Sijil HALAL terbaru Shaklee (2012)


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, Shaklee dah pun publish sijil Halal terbarunya untuk tahun 2012. 
Kalau tengok semua produk di Shaklee Malaysia tersenarai di atas. Jadi, kalau nak beli Shaklee di luar negara berhati-hatilah ya. Sebagai Muslim, kita WAJIB memastikan apa jua benda yang masuk ke dalam badan kita adalah HALAL, kerana ianya akan menjadi darah daging, kan?
Dalam al-Quran dan hadis pun banyak sebut tentang pemakan yang Halal ni. Antaranya :
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah : 168)
Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Sekiranya masih ada yang ragu-ragu, hubungi mana-mana pengedar Shaklee anda atau hubungi Shaklee sendiri untuk pengesahan lanjut ya. Sesungguhnya kita adalah apa yang kita makan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini