Info Tentang Resveratrol dan Penyakit Alzheimer.
Penyakit Alzheimer adalah keadaan dimana seseorang itu mengalami kesusutan daya ingatan, menurunnya kemampuan untuk berfikir dan bercakap serta perubahan tingkah laku si pesakit akibat kekurangan fungsi otak secara drastik mahupun perlahan-lahan.
Penyakit Alzheimer bukanlah 'nyanyuk' biasa, yang sekadar proses penuaan. Tetapi ia adalah sejenis penyakit kehilangan fungsi saraf otak yang teruk dan perlu diberi perhatian serius.
Antara tanda atau gejala penyakit Alzheimer ialah:
1) Sering terlupa aktiviti atau pekerjaan yang dilakukannya. Contohnya dimana letaknya kunci rumah dll.
2) Kesukaran utk membaca dan berkomunikasi.
3) Tidak kenal atau ingat tempat, masa contoh alamat dan kedudukan rumah sendiri. Tidak kenal diri sendiri.
4) Sukar melakukan tugas-tugas seharian.
5) Selalu mendengar suara-suara halus.
6) Mood berubah secara tiba-tiba seperti cepat marah.
7) Personaliti dan keperbadian juga berubah.
8) Sukar untuk membuat sesuatu keputusan.
9) Kesukaran mengenalpasti objek.
Dll..
Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Pesakit Alzheimer?
Para saintis mendapati bahawa fungsi Resveratrol mampu melindungi sel otak daripada penyakit berkaitan saraf otak seperti Alzheimer ini.
Otak pesakit yang mengalami Alzheimer akan menghasilkan peptida yang tidak normal atau protein yang dipanggil Amiloid Beta. Protein ini mewujudkan oksidatif stress dan menghasilkan jumlah radikal bebas yang sangat tinggi.
Penyakit ini juga akan menghasilkan plak pada otak. Kesemua faktor ini akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak yang sihat dan menyebabkan neurodegeneration pada pesakit Alzheimer.
Kajian menunjukkan bahawa Resveratrol berupaya memastikan kelangsungan sel-sel otak untuk terus hidup dan melindungi otak daripada oksidatif stress dan memusnahkan radikal bebas.
Vivix Shaklee mengandungi Polifenol dan 10x ganda Resveratrol berbanding resveratrol biasa. Vivix berbeza dengan vitamin antioksidan lain kerana ia adalah satu-satunya suplimen yang boleh memberi kesan sehingga ke peringkat sel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan