PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL


Pendarahan di awal kehamilan pernah saya lalui setiap kali saya hamil lebih kurang seminggu selepas saya disahkan hamil. Pendarahan yang berlaku tidak banyak, ketika hamil anak pertama saya berasa bimbang tetapi setelah dokter mengesahkan perndarahan diawal kehamilan itu suatu yang normal membuatkan saya tidak panik ketika saya hamil anak kedua & ketiga. 

Pendarahan yang berlaku tidaklah seperti kita kedatangan haid, cuma darah berwarna coklat cair berlendir keluar sedikit dalam tempoh seminggu. Dokter menerangkan pada saya situasi adalah normal, ia mungkin disebabkan:

1- Pendarahan penembusan (breakthrough bleeding)
  • ia berlaku apabila hormon kehamilan menahan kitaran haid kita yang biasa, tetapi kitaran haid itu masih berlangsung. Ia akan menyebabkan pendarahan ini lebih daripada sekali.
2- Pendarahan Implantasi
  • Pendarahan ini berlaku sekitar awal kehamilan, yang mana ia berlaku akibat daripada telur yang telah disenyawakan bergerak menuju ke saluran rahim, kemudian akan masuk ke dinding rahim(uterus).Proses pergerakan ini akan menyebabkan geseran sedikit yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. 
3- Berlaku keguguran
  • Untuk situasi ini, pendarahan yang teruk berlaku banyak darah yang bergumpal berserta dengan rasa sakit seperti senggugut.
4- Pendarahan selepas 'bersama'
  • Pendarahan juga boleh berlaku selepas hubungan seks kerana pintu masuk ke uterus (serviks) boleh terengsa akibat kekasaran yang kuat. Biasanya keadaan tidak berlaku ketika tidak hamil, setelah jamil ia berlaku adalah disebabkan faktor hormon hamil yang mengubah permukaan serviks mudah berdarah.
5- Fibroid
  • ia merupakan ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
6-  Polip Serviks (cervical polyp
  • merupakan ketumbuhan kecil pada serviks & ia tidak berbahaya.
7- Jangkitan pada serviks atau faraj

8- Genetik
  • menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Walaupun pendarahan awal kehamilan adalah perkara biasa, namun adalah penting untuk kita maklumkan hal ini kepada dokter agar dokter dapat mengenal pasti masalah yang kita alami. 

Mencegah lebih baik dari sesuatu yang luar jangka berlaku. Sebab itulah kita digalakkan menjaga pemakanan agar lengkap dengan nutrisi agar kita sihat sentiasa & sepanjang tempoh kehamilan.

Bagi ibu merancang untuk hamil & sedang hamil perlu mempunyai kesedaran pentingnya nutrisi yang lengkap supaya ibu bertenaga & sihat sepanjang tempoh hamil & bayi mendapat nutrisi yang cukup daripada pemakanan yang sihat yang ibu ambil. 

Antara suplemen yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini