Kekurangan Potassium

Sakan beraya 2 3 hari ni bt kan sesuatu yg x diingini jd harini...suami sy skg di tahan di wad sementara sb kekurangan Potassium...alahai abg...merasa jgk awk msk sepital kn...
Ceritanyer mcm ni..hasben sy ni dr smlm ckp kaki dia sakit...sy dh agak dh ni mesti gare2 mkn xingt dunia ni...huhu...sb 2 tahun lps pnh jd mcm ni...tp xde lh seteruk arini langsung xleh jln...lumpuh separuh badan...fuhhhh....

so ptg td mtk tolong adik bwk dia gi hospital Sabak Bernam...td call dia...dia kate dia kurang Potassium...so kene msk air...xpasal2....^_^

ok, sy pn mmg xpnh dgr psl Potassium ni..so sjk hasben bgtau td terus sy study pasal ni...

Apa itu POTASSIUM???

FUNGSI
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 
Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

SUMBER
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

KEKURANGAN
Kekurangan potassium boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.




Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam.. info yg baik.. selepas suami puan mendapatkan rawatan hosp bkenaan kekurangan pottasium, adakah ia masih berulang selepas itu? Ada buat further treatment tak? Suami saya juga mgalami masalah yg sama..

    BalasPadam

Cari Blog Ini