BOLEHKAH BELL'S PALSY (STROKE MUKA HEROT) PULIH?



Apa itu Bell’s palsy?
Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.
“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.
Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.
Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.
Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

SIMPTOM & PETANDA
Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.
Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.
Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.
“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.
Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.
“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Golongan yang bersiko diserang Bell's Palsy:
Golongan berusia (serangan terhadap kanak-kanak rendah peratusannya).
Wanita selepas bersalin
Wanita ketika kedatangan haid
Remaja
Mereka yang mengalami tekanan.

Rawatan Penyakit Bell's Palsy

Antara rawatan yang biasanya diberikan kepada pesakit adalah seperti:

1. Ubat steroid (kortikosteroid).
- Doktor akan memberi pesakit ubat steroid dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

2. Pembedahan khas.
- Dilakukan apabila pesakit menunjukkan simptom kelumpuhan menyeluruh seperti tidak boleh menutup mata dan mulut pada bahagian terjejas.

3. Antiviral berserta steroid
- Diberikan bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.

4. Ubat cecair untuk mata.
- Pesakit disarankan memakai pelindung dan menitis ubat mata untuk mengelakkan mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

5. Rawatan fisioterapi.
- Diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. 

Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. 

5. Pembedahan.
- Bagi masalah Bell’s palsy yang berlarutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Antara teknik pembedahan yang dikenalpasti membantu masalah ini adalah:

a. Pembedahan untuk membetulkan tulang yang terjejas.

b. Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery).

Rawatan menggunakan Supplemen turut membantu untuk merawat Bell's Palsy

1- Vivix - Mengurangkan kerandangan. Ia membaikpulih DNA , menggalakanpenghasilan tenaga sel & mencegah pengumpulan AGE protein. Vivix sangat bagus untuk memperbaiki sel saraf. 

2- B Complex - Ia sangat membantu & mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf dengan cara meningkatkan pengeluaran sorotonin. Sorotonin adalah neurotransmitter (penghantar saraf) yang terlibat dalam pengawalatur saluran darah. Paras sorotonin yang rendah akan menyebabkan gangguan saraf pada otak. B Complex mampu menghilangkan kekejangan & kekakuan pada tubuh. Ia juga mawal stress @ tekanan & melancarkan pengaliran darah. 

3- Omega Guard - Ia berfungsi sebagai anti infamasi & anti radang. Ia boleh mengurangkan bengkak pada saraf & membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu Omega ini mampu menguatkan imunisasi tubuh & menghalang radang daripada teruk. 

TESTIMONI PESAKIT BELL'S PALSY PULIH SELEPAS  MENGAMALKAN VITAMIN SHAKLEE





Jika anda diserang Bell's Palsy, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan, sesungguhnya rawatan awal insyaallah boleh cepat baik pulih berbanding jika sudah teruk.

Setelah serangan kali pertama, anda haruslah meningkatkan tahap keimunan badan anda kerana terdapat pesakit yang diserang Bell’s palsy lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal.

Bertindak segera. Hubungi saya sekarang.


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini