CARA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR TANPA UBAT

Adakah Anda mengalami masalah susah tidur ni?

Tahu tak, keadaan ni kalau dibiar boleh beri tekanan jiwa pada seseorang, stress, kemurungan, boleh menyebabkan urik asid naik. Hah! bercakap pasal urik asid berlebihan ni, ia bukan hanya sebab pemakanan, masalah gangguan tidur antara punca tau! tak pasal-pasal boleh kena GOUT!

Tanda-tanda mengidap INSOMNIA:

1) Denyutan nadi tidak teratur
2) Kerap pening kepala
3) Kadangkala sembelit atau cirit-birit
4) Lesu
5) Cepat marah

Antara punca susah tidur:

1) Kurang mineral
2)Kurang asid amino. Ia penting untuk meredakan saraf didalam tubuh, menghilangkan stress & meningkatkan kualiti tidur.

Sebab itu lah kita kena cepat cari rawatan untuk atasi gangguan tidur yang kita alami.

Cara berkesan untuk mengatasi masalah tidur:

1) Salah satu punca susah tidur ialah pada waktu siang kita asik berfikir dan berfikir. Ini akan menyebabkan otak kita terus menerus berfikir diluar kawalan tanpa disedari. Cara terbaik ialah kita  perlu kurangkan berfikir disiang hari. Caranya ialah dengan banyak mendengar radio (bukan menonton tv). Ini dapat mengalihkan minda kita daripada asyik berfikir kepada mendengar radio. Dan elok dengar IKIM FM kerana ia dapat menenangkan minda, emosi dan rohani kita dengan cara lebih baik melalui terapi islam. Memang lebih berkesan mendengar radio sepanjang siang hari. Insyallah malam akan mudah untuk tidur. 

2) Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring, sama ada siang atau malam. Ini kerana ia akan menjadi tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca sisah tidur ialah otak kita terus berfikir tanpa henti ketika baring diata s katil. Oleh itu, anda perlu didik diri kita untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk berehat bukannya berfikir.

3) Jadikan malam anda, waktu istirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja waktu malam. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Kurangkan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam. 

4) Elakkan minum air kafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur. Dan juga elakkan makan makanan berat 1-2 jam sebelum tidur.

5) Elakkan tidur selepas waktu asar dan maghrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh kita perlu aktif. Jika tidak, tenaga didalam badan dibawa ke otak dan menyukarkan kita untuk tidur pda waktu malam.

6) Aktifkan diri kita dengan aktiviti waktu petang. Lakukan riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak. Keletihan pada waktu petang mampu membantu kita tidur dengan lena atau tidur nyenyak pada waktu malam.

7) Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena.

8) Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyeyak pada waktu malam. 

9) Berzikir juga amat bagus mengelakkan kita daripada terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum tidur. Dan jangan lupa membaca ayat al-quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat Kursi.

10) Semasa mula baring di katil, tarik nafas panjang dan kira satu, kemudian hembus nafas panjang dan kira dua, seterusnya tarik nafas panjang dan hembus, dan terus lakukan secara berterusan dan fokus pada pengiraan sampai kita teridur. Ia memang membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan mengatasi masalah susah tidur. 
credit: Hairul.com

Selain itu, pengambilan suplemen turut membantu untuk atasi gangguan tidur ini.

Anda ingin dapatkan Set Insomnia?


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini