Memaparkan catatan dengan label Bleeding( Pendarahan). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bleeding( Pendarahan). Papar semua catatan

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL


Pendarahan di awal kehamilan pernah saya lalui setiap kali saya hamil lebih kurang seminggu selepas saya disahkan hamil. Pendarahan yang berlaku tidak banyak, ketika hamil anak pertama saya berasa bimbang tetapi setelah dokter mengesahkan perndarahan diawal kehamilan itu suatu yang normal membuatkan saya tidak panik ketika saya hamil anak kedua & ketiga. 

Pendarahan yang berlaku tidaklah seperti kita kedatangan haid, cuma darah berwarna coklat cair berlendir keluar sedikit dalam tempoh seminggu. Dokter menerangkan pada saya situasi adalah normal, ia mungkin disebabkan:

1- Pendarahan penembusan (breakthrough bleeding)
  • ia berlaku apabila hormon kehamilan menahan kitaran haid kita yang biasa, tetapi kitaran haid itu masih berlangsung. Ia akan menyebabkan pendarahan ini lebih daripada sekali.
2- Pendarahan Implantasi
  • Pendarahan ini berlaku sekitar awal kehamilan, yang mana ia berlaku akibat daripada telur yang telah disenyawakan bergerak menuju ke saluran rahim, kemudian akan masuk ke dinding rahim(uterus).Proses pergerakan ini akan menyebabkan geseran sedikit yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. 
3- Berlaku keguguran
  • Untuk situasi ini, pendarahan yang teruk berlaku banyak darah yang bergumpal berserta dengan rasa sakit seperti senggugut.
4- Pendarahan selepas 'bersama'
  • Pendarahan juga boleh berlaku selepas hubungan seks kerana pintu masuk ke uterus (serviks) boleh terengsa akibat kekasaran yang kuat. Biasanya keadaan tidak berlaku ketika tidak hamil, setelah jamil ia berlaku adalah disebabkan faktor hormon hamil yang mengubah permukaan serviks mudah berdarah.
5- Fibroid
  • ia merupakan ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
6-  Polip Serviks (cervical polyp) 
  • merupakan ketumbuhan kecil pada serviks & ia tidak berbahaya.
7- Jangkitan pada serviks atau faraj

8- Genetik
  • menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Walaupun pendarahan awal kehamilan adalah perkara biasa, namun adalah penting untuk kita maklumkan hal ini kepada dokter agar dokter dapat mengenal pasti masalah yang kita alami. 

Mencegah lebih baik dari sesuatu yang luar jangka berlaku. Sebab itulah kita digalakkan menjaga pemakanan agar lengkap dengan nutrisi agar kita sihat sentiasa & sepanjang tempoh kehamilan.

Bagi ibu merancang untuk hamil & sedang hamil perlu mempunyai kesedaran pentingnya nutrisi yang lengkap supaya ibu bertenaga & sihat sepanjang tempoh hamil & bayi mendapat nutrisi yang cukup daripada pemakanan yang sihat yang ibu ambil. 

Antara suplemen yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM 


Pendarahan di awal kehamilan


Bleeding!!! Mesti hilang perasaan gembira selepas mengetahui anda hamil..betulkan..?
tapi sebagai hamba yang kerdil ini..apa-apa pun kita perlu redha...hidup ini penuh suka duka...Dia yang memberi kita hamil & Dia juga yang akan menentukan ujian untuk kita selepas itu...


Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa. 15% hingga 20% wanita hamil mengalami sedikit pendarahan pada tahap yang berbagai-bagai dalam kehamilan mereka. 


Walaupun pendarahan bukanlah sesuatu yang normal, kita masih tidak perlu berasa bimbang . Ini kerana disebabkan oleh majoriti wanita yang pendarahannya telah berhenti dan boleh meneruskan kehamilan mereka tanpa banyak masalah. 

Walaubagaimanapun, jika pendarahan menjadi semakin teruk, terdapat kemungkinan untuk keguguran yang spontan boleh berlaku. Sesetengah keguguran yang spontan tidak memberikan laluan kepada penyingkiran kehamilan tersebut.

Sebahagiannya mungkin masih berada di dalam rahim. Ianya dipanggil keguguran dalam rahim. Ianya dipanggil keguguran yang tidak lengkap. Ia akan membuatkan pendarahan vagina berterusan dan terdapat risiko jangkitan pada rahim.


Apakah yang perlu dilakukan jika saya mempunyai pendarahan vagina semasa saya hamil?



Anda perlu BERTENANG dan berbincang secara terus dengan pakar obstetrik anda. Doktor anda akan memeriksa anda dan akan memberikan beberapa nasihat yang berguna. Ingatlahbahawa walupun ia hanya pendarahan, ianya bukanlah sesuatu yang normal. Ramai wanita mengalaminya dan kebanyakannya menempuhi kehamilan yang berjaya.



Info for bleeding


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

Risiko keguguran apabila bleeding di awal kehamilan ( Threatened Miscarriage)


Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.

Saya mempunyai 2 orang pelanggan yang menghadapi masalah yang sama. Mudah lekat dan sering keguguran. Sedihnya hati saya di awal perkenalan apabila dikhabarkan begitu. Ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan mengandung.

Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu. Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu  kehamilan perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.

Simptom Threaten Miscarriage
Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :
  • Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
  • Kejang perut
Punca masalah Threaten Miscarriage
Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:
  • uterine fibroids, polyps, atau cysts
  • jangkitan seperti STDS
  • Radang servik ketika aktiviti seks
  • Kehamilan ektopik
  • Komplikasi plasenta
Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko keguguran anda.

Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage
Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:


1.      Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang perubahan pada pendarahan anda.
2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh tersebut juga perlu dihentikan.
3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.
4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.

Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Sahabat saya telah mengalaminya di kala mengandung anak keduanya. Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3. 

Di Malaysia, doktor selalu akan menasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest. Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat. Bagi mereka yang sihat,  mungkin tersalah anggap yang ibu itu adalah pemalas. Hakikatnya, mereka perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.

Oleh itu, kepada para suami yang si isteri mengalami masalah ini, banyakkan bersabar dan berilah sokongan kepada isteri anda.

Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.. Saya akan memberikan konsultasi serta cara-cara pengambilan kepada anda. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Cari Blog Ini