami menawarkan Set J dan Set Eu 4 Pack, sesuai untuk ibu-ibu hamil dan menyusu selaras dengan keperluan nutrisi harian.  Bagi mereka yang dah tak boleh nak telan susu ataupun apa-apa produk tenusu, boleh la mencuba Pek Mini Ibu Hamil di atas.  

Selamat mencuba!!!



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com


Bagaimana GLA Complex Bantu Cepat Hamil


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Entry ini adalah khas untuk mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Tapi syaratnya tak ada masalah fisiologi seperti tiub falopio tersumbat, PCOS, sperma bermasalah, etc ya. Kalau ada masalah semacam tu sila jumpa dengan doktor pakar.
Untuk mereka yang ‘belum ada rezeki’, terutama untuk weekend wife/husband, kalau nak cuba dengan GLA Complex, amatlah saya galakkan. Kenapa? Sebab ia adalah salah satu keperluan tubuh (asid lemak perlu Omega-6) yang tak dapat dibuat oleh tubuh dan perlu didapati dari makanan.
GLA Complex dibuat dari Borage Oil. Bagaimana GLA Complex membantu seseorang wanita untuk cepat hamil?
Biasanya orang perempuan akan menghasilkan sejenis cecair semasa sedang subur. Tapi kekurangan asid lemak omega-6 tadi tu boleh mengganggu penghasilan cecair ni. Cecair kesuburan namanya :D Jika tiada/kurang cecair kesuburan ni, kurang sikit chance nak cepat hamil.
OK, bab rezeki tu lain cerita tapi kita wajib usaha kan.
Jadi sebagai salah satu usaha ialah dengan peningkatan omega-6 ni, dengan pengambilan GLA Complex secara konsisten. Sebenarnya banyak faedah GLA Complex ni tapi nak cerita bab cepat dapat anak je dulu. InsyaAllah ia bakal membentu terutama mereka yang menjalani kehidupan weekend couple.. Jarang jumpa kan.
Setakat ni alhamdulillah, dah ramai pasangan yang mencuba nak dapat zuriat pertama, kedua atau ketiga, dengan izin Allah dah berjaya. Malah weekend couple yang dah lama mencuba pun. Syukur.
Jadi kepada sesiapa yang masih gigih berusaha, dan mungkin nak tahu cara tengok cecair kesuburan boleh hubungi saya. Wanita saja ya, kalau ada para suami yang nak tau sila minta isteri anda untuk contact saya.
Untuk anda2 yang sedang berusaha nak cepat dapat anak ni saya bagi special discount untuk GLA Complex. Ye lah, sebagai ibu kita faham perasaan nak anak tu kan.
OK ini dia GLA complex tu. Halal insyaAllah.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505


TIPS ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).
*image googled*
Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.
Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.
TIPS pengambilan Iron suplement:
(1) Pengambilan sumber Vitamin-C bersama-sama dengan Iron supplement akan membantu penyerapan zat besi pada tahap optimum!
(2) Elakkan mengambil sumber kalsium bersama-sama dengan sumber zat besi, kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi sepenuhnya.
(3) Sumber asid folat (folic acid) juga membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal di dalam badan. Di Shaklee, sumber asid folat boleh di dapati dari Shaklee Vita-Lea & Shaklee B-Complex.

p/s: Buat ibu-ibu mengandung, jom cuba set Shaklee Eu-Four Pack kami?  (^_-)

*credit

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

TESTIMONI : TEKANAN DARAH RENDAH & SAKIT GIGI SEMASA HAMIL

Antara masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil ialah tekanan darah rendah(HB Low), sakit gigi, sakit pinggang, kekejangan kaki (cramp) semasa tidur, sembelit dan beberapa perkara lain.


Bagaimana nak atasi masalah seperti di atas?


Cara terbaik adalah dari pemakanan harian ibu-ibu hamil itu sendiri. Pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan perlu dititikberatkan bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan ibu malah untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

Namun disebabkan kekangan kerja dan masa, ibu-ibu hamil zaman kini sukar untuk mengamalkan pemakanan seimbang sepertimana yang disarankan dalam piramid makanan. Ini menyebabkan tubuh si ibu kekurangan beberapa zat penting seperti zat besi dan kalsium.

Kekurangan zat besi sepanjang kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah rendah atau HB Low. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana tekanan darah rendah yang tidak normal boleh membahayakan nyawa ibu semasa proses melahirkan kelak. Risiko tumpah darah. Nauzubillah moga dijauhkan!

Di Shaklee, kami ada Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.
Manakala akibat kekurangan kalsium pula akan mengakibatkan ibu hamil senang terkena sakit gigi yang melampau, sakit kaki, sakit pinggang, sakit belakang serta kekejangan kaki di waktu malam.

Sebab itulah ibu hamil sangat2 disarankan minum susu setiap hari untuk menampung keperluan kalsium oleh badan yang meningkat lebih daripada biasa sepanjang kehamilan. Ini adalah kerana kalsium diperlukan untuk pembentukan darah, pembentukan gigi & tulang bayi dalam kandungan di samping untuk kesihatan tulang dan gigi ibu itu sendiri.


Apa akan terjadi sekiranya si ibu tidak minum susu?


Kalsium dari dalam tulang ibu akan diserap keluar sedikit demi sedikit untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika berterusan boleh mendatangkan risiko osteoporosis di hari tua kelak.


Ada sesetengah ibu hamil, langsung tidak boleh nak minum susu sepanjang tempoh kehamilan. Jadi untuk golongan ibu hamil seperti ini, sebagai alternatif anda perlulah mendapatkan kalsium supplemen.

Di Shaklee supplemen kalsium dikenali sebagai OsteMatrix lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu kalsium agar dapat diserap dengan baik oleh badan.


Ia sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu, mereka yang selalu migrain, senggugut dan semua orang untuk hindarkan diri kita dari osteoporosis.


Adakah anda perlukan supplement kalsium?

Alhamdulillah..Shaklee is part of usaha untuk tingkatkan kesihatan tubuh badan kita setiap hari. InsyaAllah!


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM



inginkan anak dalam kandungan genius? makanan real vs vitamin shaklee.. maner pilihan anda..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

credit to http://arissazoela.blogspot.com & http://myziemah.blogspot.com. 

Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan.. kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/mak buyung perlu makan
  • Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita.. TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata.. adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar.. Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita.. menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita.. Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung.. mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah..jeng jeng jeng..ini dia TERBAIK DARI LADANG…hihi

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.. vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..

Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP… 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :             017 239 4505

Susuibu : kesinambungan makanan bayi sejak dari dalam kandungan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Masa mengandungkan Nasa 7 bulan, sebabkan contraction sering berlaku saya suarakan pada Dr Mattu untuk keluarkan baby awal. Tapi apa kata beliau?
“ Rahim adalah tempat terbaik untuk pembesaran bayi sehingga 9 bulan dalam kandungan. Ini kerana ia mendapat secukup khasiat dari pemakanan si ibu. “


Bila kenang semula, terlintas di fikiran saya....

Bila bayi dalam kandungan, si ibu akan berusaha menjaga pemakanan, mengambil vitamin supaya baby terus membesar dengan sihat dan kesihatan si ibu turut terjaga. Rata-rata ibu yang saya kenal, mereka concern dengan apa yang mereka makan, amalkan, cara hidup sihat supaya anak dalam kandungan itu membesar dengan baik dan sihat.
Apabila bayi lahir, segolongan besar masih dengan prihatin dengan keperluan pembesaran anak maka dengan ini mereka nekad untuk member yang terbaik iaitu susuibu.

Sayangnya penyusuan susuibu dianggap remeh oleh sesetengah pihak termasuk doctor yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Memang benar, apabila bayi telah dilahirkan ibu mempunyai pilihan untuk memberi susuibu [ meneruskan pemberian zat makanan melalui apa yang ibu makan] atau member susu formula.
Namun hanya segelintir sahaja ibu yang prihatin tentang pemakanan mereka. Hakikatnya penyusuan susuibu bukan sekadar bercerita tentang kuantiti hasil perahan semata-mata tetapi nutrisi yang disalurkan adalah paling penting.
Oleh kerana demikian, suami saya sering mengingatkan makan yang bagus, makan yang baik, makan yang berkhasiat agar anak dapat membesar dengan sihat dan baik.
Sejak mengandung saya amalkan protein, multivitamin, b complex, vitamin c dan kalsium. Ini saya teruskan sampailah penyusuan lengkap 2 tahun ke atas.

Apa manfaat setiap ini?


Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.


 Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.


 Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.


 Anda boleh mendapatkan produk ini dari saya dengan harga yang berpatutan. Saya akan memberi konsultasi hanya kepada mereka yang mendapatkan produk ini dari saya.


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

Cari Blog Ini