* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sepertimana yang kita sedia maklum, ibu mengandung memerlukan banyak Kalsium sepanjang tempoh kehamilan. Untuk keperluan diri sendiri dan tumbesaran bayi dalam kandungan.
Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung. Walaubagaimanapun, wanita yang mengelak/tidak boleh mengambil makanan tenusu adalah cenderung mengalami kekurangan kalsium.
Hakikatnya, suplemen Kalsium adalah sangat penting terutama apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester 3 mengandung, di mana pertumbuhan sistem skeletal bayi adalah di waktu kemuncaknya, dan tulang & gigi bayi sedang membentuk. Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium per jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg - 300 mg kalsium sehari!!!
Kalsium juga membantu sistem peredaran darah, sisitem maskular dan sistem saraf berjalan dengan lancar. Jika tiada jumlah kalsium yang mencukupi di dalam diet harian anda, maka jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi akan diambil secara terus dari tulang anda!
Kekurangan Kalsium dalam aliran darah boleh menyebabkan kekejangan di bahagian kaki ibu mengandung terutamanya di waktu malam. Malah ada yang beranggapan fenomena ini adalah suatu 'ketidakselesaan normal' bagi ibu mengandung!
*image googled*
Hakikatnya, kekejangan kaki ini boleh dikurangkan, malah dielakkan sekiranya si ibu mengambil jumlah kalsium harian yang mencukupi!
Kalsium dan magnesium bekerja secara sinergi.
Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja, manakala Magnesium merehatkan otot. Selain itu, Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.
Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran. Jadi, jika anda kurang mengambil produk tenusu dalam diet harian anda, pastikan anda mengambil makanan tambahan Kalsium yang lengkap dengan nisbah Magnesium yang sepatutnya!
Di Shaklee, kami mempunyai suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin-D dan banyak lagi, yang dikenali sebagai Shaklee OsteMatrix. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.
Sebiji OsteMatrix mengandungi 250mg Kalsium, beserta nisbah Magnesium yang bersesuaian. Jadi, mudah untuk anda mengira berapakah jumlah kalsium (dan magnesium) yang telah anda ambil untuk hari ini! Ianya juga mudah untuk ditelan. Seperti biasa, hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa!
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505
Tiada ulasan:
Catat Ulasan