Sebab-sebab susu badan kurang


# Pam tidak mengikut jadual (skip waktu mengepam)


#Stress

















 

# Period

# Mengandung


# Bayi kurang menyusu direct feeding (setiap hisapan bayi menstimulate kan pengeluaran susu)


# Badan penat/ tak cukup tidur


# Membiarkan payudara membengkak sedangkan tidak perlu menunggu payudara penuh baru pam kerana otak secara autamik akan menghantar isyarat stop pengeluaran susu.


# Standby susu formula dirumah. Jangan standby formula milk di rumah nanti anda akan jadi malas dan payudara pon malas berkerja kerana sudah ada pengganti susu ibu


# Tidak mendapat sokongan ahli keluarga menyusukan anak sendiri. Perlu banyak berdoa supaya urusan penyusuan berjaya dan dibukakan hati mereka yang tidak menyokong penyusuan ibu. Tunjukkan semangat yang kental kerana akhirnya mereka akan akur dengan niat baik kita.

Stress!!! cepat ambil B Complex


Bagaimana memilih B Complex yang baik?
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin-B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA(kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B Compleks yang menawarkan rumusan larut-air(sustain release)




Manfaat utama:
  • menukarkan makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - Menggalakkan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit, tekanan, kemurungan dan imsomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - mambaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembetukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang srikulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kerdiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - dikenali juga senagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meedakan alahan.

Kenapa Vitamin B Complex Shaklee Berbau ?

Pernahkah anda mengambil vitamin Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?
Seringkali saya diajukan soalan tentang B complex, iaitu tentang baunya yang kurang menyenangkan. Ini sebenarnya masalah global, di mana2 orang bercakap tentang vitamin B complex yang berbau.
Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.
Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.
Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.
Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.
Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.
Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

Nota : B- Compleks meransang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.


credit



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Makan vitamin Shaklee selera bertambah???

Pelbagai respon customer saya apabila mereka mengambilan vitamin Shaklee ini...ramai yang memberi respon yang sangat membuat mereka berpuas hati & vitamin shaklee telah banyak membantu memulihkan tahap kesihatan mereka. Namun tidak di nafikan terdapat juga customer yang memberi feedback yang mengecewakan ada yang mengatakan selepas makan vitamin Shaklee selera makan menjadi-jadi & sentiasa jadi lapar, terdapat juga mengatakan berat badan mereka tidak turun-turun malah makin naik.


Untuk pengetahuan semua Vitamin tidak mengandungi Kalori, Kalori adalah punca kepada kegemukkan. Maka jelas jawapannya MAKAN VITAMIN TIDAK MENGEMUKKAN.

Vitamin berbentuk dos pekat,badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

Masalah ni berlaku mungkin disebabkan 2 faktor ini:-

  1. Mindset - Biasanya bila kita makan vitamin,terutamanya vitamin untuk kurus badan,kita akan fikir vitamin boleh cover semua keperluan tubuh,so kita tak teragak-agak untuk makan apa saja."aku dah makan Lecithin,Lecithin boleh pecahkan lemak so aku boleh bedal apa saja".Selalu saya ingatkan, dalam diet kita tak boleh skip makan,wajib makan. TETAPI bukan makan macam orang yang tak makan 10 hari, kena kawal selera.
  2. Kurang Air - Bila kita tak cukup minum, sel-sel tubuh akan "dahaga" lalu menghantar isyarat kepada otak, Otak menerima isyarat sebagai LAPAR, so bila kita lapar apa yg kita akan cari?makanan...makanan...makanan...Padahal pada awalnya kita tak perlu makan,kita cuma perlu minum saja.Jadi semasa makan vitamin jangan lupa minum banyakkan air.Sekurang-kurangnya minum 3liter sehari,3liter bukan minum berdesupp sekali yer.. AIR KOSONG TIDAK MENGANDUNGI KALORI,JIKA ANDA KURANG MINUM AIR TETAPI MAKAN LEBIH GARAM, MAKA WATER RETENTION AKAN BERLAKU. Water retention punca berat kita susah nak turun.
Semasa mengambil vitamin pastikan kita:-
  1. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  2. Makan ikut jadual dan kawal nafsu
Supplemen SHAKLEE bukan ubat,Tetapi ia adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk membantu memaksimakan tahap kesihatan yang lebih baik.



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

10 Sebab Kenapa Susu Ibu Boleh Berkurangan


Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.
Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…
1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!
Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.
Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam.
2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM
Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.
Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)
Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.
Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.
3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN
Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..
Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.
4- OUTSTATION
Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…
Solusinya : Pam siang & malam ikut time.
5- KEBERKESANAN PAM
Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.
Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara
6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.
Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!
7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG
Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.
Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.
8- MENGANDUNG
Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.
9- GROWTH SPURTS
Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.
Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.
10- STRESS
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.
Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.

credit




Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Teknik Membanyakkan Susu Ibu & Menjayakan Penyusuan – Hypnobreastfeeding

Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.

Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.
Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.
Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.
Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.
Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,
“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.
Dan yang macam ni:
“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”
Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.
Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.
So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?
10 Teknik Hypnobreastfeeding:
(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.
Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.
Rileks, dan jangan gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.
Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand :)
Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya :)


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Berpantang dengan produk Shaklee macam orang tak bersalin

Ibu-ibu moden zaman sekarang rata-rata telah mula mengambil berat mengenai kesihatan selepas bersalin. Bukan semata untuk ibu nampak sihat dan cantik kembali tapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi, iaitu dengan menyusukan anak yang baru lahir dengan hanya susu ibu. Kebanyakan ibu yang lepas bersalin mengelak untuk makan jamu dan maajun kerana dikatakan panas dan boleh menyebabkan bayi cirit birit dan menghadapi masalah kuning. Konsep 1 gelas 1 hari juga sudah tidak diamalkan. Ibu akan minum air yang secukupnya untuk membolehkan ibu menyusukan bayi juga memulihkan luka dengan lebih cepat. 

Shaklee mencadangkan Set Berpantang Shaklee untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Set pantang ini bukan sahaja bagus untuk pemulihan badan dan emosi si ibu, malahan amat bagus bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Apa yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee:

Vita-Lea
Terdapat 28 jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan di dalam sebotol multivitamin dan multimineral ini. Beta Karotena yang ada di dalamnya membantu untuk memulihkan dan mengembangkan tisu. Kalsium dan fosforus (dengan vitamin C dan D) untuk kesihatan tulang dan penyusuan. Biotin dan Panthotenic Acid metabolisma lemak dan Vitamin B12 pula bagi menggalakan pembentukan sel darah merah. Ibu kan banyak kehilangan darah semasa melahirkan. Ibu akan nampak pucat, jika ibu cukup sel darah merah, muka pun jadi merah, macam orang tak bersalin lah.

B-Complex
Dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia juga memelihara kesihatan saraf. Emosi ibu yang baru melahirkan anak perlu dijaga, stress yang sedikit jika tak ditangani boleh membawa kepada meroyan. Jika ibu stress susu badan juga akan terpengaruh, susu menjadi sedikit. Kesian bayi lapar tidak cukup susu.

Zinc
Zinc bertindak mempercepatkan luka perineum dan luka-luka di dalam badan, jika kurang zinc maka proses penyembuhan menjadi lambat. Luka yang sembuh dengan segara akan membolehkan ibu dalam pantang bergerak lebih aktif. Juga mengelakkan rambut gugur dan jangkitan luka bersalin.

Alfalfa Complex
Bertindak sebagai penambah susu sejak zaman berzaman. Tapi jika bayi mengalami sakit kuning atau jaundis kurangkan atau berhentikan seketika sehingga bayi kembali pulih.

Ostematrix
Kandungan kalsium, magnesium, vitamin D yang ada di dalam Ostematrix membantu kekuatan tulang dan gigi. Juga membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan risiko sembelit bagi ibu-ibu dalam pantang.

Energizing Soy Protein
Protein juga satu elemen penting untuk bina semula tisu-tisu badan yang rosak dan terkoyak ketika melahirkan. Juga bertindak memekatkan dan menambah susu ibu.



Dapatkan produk di atas dengan segera untuk harga istimewa! Hubungi saya ;)


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Atasi Pedih Ulu Hati dengan Shaklee

Pedih ulu hati atau heartburn adalah keadaan di mata rasa tak selesa pada bahagian atas perut yang bersambung ke esofagus. Esofagus adalah saluran dari mulut yang menghantar makanan ke perut. Pada penghujung saluran esofagus, terdapat mukus yang tebal dan bukaan yang sentiasa tertutup bagi mengelakkan asid dari perut naik ke esofagus. Walau bagaimanapun, terdapat banyak keadaan yang menyebabkan asid dari perut naik ke atas dan menyebabkan pedih ulu hati; seperti mukus yang menipis, dan ‘angin’ dalam perut. Keadaan ini boleh menyebabkan refluks yang menolak asid perut ke atas. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh merosakkan esofagus.



Apakah yang menyebabkan pedih ulu hati berlaku?
  • Stress (tekanan perasaan)
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, ubat arthritis, penahan sakit dan sebagainya.
  • Pemakanan yang tidak teratur menyebabkan asid banyak terhasil pada satu2 masa.
  • Diet yang tinggi gula.
  • Pengambilan coklat.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Makan makanan berlemak.
  • Makanan pedas.
  • Susu.
  • Buah-buah sitrus.
Supplement Shaklee yang mambantu:
soy protein
Pengambilan protein membina otot dan organ yang sihat. Ini akan menghadkan ‘kemahuan’ tubuh kita terhadap makan bergula dan berkanji.
Energizing Soy Protein – dapatkan harga diskaun!
b complex
Vitamin B-Complex penting untuk penghadaman, terutamanya bagi menukarkan gula kepada tenaga.

Credit
Dapatkan produk di atas dengan segera untuk harga istimewa! Hubungi saya ;)



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Cari Blog Ini