Testimoni Collagen Powder Shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Selepas almost 2bulan pelancaran produk Collagen Powder pada bulan Jun hari tu, kini dh tiba masanya para pengguna Collagen Powder come out with their happy stories!

Minggu lepas paling hot, sane sini dalam group FB kami kecoh dgn pelbagai cerita menarik tentang kesan COLLAGEN POWDER SHAKLEE.

Jom baca apa kata mereka!






 

Ini hanyalah testimoni atau kata-kata dari mereka yg sangat puas hati dengan hasil mengambil Collagen Powder. Anda teruja tak??

Kebanyakan mereka memberi respon terbaik tentang kulit mereka skg dah jadi halus lembut dan gebu saja. Siapa yang taknak cantik kan! Kalau anda nk rasakan yang sama, jom sertai mereka berCollagen! 


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Kelebihan & Khasiat Alfalfa - sesuai utk lelaki dan wanita


Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...dan berikut mari kita tengok Shaklee Alfalfa Complex
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...

Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?

Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It isorganically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Demam yang kerap menyerang tanpa henti, lenguh badan dan sakit sendi adalah simptom awal menghidap penyakit SLE

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

SLE adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash.
Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.


Tidak cukup dengan itu, kesan daripada penyakit SLE ini, badan sentiasa lemah. Tapak kaki dan tangan sentiasa panas dan setiap malam, tidak dapat tidur lena kesan daripada rasa panas. 


Wanita Asia antara majoriti penghidap

LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob. 

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.

Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.

Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.

“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan. 

Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku. 

Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus. 

Ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit. 

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut. 

“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan. 

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu. 

INFO

  • Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
  • Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut.
  • Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
  • Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit
 credit













TESTIMONI PESAKIT SLE - IFFAH ANUAR

"Semakin ramai yang bertanya...bagaimana saya overcome Systemic lupus erythematosus (SLE).... hari tu masa saya warded di Putra Specialist Hospital, ada saya sampaikan berita gembira di FB ini bahawa doctor suprised melihat blood test saya yang clean & clear.... simptom2 SLE telah menyepi... jadi sy ambil semula snapshot post saya... untuk rujukan, belum sempat lagi saya buat sharing di blog secar
a rasmi....

Alhamdulillah, mengamalkan hidup yang sihat dan balance mampu merubah tahap kesihatan kita dan yang pastinya semua dengan Izin Allah SWT. Moga, perkongsian saya ini dapat membantu lebih ramai lagi insan-insan diluar sana....

SLE tidak semestinya akan berakhir dengan lumpuh...tidak seharusnya berakhir dengan kidney failure...tidak sepatutnya diakhiri dengan kematian... berusaha dan berikhtiarlah. InsyaAllah dengan izinNYA kita akan bertemu dengan penawarnya..."


Supplement yg Iffah Anuar amalkan Vivix, Nutriferon, Omega Guard & GLA Complex

Supplement Shaklee
Sebarang info mengenai SLE, sila click disini


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com


Kekurangan Potassium

Sakan beraya 2 3 hari ni bt kan sesuatu yg x diingini jd harini...suami sy skg di tahan di wad sementara sb kekurangan Potassium...alahai abg...merasa jgk awk msk sepital kn...
Ceritanyer mcm ni..hasben sy ni dr smlm ckp kaki dia sakit...sy dh agak dh ni mesti gare2 mkn xingt dunia ni...huhu...sb 2 tahun lps pnh jd mcm ni...tp xde lh seteruk arini langsung xleh jln...lumpuh separuh badan...fuhhhh....

so ptg td mtk tolong adik bwk dia gi hospital Sabak Bernam...td call dia...dia kate dia kurang Potassium...so kene msk air...xpasal2....^_^

ok, sy pn mmg xpnh dgr psl Potassium ni..so sjk hasben bgtau td terus sy study pasal ni...

Apa itu POTASSIUM???

FUNGSI
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

SUMBER
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

KEKURANGAN
Kekurangan potassium boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.




Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

10 Amalan Mudah Untuk Cara Hidup Sihat

Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi, bagaimana? Ikuti 10 tips penting yang boleh menjadi amalan anda setiap hari. Mulakan dari sekarang!
1. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga! Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti.
2. Tinggalkan kasut tinggi
Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki.
Apakah puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada bahagian kaki lebih tinggi di kalangan wanita yang memakai kasut tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya.
Pakailah kasut yg ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu majlis-majlis tertentu sahaja.
3. Makan Badam
Berdasarkan kajian di Universiti California, jika individu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan”polyunsaturated fat’. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam setiap hari.
4. Sebiji oren setiap hari
Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit jantung ialah usia, tekanan darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian yang dilakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan menambahkan 50 gram vitamin C dalam diet harian, cukup untuk membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat, amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila sekalipun.
5. Ketawa
Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan rakan yang suka berjenaka.
6. Tambahkan potassium
Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh, berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang.
Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh mengambil tembikai dan kentang rebus.
7. Kuasa bunga
Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin dari suami, kekasih, sahabat karib, malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada perasaan anda. Kesegarannya boleh merubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu.
8. Katakan ‘cheese’
Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar gembira.
9. Jangan kosongkan perut
Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut, kentang goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam keadaan lapar bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu, tetapi sedikit sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak.
10. Tidur berkualiti.
Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum melelapkan mata.












Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Asthma dan Dehidrasi


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

  

Ramai yg bertanya – Kenapa anak saya kerap di serang asthma?

Jawapannya kerana cuaca sejuk dan panas membahang.
Ehhh…bukan ke asthma ni bole terjadi sebab sejuk??? Betul…asthma bole terjadi disebabkan cuaca sejuk…tapi ada satu lagi faktor yg juga boleh menyumbang kepada terjadinya asthma iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) tambah-tambah pulak sekarang kan bulan Ramadhan…memang kuranglah minum air.

Sebenarnya asthma bukanlah penyakit asing di Malaysia ni. Ramai kanak-kanak yang dihantar ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk asthma. Ia adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh radang pada lapisan dalam saluran pernafasan individu yang menghidap penyakit asthma.


Penyebab asthma ni pelbagai..ada yg disebabkan oleh bahan kimia yang irritants, alahan dan gangguan emosi.perkara-perkara ini menyebabkan salur pernafasan memberikan tindakbalas yang keterlaluan seperti mengeluarkan banyak lendir dan mula mengecut menyebabkan si pesakit asthma sukar bernafas.

Tanda-tanda individu mengalami asthma adalah kedengaran bunyi ketika bernafas (wheezing), batuk berlendir, dada terasa ketat, dan tidak puas menarik nafas.

Apabila badan kekurangan air, kepekatan histamine di dalam darah akan meningkat. Ia akan menyebabkan tubuh memberikan tindakbalas yang kuat pada salur pernafasan walaupun terhadap rangsangan yang ringan. Selain itu, lendiran yang dihasilkan oleh paru-paru akan menjadi lebih pekat. Bagi mengelakkan terjadinya athma, pastikan pengambilan air kosong yg secukupnya..minimum 8 gelas sehari secara berkala.


Cadangan suplemen untuk anak-anak /mereka yang menghidap athma

  • Mealshake
- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

  • Omegaguard
- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
- Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.
  • Performance drink
- Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
- Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
- Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi













Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Vitamin Untuk Kanak-Kanak Sekolah


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Adakah kanak-kanak memerlukan vitamin? Ia perlu dilihat dalam pelbagai sudut. Pertama, ibu bapa harus faham, VITAMIN BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Makanan seimbang, segar, serta halal adalah kunci utama kepada kesihatan dan tumbesaran. Ibu bapa harus menyediakan pelan pemakanan seimbang untuk anak-anak dan menggalakkan anak memakan makanan sihat dengan tidak mengambil makanan rapu. Jadi pengambilan vitamin tidak seharusnya menjadi alasan untuk ibu tidak menyediakan makanan berkhasiat secukupnya.

Kedua, kanak-kanak memerlukan NUTRIEN YANG SECUKUPNYA untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan minda mereka. Kajian menunjukkan pengambilan nutrien mengakibatkan mood tertentu, justeru kekurangan nutient menyebabkan perubahan pada mood dan fokus. Misalnya asid amino yang dipanggil  tyrosine berperanan dalam penghasilan hormon dopamine and epinephrine yang meningkatkan kepekaan dan tenaga. Kekurangan tyrosine menyebabkan anak-anak menjadi mudah letih dan kurang fokus.

Ketiga, corak pemakanan kanak-kanak zaman moden yang adakala tidak terjaga. Misalnya apabila ibu sibuk dan bekerja, anak-anak bersarapan sendiri di sekolah. Malah kemungkinan ada yang terlepas sarapan, malah mungkin bersarapan dengan menu yang tidak sihat. Kerana ibu bapa tiada bersama untuk memantau, jadi kita tak tahu apa anak kita makan sebenarnya (kecuali bawa bekal dari rumah).

Oleh sebab itu, bekalkanlah nutrien yang secukupnya untuk anak-anak yang bersekolah agar mereka dapat mengoptimumkan potensi mereka untuk belajar.

Adakah anak saya perlukan vitamin tambahan? Boleh jadikan point-point di bawah sebagai benchmark:
Adakah anak anda usia sekolah…
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangkamasa yang lama (short attention span)
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas
  • Lesu dan kurang bertenaga
  • Produktiviti menurun
Sekiranya anak-anak anda mengalami tanda di atas, kemungkinan besar mereka kekurangan nutrisi dalam diet harian, termasuk pengambilan air. Cukup makan, itu tidak menandakan mereka  cukup nutrient. Stop filling the tummy, start feeding the brain.
Nutrien yang penting untuk perkembangan fizikal dan minda anak-anak:
mighty 3 gems
Mighty 3 Gems terutama MEALSHAKE membekalkan vitamin, mineral dan protein yang penting untuk perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Bekalkan Mighty 3 Gems sebagai pelengkap sarapan anak-anak di sekolah, agar mereka tak lagi:
  • Mengantuk dalam kelas
  • Lesu dan pasif
  • Lambat tangkap apa yang diajar
Malah ia turut membantu memelihara kesihatan mereka secara menyeluruh.
Dapatkan set ini untuk anak-anak anda.
Ibu-bapa juga turut memilih:
vitalea cilhdren
vita c chewable
CREDIT










Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Cari Blog Ini