Susu Ibu Menyusu Tanpa Pengambilan Vitamin


Perlukah makan vitamin/supplement semasa menyusukan anak? Bukankah susu ibu memang dah cukup berkhasiat hinggakan ibu yang sakit/berpenyakit pun boleh menghasilkan susu yang mencukupi khasiatnya untuk bayinya?
Malah ibu yang kekurangan zat di negara2 kebuluran yang kurus kering pun, dapat menghasilkan susu yang berkhasiat, malah bayi yang sihat berbanding bayi yang diberi formula yang dicairkan.
Jadi, kenapa kena makan vitamin?
Ikuti cerita di bawah, sungguh berinspirasi.
…actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)…ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan…dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi…sahabat ummi bertanya kepada ummi…”untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan”..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut…ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya…malahan…sahabat ummi turut menekankan bahawa “Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???”…
Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini..”Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???” Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula…terdiam sejenak sahabat ummi ini…dan lantas berkata..”Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je…”…Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya…
Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan ‘aksesori’ supaya ianya lebih menawan dan sempurna…
So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi…Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)…tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)…
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri…
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)…
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian…
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan…
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???
Jika kita perhatikan :-
1) Dr dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan…
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak…
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..
Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya…so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita…
Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita…
Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita…kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun “sangat fregile”…dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka…di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya…dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI…
So, pilihan di tangan kita…kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita…jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN…dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2…
Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya…
Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap…(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)…
Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????
KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI…
BAGAIMANA DENGAN KALIAN???TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA…
Bukan pertama kali tentang ‘kejadian Tuhan’ dipertikaikan ‘kesempurnaan’nya. Biasanya hal susu ibu lah. Pelik kan, benda lain tak pula jadi masalah. Contohnya ada pihak yang mempertikaikan, “Kenapa susu ibu ni susah sangat nak jaga? Tak boleh goncang kuat lah, cepat basi lah.. kan ciptaan Allah yang sempurna haruslah terbaik dan bermutu. Ini tak macam benda bermutu pun???”.
Sebenarnya inilah alasan bila kita tidak mengenal sifat-sifat Allah dah sifat2 ciptaan-Nya (makhluk, etc.). Yang sempurna yang tiada cacat cela itu adalah ALLAH, benda2 yang diciptakannya penuh dengan cacat cela. Kita manusia makhluk terbaik (khalifah di mukabumi) tapi kenapa ramai orang jahat? Kenapa ramai orang buat maksiat?
Apa yang kita makan itu juga adalah punca kepade kesihatan, mental dan fizikal. Makanan yang halal, berkhasiat dan lazat menjadikan tubuh kita lebih kuat, bertenaga, cantik, lalu membolehkan kita bekerja seharian dan beribadat dengan sempurna. Kita bukan boleh makan ikut bedal, silap makan boleh sakit perut. Walaupun kita dijadikan dari tanah tapi kita tak boleh direct makan tanah, sebaliknya zat2 tanah yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang makan hasil tumbuh-tumbuhan juga.
Dan sebagaimana kita berusaha nak mantapkan diri, mantapkan anak2 dengan pengetahuan2 dan skill2 latest, perkara dalaman seperti khasiat pemakanan harus diambil berat. Ramai ibu yang sanggup mengambil pil hormon supaya susu jadi banyak, walaupun side effectnya ibu jadi moody, pening dan sebagainya. Alangkah baiknya kalau bertukar kepada sesuatu yang bukan saja beri faedah kepada susu, tapi juga kepada ibu sendiri.
Insya-Allah kita tidak melawan fitrah sebaliknya kembali kepada fitrah – mengambil makanan yang baik2.

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun, bagaimana hendak berjaya?

Banyak komen yang positif saban hari ibu terima dari customer yang membeli set B. Antara ayat mesej yang ibu terima, 

"alhamdulillah, saya rasa segar badan tak letih bila balik rumah, susu nampak pekat sangat walaupun belum ada peningkatan dan anak saya minum tak banyak seperti dulu, dia cepar burp...bila cepat kenyang , saya senang buat stok".... Aina, Kedah.

Semalam dalam tengahari ibu menerima mesej dari Ina, Penang.

"Kak, alhamdulillah ada peningkatan dari 2oz kepada 4 oz yang sangat pekat, syukur rezeki Amna dan Anis"

Ina mempunyai dua anak kembar yang berusia satu tahun lebih.... beliau menceritakan kepada ibu sebelum ini susunya cair walaupun telah mengambil supplement dari brand XXX dan sangat berbeza apabila beliau membuat keputusan mengamalkan pengambilan makanan tambahan Shaklee yang ibu syorkan.

Apa yang si ibu akan dapat lalui apabila pengambilan vitamin melalui Set B? 

1. Warna susuibu akan berubah kekuningan atau warna kehijauan. Ianya kesan pengambilan alfalfa dan b complex. Ianya selamat dan INI SEBAGAI TANDA SI IBU PERLU BANYAK AIR.

2. Susuibu akan sangat pekat. Ini kerana pengambilan vitamin akan meningkatkan kandungan nutrisi di dalam susuibu. 

3. Si ibu akan segar, tidak mudah letih dan kuat semangat nak meneruskan penyusuan. Sebab vitamin B lengkap dan vitamin C membantu menstabilkan emosi si ibu.

4. Susu mudah terhasil jika pengambilan makanan seharian teratur.

Namun perlu diingatkan cara untuk meningkatkan penghasilan susuibu ialah:

1. Sesi perahan yang konsisten. Jangan memandang ringan untuk mengepam. Inilah yang membantu meningkatkan penghasilan susuibu.

2. Pengambilan air yang banyak. Indicator paling mudah, pastikan warna urin adalah kuning cair bukan kuning pekat.

3. Zikir dan doa serta amalan murah rezeki seperti membaca surah Al Waqiah selalu.

4. Menjaga pemakanan, pengambilan supplement membantu memenuhi ruang kekosongan zat dalam tubuh badan.

5. Istiqamah....inilah yang selalu kita lupa. Istiqamah bermaksud, biar sedikit namun berterusan.

Jika anda merasakan pengambilan alfalfa 2 biji tidak menampakkan kesan, cuba amalkan 6 biji sehari iaitu 2 pagi, 2 tengahari dan 2 malam. Pastikan pengambilan adalah selepas makan dan air adalah banyak.

Mengapa set B hanya didatangkan dengan pengambilan 2 biji sehari?

Ini kerana setiap badan ibu TIDAK SAMA. Rata-rata ibu yang membeli trial pack set B mendapat peningkatan susu walau dengan hanya 2 biji alfalfa as milk booster. Bagi yang tidak merasakan perbezaan penghasilan susuibu, barulah ibu mencadangkan pengambilan 6 biji sehari dengan cara yang ibu nyatakan di atas.

Namun bagi ibu yang mengamalkan 6 biji sehari ibu sentiasa mengingatkan agar mengepam dengan konsisten sebelum bengkak susu berlaku dan ini akan menyukarkan untuk susuibu untuk mengepam dengan lancar.

Bagi ibu2 yang menyusu anak diluar sana...teruskan usaha murni mu kerana pahala besar sentiasa menanti berkat kesabaranmu. Sesungguhnya jangan berkira untuk mengeluarkan duit memberi yang terbaik buat dirimu dan si kecil....duit boleh dicari, penyusuan disarankan hanya untuk dua tahun. Buatlah yang terbaik agar kita tidak terkilan dikemudian hari.


credit : kak N



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Ketumbuhan sel tidak normal dan Vitamin E

Phew, sebab terlalu asyik makan kerepek pedas semalaman perut saya memulas sebab angin rasanya. Mak pernah cakap ubi tu angin, maka boleh makan tapi kena beringat. Ni les kurang beringat. Alhamdulillah selepas saya telan air Peppermint Ginger lega sikit angin kembungnya. Macam mana buat? Saya masukkan 5 biji dalam tupperware, masukkan air panas dan sedikit air sejuk untuk jadikan panas suam supaya boleh saya minum. Memang lega rasa badan.

Namun saya nak share satu kisah benar yang saya lalui semalam. Saya menemani seseorang berubat kerana mengalami masalah pembuangan yang teruk. Beliau tidak membuang lebih 20 hari. Paling sedih kerana dibahagian duburnya ditumbuhi dengan beberapa sel yang tidak normal ibarat mahu menutupi lubang duburnya.
Pada mulanya tiada niat untuk saya melihat kes rawatan beliau, tetapi memandangkan perawat meminta saya memegang pesakit maka saya terpaksa juga melihat apa yang dideritai si pesakit.

Kes ini mengingatkan kes customer saya yang melalui ketumbuhan di bahagian sulitnya. Doktor menyarankan beliau dibedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut, namun kerana mahu berusaha melalui supplement. Saya berikan beliau makan set antioksidan. Mengandungi Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan ESP. Alhamdulillah selepas satu minggu, ketumbuhan itu mengecut dan tak perlu dibedah.

Bilamana keadaan semalam buat saya benar2 bersyukur kerana ALLAH mengizinkan saya bertemu dengan Shaklee. Saya perlahan-lahan memaklumkan pada pesakit mencuba vitamin. Kata beliau, beliau memang amalkan makan vitamin cuma untuk tenaga. Saya sarankan makan vitamin antioksidan termasuklah vitamin E terutamanya.



Mengapa vitamin E? Ini kerana vitamin E menghalang sebarang pertumbuhan abnormal sel dengan izin ALLAH jua. Vitamin ini sebagai satu usaha. Kelebihan vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi selenium iaitu sinergy kepada vitamin E tadi. Penyerapan vitamin E dengan selenium lebih baik daripada tanpa selenium.

Alhamdulillah beliau mahu mencuba. InsyaALLAH akan saya update lagi dalam penulisan akan datang bilamana dah dapat maklumbalas dari pesakit.

Sama2 kita doakan pesakit cepat sembuh dan mendapat nikmat kesihatan seperti kita semua. Semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat.


credit : kak N





Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Benarkah saiz payudara mempengaruhi susuibu?

Keseronokkan menjadi ibu dan ayah adalah satu perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kegembiraan itu hanya mampu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah dan hanya mereka yang dah melalui akan lebih memahami.




Bila lahirnya si kecil, si ibu pastinya bersemangat waja nak menyusukan si kecil. Ditambah apabila persekitaran si ibu yang telah didedahkan dengan lebih awal tentang dunia penyusuan susuibu oleh adik beradik mahupun rakan sekerja.

Walaubagaimanapun terdapat segelintir ibu baru yang salah faham tentang penyusuan susuibu. Biasa yang menjadi kesalahfahaman ialah tentang banyak atau sikit susu yang dapat disediakan.
Sebenarnya penyusuan susuibu bukan sekadar nilai titik susu yang diberikan tetapi banyak lagi perkara lain yang akan diselami oleh ibu dan anak tanpa disedari. Sentuhan itu sendiri mampu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

Bercerita tentang saiz payudara, ada yang ingat bahawa payudara besar banyak susunya, manakala payudara kecil, sedikit susunya.

Namun setelah saya melihat sendiri melalui banyak kes konsultasi ....buah dada kecil tak bermakna sedikit susu, buah dada besar juga tak bermakna banyak susu.

Ada kebenaran apabila ada yang mengatakan buah dadah kecil , kelenjar susu senang penuh berbanding dengan mereka yang memiliki buah dada yang besar. Bagi buah dada yang besar kelenjar susu mengambil masa untuk dipenuhi. Saya dah lihat sendiri melalui banyak kes ibu yang saya berikan konsultasi tentang dunia penyusuan. Apabila kelenjar susu mudah penuh ditambah apabila kerap pam, hasilnya memang lumayan. Berbanding ibu yang punyai payudara besar dan pam yang tidak konsisten akan mendapati susunya sedikit.

Susu cepat penuh atau kurang bergantung kepada banyak faktor. Namun faktor utama yang terbesar ialah pemakanan serta pengambilan air yang mencukupi. Makanan yang menjadi kegemaran si ibu turut mempengaruhi penghasilan susuibu. Ibu yang menikmati makanan dengan gembira secara langsung meningkatkan hormon oksitosin dan secara tidak disedari si ibu akan dapat merasakan payudaranya membengkak keranan susu mudah penuh.

HASIL SUSU akan meningkat apabila si ibu kerap menyusukan si kecil atau bagi ibu yang bekerja, si ibu itu pam dengan konsisten setiap 2-3 jam dan jarak sesi pam tidak lebih dari 3 jam.

Bayangkan seorang ibu itu mempunyai hasil perahan 3oz satu sesi. Jika beliau membuat 6 sesi dalam 24 jam, maka 18 oz sudah terkumpul. Namun perlu diingat hasil setiap sesi boleh meningkat apabila sesi perahan meningkat.

Berbanding seorang ibu yang mendapat 6 oz satu sesi dan hanya pam 3 kali sehari. Memang akan dapat kumpul 18oz tetapi perlu diingat, jarak pam yang terlalu jauh akan menyebabkan hormon prolaktin menurun dan secara langsung akan menyebabkan kelenjar susu lambat penuh dan akhirnya susu merundum.


Oleh sebab itu ibu yang menyusukan anak perlu mengelakkan perasaan marah, sedih, kemurungan, tekanan dan keletihan yang melampau selain perasaan malas mengepam. Kerana perasaan ini turut menjejaskan penghasilan susuibu tanpa disedari.

So bagi ibu baru, happy breastfeeding.

Susuibu perlukan masa untuk hadir....janganlah ingat selepas lahir terus susu mencurah macam air terjun ya....perlu masa. Perlu kesabaran, istiqamah dan keyakinan yang kuat pada ALLAH.

Berikan yang terbaik buat si manja. Kita bersusah dulu...supaya anak besar dan jarang sakit maka kita bersenang dikala itu.


credit




Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Risiko keguguran apabila bleeding di awal kehamilan ( Threatened Miscarriage)


Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.

Saya mempunyai 2 orang pelanggan yang menghadapi masalah yang sama. Mudah lekat dan sering keguguran. Sedihnya hati saya di awal perkenalan apabila dikhabarkan begitu. Ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan mengandung.

Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu. Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu  kehamilan perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.

Simptom Threaten Miscarriage
Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :
  • Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
  • Kejang perut
Punca masalah Threaten Miscarriage
Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:
  • uterine fibroids, polyps, atau cysts
  • jangkitan seperti STDS
  • Radang servik ketika aktiviti seks
  • Kehamilan ektopik
  • Komplikasi plasenta
Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko keguguran anda.

Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage
Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:


1.      Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang perubahan pada pendarahan anda.
2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh tersebut juga perlu dihentikan.
3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.
4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.

Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Sahabat saya telah mengalaminya di kala mengandung anak keduanya. Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3. 

Di Malaysia, doktor selalu akan menasihatkan ibu hamil yang mempunyai masalah pendarahan disebabkan rahim lemah untuk mengambil bed-rest. Bed-rest bermakna hanya berehat di atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti walaupun menyapu atau mengangkat buku yang berat. Bagi mereka yang sihat,  mungkin tersalah anggap yang ibu itu adalah pemalas. Hakikatnya, mereka perlukan rehat itu untuk menyelamatkan kandungan daripada keguguran. Jangan tidak tahu yang ada ibu hamil perlu dimasukkan ke hospital seawal kandungan 7 bulan untuk pemeriksaan rapi bagi menjaga kandungan.

Oleh itu, kepada para suami yang si isteri mengalami masalah ini, banyakkan bersabar dan berilah sokongan kepada isteri anda.

Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.. Saya akan memberikan konsultasi serta cara-cara pengambilan kepada anda. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Cari Blog Ini