Susu banyak impian setiap ibu menyusu.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Walaupun kini ramai ibu yang menyusukan anak namun masih segelintir yang belum memahami konsep penyusuan sebenar.

Bilamana kita mahu menyusu, supplement bukanlah satu kewajipan namun ia hanya keperluan bagi ibu2 yang tidak mampu mengamalkan pemakanan yang seimbang, sering keletihan, banyak tekanan dari tempat kerja dan hormon yang sering tidak stabil.

Paling utama ibu itu perlu tahu bahawa SUSUIBU akan banyak dihasilkan apabila si ibu kerap menyusu atau mengepam bilamana bayi tidak ada di sisi.

Maka jika ibu itu memahami konsep ini, insyaALLAH perjalanan penyusuan itu mudah difahami.

Terutama apabila susu merundum. Ingat balik konsep ini....lagi banyak menyusu lagi banyak susu dihasilkan. Lakukan power pumping pada malam hari.

Apa pula power pumping?
Power pumping adalah di mana si ibu memperuntukan masanya selama sejam untuk membuat sesi perahan secara intensif. Sekiranya menggunakan single pumping , si ibu boleh mengepam sebelah kanan selama 10 minit dan ditukar kepada sebelah kiri selama 10 minit dan ulangi dalam masa satu jam.
Sekiranya si ibu menggunakan double pumping maka si ibu boleh mengepam kedua2 belah payudara selama 10 minit dan rehat 10 minit dan ini diulangi dalam masa satu jam.

Jika sering keletihan dan risau susu menjadi kurang terutama waktu berpuasa, disarankan ibu memastikan pengambilan air secukupnya bermula dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur. Kekurangan air yang ketara boleh menyebabkan badan ibu menjadi kekeringan serta keletihan yang melampau.

Supplement dikala berpuasa.


Ia hanya cadangan terutama bagi ibu yang mengamalkan makanan tidak seimbang, tidak teratur malah sering keletihan yang melampau....sangat digalakkan mengamalkan vitamin2 ini.

Multivitamin lengkap dengan zat formula : ia membantu pembinaan darah, pembesaran bayi serta memastikan si ibu tidak mudah pengsan selepas menyusu/ pam kerana tekanan darah rendah.
B complex : ia sangat penting kerana ia membantu ibu itu bertenaga dan tenang serta mampu mengawal tekanan.
Vitamin C : ia membantu meningkatkan imun sistem ibu secara langsung membekalkan susuibu yang kaya dengan antibodi.
Kalsium : Perlu untuk saraf supaya si ibu tak mudah sakit belakang, tidur berkualiti, perlu untuk pembesaran anak dari segi tulang, sel darah serta pertumbuhan gigi.

Performance Drink :

P
enghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berba
 nding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?



Anda yang berkerja di bawah matahari terik
Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
Ibu mengandung atau menyusu
Anda yang demam dan selesema
Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
 
 


Namun perlu ingat ya, susuibu itu adalah sebahagian dari rezeki anugerah ALLAH. Maka mohon pada DIA kerana DIA sebaik2 pemberi!

Selamat menjayakan penyusuan! 

credit



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini