Tangan kebas ini bukanlah suatu penyakit yang berterusan, tetapi kekerapan kebas berlaku boleh memberi rasa tidak selesa & bimbang pada diri seseorang jika alami situasi sebegini. Biasanya kebas tangan ini akan menyukarkan seseorang itu menggenggam & memegang suatu barang.
Golongan yang mudah mengalami kebas tangan ialah:
- Masalah obesiti, diabetes, penyakit artritis, mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan wanita hamil adalah antara yang akan mengalami tangan kebas ini.
- Berlaku dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Ini disebabkan faktor usia dan pertambahan lemak menyebabkan saraf pada terowong itu menjadi sempit.
- Begitu juga mereka yang kerap menggunakan pergelangan tangan ketika bekerja seperti atlet sukan raket dan golongan pekerja yang menggunakan mesin jenis bergetar setiap hari.
- Peratusan wanita yang mengalaminya pula tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ia berlaku kerana pergelangan tangan wanita lebih kecil tetapi saiz terowong yang sama seperti lelaki membuatkan saraf di bahagian terbabit cenderung untuk terhimpit.
- Sejak kebelakangan ini makin ramai golongan muda seawal usia 20-an mengalami kebas tangan ini kerana terlalu lama menaip mahupun melayari Internet di komputer. Begitu juga yang sentiasa menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.
Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).
“CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.
“Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.
“Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.
“Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan.
“Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan,” katanya.
Antara rawatan untuk masalah ini ialah
1- Bagi pesakit yang tidak serius, pesakit disarankan mengambil vitamin terutama B6 dan B12
2- Langkah kedua jika sakit berlarutan, akan diberi suntikan steroid bagi melegakan rasa sakit itu.
3- Langkah ketiga jika cara pertama & kedua tidak berkesan, pembedahan kecil pada pergelangan tangan akan dilakukan.
Rawatan alternatif menggunakan suplemen ialah
TESTIMONI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan