vitamin untuk para jemaah haji & umrah


credit to anakkuwiraku.blogspot.com~*
Biasanya kalau customer ibu nak menunaikan umrah dan mereka nak bawa yang simple dan mudah...ibu hanya akan menyarankan vitamin dalam set A memandangkan biasanya umrah biasa adalah 14 hari.
Namun bagi jemaah haji , ibu akan menyarankan vitamin - vitamin berikut iaitu:
1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.
2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.
3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.
.4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan
5. Fiber unflavoured - sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

* ingin dapatkannya dengan tawaran harga yang menarik? emailkan kepada saya di zainora84@yahoo.com.my atau sms/whatsApp 017 2394505

** Adalah lebih baik membeli fullpack bagi tujuan haji kerana masa yang lebih panjang berbanding menunaikan umrah.

*** Andai kalian mempunyai ibu bapa yang menjadi tetamu Allah pada Hari Raya Qurban kali ini, jika mempunyai kelapangan rezeki bolehlah mendapatkan vitamin di atas bagi kemudahan dan kesihatan mereka di sana.

Month End Sale!!!!!!!


Tawaran menari dari blog aboutnora.blogspot.com


emailkan kepada saya di zainora84@yahoo.com.my atau 
sms/whatsApp 017-2394505 bagi mengetahui tawaran ini

best nyer Basic H! Memang rugi kalau tak beli~





"Kelmarin mertua saya cerita, jirannya beli 5 botol basic H. Saya tanya kenapa banyak? Rupanya jiran tu letak dalam toilet tingkat atas bawah, di dapur, dan kereta. Memang betul! Sebab malang tidak berbau, sekurang-kurangnya time kecemasan ia dh tersedia.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. Saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan

Amacam? Best kan Basic H ni? Saya sendiri pun 'galak' mengemop lantai, tingkap, cermin dan meja gara-gara Basic H ni. Mandikan Icha wajib letak Basic H.

So, kalau berminat nak dapatkan Basic H jangan segan2 contact saya 

TOLONG JANGAN GONCANG BAYI ANDA!!!!






SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).

Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang
relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


TOLONG PANJANGKAN INFO INI KERANA KITA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG....

FOREMILK & HINDMILK

Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.



Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.
foremilk hindmilk
Gambar di atas adalah foremilk (kiri) dan hindmilk (kanan) yang saya dapat pam. Hindmilk tu sikit je sebab masa tu Danny dah menangis so saya kenalah berhenti. Perhatikan perbezaan antara susu yang keluar semasa kita mula mengepam dan yang keluar bila dah lama sikit. Nampak kat situ kan foremilk lebih banyak, bukannya tak balance tapi sebab kena berhenti mengepam so tak dapatlah banyak hindmilk-nya.
Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.
Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.
Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cairapabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.
Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:



  • Bayi selalu meragam
  • Bayi kembung
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak
Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:
  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
  • Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.
Jadi, apa yang ibu boleh buat?
  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
  2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
  3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.
Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.
credit : http://mysuperkids.net


Cari Blog Ini