KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN SEBELUM HAMIL???

Assalammualaikum..

Pagi2 ni tertarik nak bercerita mengenai kepentingan mengambil vitamin sebelum hamil, ini kerana baru mendengar khabar dari seorang kawan yang bayi dalam kandungan meninggal. Sebabnya masih saya tidak pasti. Namun itu semua sudah suratan takdir yang terpaksa kawan saya lalui. 

Perkara yg cukup membimbang bagi seseorang ibu hamil ini ada 2 perkara, pertama sewaktu tempoh hamil bimbang keadaan bayi dalam kandungan sama ada ok atau tidak, kedua proses kelahiran bayi tersebut. 
Perlu kita sedari, penjagaan kesihatan bagi seseorang wanita yang merancang untuk hamil bukan  bila sudah hamil baru lah menjaga pemakanan, mengambil vitamin & mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi saya jika sudah hamil baru hendak jaga sudah terlambat. Proses kejadian janin adalah minggu pertama yang ketika itu kita masih tidak sedar yang kita sudah hamil ke belum. Sudah pasti ketika minggu pertama itu, janin sangat memerlukan nutrisi yang lengkap bagi keperluan janin pada minggu pertama tersebut.

Bayangkan jika seorang ibu itu, tidak mengamalkan makanan yg sihat, kurang nutrisi dalam badan, APAKAH AKAN JADI PROSES KEJADIAN JANIN DALAM RAHIM IBU DENGAN BAIK???? DAPATKAH KEJADIAN ITU SEMPURNA???

-----> 25 hari janin dalam rahim degupan jantung sudah mula aktif
Bayangkan ketika itu, kita baru lah sedar yg kita sudah hamil, kita telah terlepas peluang untuk memberi khasiat terbaik untuk fetus pada peringkat awal kejadian.

Sebab itu, saya tekan kan perlu mengambil vitamin seawal2 nya jika ada merancang untuk hamil, jangan sudah hamil barulah mencari vitamin/makanan tambahan untuk keperluan bayi & anda. Nutrisi yang lengkap & cukup adalah penting untuk perkembangan bayi. 

Kita mampu mengatasi masalah kematian bayi dalam kandungan jika kita menyedari pentingnya menjaga kesihatan dari peringkat awal. Namun jika kita kata ia sudah takdir & biarkan sahaja tanpa perlu mengambil berat situasi ini, tiada apa yg boleh saya katakan, anugerah Allah kurnia kan ini, adalah amanah Allah kepada kita. Anggota badan kita ini amanah, Jagalah ia sebaik2 nya.



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini