Banyak sungguh fungsi Omega 3. Setiap ciptaan Allah tu sememangnya bukan sia-sia.
Kali ini jom kita lihat apa itu artritis dan peranan Omega 3.
Terdapat banyak bentuk artritis iaitu lebih dari 100 jenis.
2 jenis yang paling biasa ditemui adalah :
- Rheumatoid Arthritis
Artritis reumatoid adalah penyakit keradangan yang kronik terutamanya menyerang sendi dalam badan anda. Ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain.
Antara yang sering ditemuai adalah Gout & Sakit Sendi
Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout. Aka tetapi aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.
GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun,
kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
- Osteoarthritis.
Merupakan jenis arthritis (sakit sendi ) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).
Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.
Siapakah yang berisiko?
Dua kumpulan usia yang berbeza:
1. 1.Wargatua di mana ianya disebabkan oleh peningkatan usia (rawan menjadi haus)
2. 2.Dewasa (muda) yang selalunya disebabkan oleh trauma (rawan rosak disebabkan kecederaan)
Apa yang menyebabkan osteoarthritis?
Ianya adalah satu daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.Sejarah trauma ataupun kecederaaan sukan di usia muda dan masalah kegemukan mempercepatkan proses pembentukan osteoarthritis.
Mereka yang lahir dengan masalah rawan semulajadi juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini. Kehausan tulang rawan yang lambat laun akan menyebabkan pergeseran antara dua tulang keras akan menimbulkan rasa sakit, bengkak dan hilang fungsi sendi.
Dengan peredaran masa sendi akan hilang bentuk dan unjuran tulang-tulang kecil akan tumbuh disekitar sendi. Unjuran-unjuran ini boleh patah, masuk ke dalam sendi dan menimbulkan pelbagai masalah yang lain.
Omega 3 Asid lemak & Artritis
Sudah tentu terdapat pelbagai ubat-ubatan anti-radang. Bagaimanapun semua ini datang dengan beberapa bentuk kesan sampingan. Sebaliknya asid lemak yang dikenali sebagai lemakOmega 3, dijumpai terutamanya dalam minyak ikan, terkenal dengan sifat anti-radang, ini sangat berkesan dalam mengurangkan keradangan dalam badan.
Supliment Omega 3 boleh dikatakan tidak langsung mempunyai kesan sampingan. Atas sebab ini ramai profesional perubatan kini mencadangkan Omega 3 sebagai salah satu sterategi menguruskan artritis.
Selain dari membantu mengurangkan gejala-gejala artritis terdapat banyak lagi manfaat kesihatan yang lain daripada pengambilan minyak ikan Omega 3. Hampir setiap bulan penyelidikan baru membuktikan peranan omega 3 amat diyakini. Ada yang menamakan Omega 3 "dadah ajaib", akan ia bukan dadah kerana ia tidak dihasilkan di dalam makmal, tapi ia datang dari minyak ikan.
Sebenarnya walaupun kita dia menghidap artritis, terdapat banyak keadaan kesihatan lain yang secara positif mendapat manfaat daripada peningkatan pengambilan asid lemak perlu Omega 3.
Jika kita sudah berusia, terdapat beberapa sebab yang sangat kukuh untuk mempertimbangkan pengambilan Omega 3. Sebagai contoh, kini terdapat bukti kukuh bahawa Omega 3 yang lebih dalam diet boleh membantu mencegah degenerasi makula. Ia merupakan penyebab terbesar buta dikalangan orang yang lebih berusia. Jadi, Omega 3 amat membantu sebelum terlambat.
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber: Shaklee website
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505
Tiada ulasan:
Catat Ulasan