Assalamualaikum & salam sejahtera.
Firstly saya nak kenalkan nama, nama penuh saya Zainora Bt Yahaya. Isteri kepada suami tersayang Khairul Izwan Bin Jailani. Telah dikurniakan 3 cahaya mata, seorang perempuan & 2 lelaki iaitu yang sulung bernama Aisyah Adriana, kedua Affan Adzri & ketiga Adeef Adrizal.
Saya bekerja sebagai surirumah sepenuh masa sambil menjalan bisnes Shaklee sepenuh masa juga. Ini lah impian saya, sewaktu zaman saya makan gaji, iaitu ingin menjadi surirumah & ada bisnes sendiri. Saya join Shaklee pada tahun 2011. Ketika ini saya masih berkerja. Motif join sebab saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee & saya terfikir jika saya kongsikan kebaikan produk Shaklee ini, pasti boleh dijadikan 1 bisnes yang hebat dalam hidup saya suatu hari nanti.
Alhamdulillah permulaan yang baik, permintaan sangat memuaskan hati hasil daripada perkongsian info secara online & offline ditempat kerja. Walaupun ketika itu, saya hanya menjalankan bisnes ini secara partime, itu bukan alasan saya untuk tidak serius dalam kerja & bisnes Shaklee saya. Hendak seribu daya, taknak berubah seribu dalih. Sebab hendak berubah untuk kehidupan lebih, saya abaikan rasa penat, kawan cakap-cakap belakang, kena pulau kt tempat kerja, apa yang penting masa tu, saya kena siapkan kerja cepat, waktu rehat saya nk fokus pada bisnes pulak.
Alhamdulillah sudah hampir 5 tahun menjadi surirumah ia cukup membahagiakan saya. Dengan bisnes Shaklee saya mampu peroleh duit poket saya sendiri tanpa perlu minta pada suami & segala komitmen saya & suami saya mampu bayar hasil daripada bonus Shaklee yang saya peroleh setiap bulan sejak tahun 2011 lagi. Jika ada mempunyai impian sama seperti saya? Jom Shaklee sekarang ^_^
Peluang akan kekal terbiar sekiranya tidak diusahakan. Kejayaan, kekayaan, kemewahan, kesihatan, kesejahteraan tidak turun dari langit & terletak didepan pintu rumah. Ia mesti diusahakan & memerlukan landasan yang tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan