Vitamin yang perlu untuk ibu mengandung

Mengandung adalah saat yang indah bagi seorang ibu dalam menantikan kelahiran si kecil. Namun penantian selama 9 bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar bayi di dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan baik.

Sayangnya segelintir ibu2 tidak mengendahkan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan walhal vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu mempunyai cukup zat dan khasiat untuk terus membekalkan kepada si kecil dalam perut ibu.



Baru-baru ini saya ke rumah bidan menemami sahabat saya berurut dan kami bertemu dengan seorang ibu yang baru selesai berurut dengan bidan yang sama. Sambil memegang bayinya yang sangat kecil. Bayinya lahir cukup bulan dengan berat hanya 2.1kg sahaja. Sangat kecil dibandingkan dengan saiz badan ibunya yang besar. Saya mengambil peluang memegang bayi tersebut dan bertanya apakah si ibu itu mengamalkan vitamin sepanjang mengandung? Si ibu menjawab tidak kerana berat badannya naik ketika mengandung membuatkan beliau khuatir baby di dalam kandungannya besar. 

Hakikatnya sebagai ibu yang mengandung, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh pengambilan vitamin sepanjang mengandung.


Apakah vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung :

  • Multivitamin [ sangat penting bila ia lengkap dengan zat besi]
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Kalsium 
  • Vitamin untuk otak - DHA [ minyak ikan]

Setiap vitamin itu memainkan peranan yang penting untuk memastikan ibu itu bertenaga, tidak pitam atau pengsan kerana kurang darah, kestabilan hemoglobin seperti multivitamin dan vitamin B. Manakala untuk sistem imun ibu dan anak pastinya memerlukan vitamin C manakala Kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, saraf serta pembentukan tulang. Minyak ikan pula sangat bagus untuk pembentukan DHA otak bayi.

Kekurangan mana-mana vitamin ini boleh mengganggu pembesaran si kecil semasa dalam kandungan. Antaranya ialah bayi tidak membesar mengikut graf yang sepatutnya, gangguan pembesaran tengkorak bayi, tulang yang lembut dan imun sistem yang rendah.

Maka digalakkan ibu menjaga amalan pemakanan yang seimbang serta vitamin yang disarankan oleh doktor.

Bukan sewajibnya mendapatkan satu2 jenama vitamin tetapi memadai dengan harga yang mampu dibayar. Mungkin ada yang mengambil secara percuma di klinik kerajaan namun sekiranya anda mempunyai sebuah kereta hebat, saya yakin vitamin subsidi itu boleh disalurkan kepada golongan rakyat yang lebih memerlukan yang datang ke klinik hanya menaiki bas.

Shaklee mempunyai produk2 berikut :*
  • Vitalea with iron formula.
  • B complex with Folic Acid.
  • Sustained Release Vitamin C 500 mg
  • Ostematrix [ juga dikenali sebagai kalsium magnesium]

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Atasi masalah tekanan darah tinggi, masalah alergik dan konflik berat badan dengan Vivix

BLOOD PRESSURE / HYPERTENSION (DROPS 16)

Masa medical check up May 2012, blood pressure saya dikira tinggi..ta sepaptotnye ngan usia saya..bacaan 142 over 88..tinggi kan??..patot la saya selalu pening kepala..kira stage pre-hypertension da tu..pastu doktor tu gertak.."kalo awak ta jaga ni..tinggi skit lg..saya da kene bagi ubat darah tinggi kat awak.." oh tidakkkk..saya ta nak makan pil-pil yang banyak ituuuu..hohoho..Alhamdulillah Ogos 2012..saya check smula..126 over 80..saya bersyukur turun..dan masih menjaga supaya mencapai bacaan normal 100-110..

ALLERGIC

Saya ade allergik dari kecik lagi..kulit saya sangat-sangat sensitif..terlalu banyak pantang larangnyeee..makan itu ta bley..pakai losyen itu ta bley..pakai sabun mandi itu ta bley..persekitaran kotor pun effect kat kulit saya jugak..Dengan vivix, kulit saya yang pernah luka tu, elok ajeee..jadi kulit baru..bersyukur sangat..yesss VIVIX REPAIR CELL!!...yang ini diiringi dengan diet pemakanan yang sangat ketat..untuk pengetahuan, saya ta makan AYAM BANDAR dan TELUR..dan makanan yang sewaktu dengannye..dua-dua ni toksin dia sangat kuat sebab mereka di INJECT supaya cepat besar dan bertelur..ayam kampung, telur kampung tape..Ya Allah seksanya..kebanyakkan makan skang dimasak dengan telur dan ayam..kdg-kdg sebagai perencah..

HIDUNG BERAIR (MEMANASKAN BADAN)

Saya baru perasan..ini membuktikan Vivix adalah untuk kesihatan menyeluruh hihihi..kalo dulu, saya memang ta tahan sejuk..disebabkan kipas yg da set 1 je tu, saya akan terjaga kul 3 pg sebab hidung berair..pastu bangun pagi bersin 6-8 kali..apa lagi kalo aircond..demam terussss hehe..hidung ta payah na ckp la..sumbat ngan tisu je..Skarang da TADE..hihihi..alhamdulillahhh =)

PENURUNAN BERAT BADAN (DROPS 5KG)

yeahhhh..part ni besttt..susah betul na trunkan berat ni tanpa EXERCISE..
May 2012 - Ya Rabbi, berat 65kg..dengan keadaan saya yang katekkk ni..152..BMI = 28++..rase berat je badan ni..
Ogos 2012 - Alhamdulillah trun 60kg..BMI masih tinggi 25++..tanpa EXERCISE..almaklumla busy hehehehe..sepatot kene ade sedikit EXERCISE untuk jantung kita..akan diusahakan kemudian ekekeke =P..saya jaga makan..BUKAN TAK MAKAN ea..sy cuma tuka pemakanan saya..TARGET - By end of this year Dec 2012..saya target na capai berat saya 52kg..BMI = 22++..dan by end of March 2013, set target 47kg..dengan BMI normal 20++..Doakan saya..hihihihi..Saya memang ta na turun secara drastik..ta elok sebenarnye..ckup la 1-2kg sebulan..yang penting konsisten..dan kita jaga pengambilan makanan kita..^^
Semua target ni saya capai dengan SHAKLEE..dan semestinya dengan izin Allah s.w.t..kita merancang..disusuli dengan usaha dan doa..Sayangi diri sendiri sebelum kita nak disayang oleh orang len..itu adalah rewards untuk DIRI SENDIRI..InshaAllah..demi insan-insan yang saya sangat sayang.. =))

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Lebih banyak tentang Vivix.. sila klik link ini..
Bulan Sept 2012 ni vivix ada promosi.. mmg rugi siapa yg tak grab this opportunity.. rata2 customer sy mana yg mmg amik vivix.. terus grab 2botol.. dan mana2 yg dok tahan2 pendam hajat nak bli vivix..setelah sekian lama.. akhirnya ambil peluang ni.. anda bagaimana? Contact saya jika berminat.. stok promosi adalah terhad

credit



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Berikan bayi anda ASAS TERBAIK biarpun sebelum ia dilahirkan

Salam hari yang penuh syukur kepada mereka yang sentiasa datang melawat blog saya ini. Dalam situasi yang rasa-rasa ingin menambah ahli baru dalam hidup ini, buatkan saya suka sangat bercerita mengenai ibu hamil ini. Apapun saya akur yang saya masih tidak sesuai lagi untuk hamil kerana dah 2x czer so lepas ni kena jarak lama sikit.

"Bayi anda makan apa yang anda makan.."
             Pengambilan khasiat yang sebaiknya sebelum dan semasa kehamilan mampu 
           memberi kelebihan bagi melahirkan bayi sihat dan pintar.


Kebanyakan wanita mengandung sedar bahawa makanan dan khasiat yang terdapat di dalam tubuh badan mereka akan dibekalkan untuk proses tumbesaran janin demi memenuhi segala khasiat yang diperlukannya. Namun kajian terkini mula menunjukkan betapa pentingnya kesan pengambilan khasiat yang sebaiknya terhadap perkembangan fizikal dan daya pemikiran bayi anda. 

Sebagai contoh, folat adalah penting dalam mengurangkan risiko pelbagai kecacatan terhadap bayi, seperti kecacatan tiub saraf (NTD) atau sumbing. Laporan hospital menganggarkan bahawa NTD berlaku pada kadar sekitar 10 kelahiran bagi setiap 10,000 orang di Malaysia. 

Dalam kajian yang dijalankan hasil kerjasama antara UPM dan Universiti Otago, telah mendapati bahawa 3 daripada 4 wanita Malaysia yang mengandung adalah berisiko melahirkan bayi dengan kecacatan NTD akibat tahap folat yang rendah di dalam diet mereka. 

Pengambilan makanan tambahan (vitamin) yang diperkaya dengan asid folid yang kerap semasa peringkat merancang kehamilan dan semasa hamil mampu memastikan bahawa bayi dilahirkan dengan tahap folate yang mencukupi di dalam badan anda, justeru mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. 


Di Shaklee, kami menawarkan Set J dan Set Eu 4 Packsesuai untuk ibu-ibu hamil dan menyusu selaras dengan keperluan nutrisi harian.  Bagi mereka yang dah tak boleh nak telan susu ataupun apa-apa produk tenusu, boleh la mencuba Pek Mini Ibu Hamil di atas.  

Selamat mencuba!!!



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com


Vivix mengekalkan kesihatan berpanjangan


Makanan berkhasiat memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Dengan menambahkan nutrien polifenol yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ke dalam diet pemakanan harian dapat mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan juga meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian.

Shaklee membawakan VivixTM untuk anda, satu minuman botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan dan enak rasanya!



Kebaikan:
  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun
Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 - Bantu Lambat Penuaan Wajah

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. 

Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran. 

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan. 

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. 

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan. 

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh. 

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah. 

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. 

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya. 


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Pendarahan di awal kehamilan


Bleeding!!! Mesti hilang perasaan gembira selepas mengetahui anda hamil..betulkan..?
tapi sebagai hamba yang kerdil ini..apa-apa pun kita perlu redha...hidup ini penuh suka duka...Dia yang memberi kita hamil & Dia juga yang akan menentukan ujian untuk kita selepas itu...


Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa. 15% hingga 20% wanita hamil mengalami sedikit pendarahan pada tahap yang berbagai-bagai dalam kehamilan mereka. 


Walaupun pendarahan bukanlah sesuatu yang normal, kita masih tidak perlu berasa bimbang . Ini kerana disebabkan oleh majoriti wanita yang pendarahannya telah berhenti dan boleh meneruskan kehamilan mereka tanpa banyak masalah. 

Walaubagaimanapun, jika pendarahan menjadi semakin teruk, terdapat kemungkinan untuk keguguran yang spontan boleh berlaku. Sesetengah keguguran yang spontan tidak memberikan laluan kepada penyingkiran kehamilan tersebut.

Sebahagiannya mungkin masih berada di dalam rahim. Ianya dipanggil keguguran dalam rahim. Ianya dipanggil keguguran yang tidak lengkap. Ia akan membuatkan pendarahan vagina berterusan dan terdapat risiko jangkitan pada rahim.


Apakah yang perlu dilakukan jika saya mempunyai pendarahan vagina semasa saya hamil?



Anda perlu BERTENANG dan berbincang secara terus dengan pakar obstetrik anda. Doktor anda akan memeriksa anda dan akan memberikan beberapa nasihat yang berguna. Ingatlahbahawa walupun ia hanya pendarahan, ianya bukanlah sesuatu yang normal. Ramai wanita mengalaminya dan kebanyakannya menempuhi kehamilan yang berjaya.



Info for bleeding


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

Pertumbuhan Kanak-Kanak

Kekurangan zat makanan dan jangkitan penyakit yang berulang-ulang boleh MEMBANTUTKAN atau MELAMBATKAN pertumbuhan fizikal & mental kanak-kanak.

Oleh itu, cara permakanan yang betul membantu pertumbuhan fizikal & mental anak anda.

PERTAMBAHAN BERAT BADAN YANG TERATUR MUSTAHAK SEWAKTU PROSES PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

kanak-kanak yang berumur dibawah umur 6 tahun perlu kerap ditimbang bagi mengawasi kesihatan & pertumbuhan mereka. 

Kita biasa dengar ibu-ibu diluar sana tidak senang hati bila melihat anak orang lain lebih berat dari anak sendiri. BIASA DENGAR & LIHAT keadaan seperti ini kan??

Yang penting ialah pertambahan berat badan anak itu sendiri & bukannya perbandingan berat badan dengan kanak-kanak lain.

Jika kanak-kanak berat badan tidak memperolehi pertambahan, besar kemungkinan pertumbuhan kanak-kanak itu terencat akibat sakit, kurang zat makanan atau kurang perhatian.

Jika kanak-kanak yang berumur bawah 6 tahun tidak memperolehi pertambahan berat sedangkan ia mendapat berbagai jenis makanan yang baik adalah amat penting ibu bapa memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut:

  • Susu botol tidak harus digalakan kerana botol yang tidak dicuci dengan bersih dan air yang tidak masak denga betul boleh menyebabkan penyakit.
  • Kanak-kanak perlu makan 5 atau 6 kali sehari. Sedikit minyak atau lemak perlu ditambah ke dalam makanan mereka untuk mendapatkan tenaga yang lebih.
  • Beri kanak-kanak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari kerana makanan ini kaya dengan vitamin dan zat galian.
  • Elakkan daripada memberi kanak-kanak makanan atau minuman ringan sebelum atau semasa makan. 
  • Lengkapkan imunisasi anak-anak anda sebelum berumur satu tahun.
  • Beri kanak-kanak ubat pembunuh cacing sekiranya mereka dijangkiti cacing
  • Pastikan makanan dan minuman disedia dengan bersih dan disimpan di dalam bekas yang bersih. Tandas juga perlu sentiasa bersih.
Selain perhatian terhadap perkara diatas, makanan tambahan sangat perlu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 












Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Meal Shake Shaklee untuk menguatkan Antibodi anak


Ibu mana yang tidak sayangkan anak mereka. Ibu mana yang sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Betul kn? Kegembiraan & keceriaan anak-anak ini buatkan ibu merasa sangat tenang. Dengan itu, ramai ibu yang sentiasa berikhtiar memberi makanan tambahan untuk memastikan kesihatan anak sentiasa terjamin. 

Ketika ini, kerap kita dengar kanak-kanak mudah demam, batuk & selesema. Ini disebabkan faktor persekitaran yang tercemar dengan pembangunan industri yang tidak terancang sehingga menyebabkan kesan buruk pada alam sekitar. Ia turut menyebabkan mereka yang kekuatan antibodi yang rendah akan kerap tidak sihat, terutamanya kanak-kanak. 

Shaklee telah mencipta produk berbentuk minuman protin untuk menguatkan antibodi sebagai perlindung dari sebarang serangan virus berbahaya ketika ini. Antara kelebihan Meal Shake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 


Jom lihat testimoni dari ibu yang sudah cuba Meal Shake ini :


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengamalkan makanan segera.

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, MEAL SHAKE merupakan pilihan bijak ^_^








Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com


Shaklee Bisnes Online Terbaik

Salam Jumaat penghulu segala hari. 
Alhamdulillah....kini saya (fulltime housewife) & saya mempunyai income sendiri dengan shaklee...hari ini sudah 5 hari saya sebagai working at home mom (WAHM)...saya seronok, suami pun seronok & tambah sayang & paling seronok anak-anak saya sebab ibu mereka selalu dekat dengan mereka. Asalnya saya plan hendak jadi surirumah sepenuh masa tahun depan, tapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku last minute. Baby sitter saya tidak sihat & makin uzur. So saya ini memang jenis peka bab penjagaan anak-anak. Bukan banyak songeh tapi itu anak saya. Saya sudah serik hantar nurseri sebab beberapa kes yang buat saya sakit hati hendak anak-anak ke nurseri. 

Namun, saya bersyukur sebab saya yakin apa yang jadi ini pasti ada hikmahnya. Saya memang sayang dengan kerjaya saya sebelum ini. Sudah 5 tahun lebih saya berbakti di salah sebuah company oil & gas di Kuala Lumpur. Tapi kepuasan berkerja saya masih tidak dapat. Sepanjang bekerja, hidup sangat tertekan lagi-lagi setiap kali anak-anak tidak sihat. Fuhhh...derita sangat perasaan ni..bila cuti mulalah yang kat office bising. Tapi hendak buat macam mana adat lah. hehehe...stress betul..Bekerja dengan orang macam tu lah, itu membuatkan saya sentiasa mencari peluang bisnes agar dapat jaga anak-anak & urus rumahtangga. Actually, macam-macam bisnes saya sudah buat dari model kecil ke modal yang beribu-ribu. Semua bisnes yang saya cuba itu tidak kekal lama. Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.

Sampailah suatu hari...masa itu saya 2011 lagi 2 minggu hendak bulan ramadhan. Saya fully breastfeeding Affan iaitu anak kedua saya. Affan baru 8 bulan ketika itu. Biasalah semua ibu yang breastfeeding anak memang bimbang menyusukan anak masa bulan puasa sebab takut susu kering atau makin merundum. Sediakan payung sebelum hujan. So saya pun mula berikhtiar untuk atasi susu merundum pada bulan puasa. Start lah aktiviti berGOOGLE mencari info & supplement untuk membanyakkan susu. Alhamdulillah saya bertemu dengan blog nursalwa.blogspot.com, banyak betul info pasal breastfeeding ni. Salwa juga merupakan distributor Shaklee. Shaklee?? apa ek?? memang tak penah dengar, tapi tengok ramai betul testimoni pasal ibu-ibu yang suka Shaklee sebab produknya banyak membantu mereka atasi masalah susu yang sedikit & mereka kata kesihatan mereka bertambah baik. Saya pun mula lah hantar email pada Salwa untuk mencuba produk Shaklee ni. Salwa suggest saya ambil set breastfeeding trail pack + ESP + Performance Drink. Dari percubaan pertama dengan set breastfeeding buat saya teruja betul dengan produk Shaklee ni. Selain susu yang banyak, Affan pun makin sihat & kenyang, badan saya pun sihat & tidak letih sepanjang saya amalkan produk Shaklee ni. Yang paling saya suka sangat, walaupun anak meragam malam saya masih bertenaga untuk pergi kerja. Menakjubkan....itu lah permulaan saya dengan Shaklee.

Asalnya, saya sangat berminat menjadi ahli Shaklee sebab sukakan set B Shaklee ni. Jadi saya fikir,kalau saya dapat kongsi kebaikan produk ini dengan rakan-rakan lain mesti seronok. Saya pun beremail kembali dengan Salwa setelah sekian 2 minggu menggunakan set B Shaklee ni. Mula-mula saya kongsi kegembiraan saya setelah menggunakan Shaklee ni & kemudian barulah saya menceritakan hajat saya hendak jadi distributor Shaklee seperti Salwa. Salwa pun dengan hati terbuka menjemput saya sama-sama berniaga seperti beliau. Pada ketika itu, saya memang zero pasal vitamin ni, dengan bantuan Salwa banyak ilmu yang dia turunkan kepada saya. Sedikit demi sedikit saya belajar tentang produk & sistem bisnes Shaklee ni.

Shaklee adalah MLM?? oh tidak..sure suami saya akan marah kalau dia tau saya buat MLM lagi. Saya memang sudah trauma kalau dengar MLM ni. Kalau saya sudah tidak suka dengar MLM ni, jangan kan orang lain. Nak kene pergi kelas sana sini lah..cari downline lah..fuhh letih memang penah rasa. Tapi apa kan daya saya terperangkap juga dengan MLM Shaklee ni...sekarang saya sudah terperangkap dengan MLM Shaklee ni dah masuk 1 tahun 4 bulan yea...kenapa saya bertahan dengan Shaklee ni..kata saya tadi tidak suka MLM kan...apa-apa pun saya bersyukur sebab terperangkap pada jalan yang betul ni. Shaklee merupakan MLM pertama dulu & cara Multi Level Marketing (MLM) nyer memang power... sehinggakan sekarang saya dh jadi suri rumah sepenuh masa...powerkan.



Nak tau kenapa bisnes Shaklee ni power??

  1. Firstly, saya tidak perlu pergi kelas sana sini. Semua urusan bisnes saya secara online. Salwa adalah upline saya, & saya adalah downline Salwa. Kami adalah dari group Euphoria, antara group yg paling hot dalam Shaklee ni. Dalam bisnes ni kami jarang gelar upline /downline sebab rasa macam tak best. Kami lebih suka gelar upline sebagai mak & downline sebagai anak. Dan yang atas-atas nenek/moyang2...hehehe best kan rasa macam bisnes keluarga jer. So bila bisnes sebegini kita berkuasa untuk menentukan masa kita, tanpa merasa paksaan dari upline.
  2. Tidak perlu bersusah payah mencari downline. Setiap hasil yang kita peroleh adalah hasil usaha sendiri. Rajin berusaha akan dapat lebih. Bukannya makan hasil dari usaha orang lain yea. Syukur alhamdulillah dah setahun lebih buat bisnes ni..bonus setiap bulan pun dari 3 angka dah mampu capai 4 angka lebih banyak dari makan gaji. 
  3. Shaklee merupakan MLM yang adil. Once kita naik satu level, kita akan break dari upline kita, so tidak wujud upline makan hasil downline/upline goyang kaki. 
  4. Tidak perlu buat loan & simpan stok banyak-banyak dekat rumah. Saya ini, ibarat jadi orang tengah je. Customer order baru lah saya akan ke Shaklee Empire Subang untuk ambil barang yang customer order & lepas itu pos ke customer. Setelah lama join bisnes ni baru lah saya mempunyai stok sendiri dirumah. So kalau customer nk order cepat dah senang sebab barang sentiasa ada. Ada gak customer datang ke rumah untuk ambil barang. 

Seronoknya membuat bisnes Online Shaklee ini, walaupun anda sedang mengandung, berpantang, bekerja sepenuh masa, mahupun sedang belajar sambil bekerja, bisnes anda masih boleh berjalan seperti biasa, dan apa jua cabang kehidupan anda, ianya tidak sesekali akan menyekat peluang anda untuk mendapat pendapatan 4-5-6 angka setiap bulan. Anda lah BOSS kepada perniagaan anda sendiri, dan anda lah yang menentukan berapakah jumlah bonus bulanan yang anda ingin perolehi.

Sekiranya anda berminat untuk berjaya bersama saya (menyertai Shaklee Euphoria Group), amat saya alu-alukan. Terutama buat semua pengguna yang sudah setia dengan saya. Tidak kira dimana anda berada, kita masih boleh berbisnes secara online. Dari bisnes alam maya ini pun kita mampu maju dengan bisnes kita. Tidak kira apa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, kita masih boleh berbisnes bersama.





Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com


Susu Ibu Menyusu Tanpa Pengambilan Vitamin


Perlukah makan vitamin/supplement semasa menyusukan anak? Bukankah susu ibu memang dah cukup berkhasiat hinggakan ibu yang sakit/berpenyakit pun boleh menghasilkan susu yang mencukupi khasiatnya untuk bayinya?
Malah ibu yang kekurangan zat di negara2 kebuluran yang kurus kering pun, dapat menghasilkan susu yang berkhasiat, malah bayi yang sihat berbanding bayi yang diberi formula yang dicairkan.
Jadi, kenapa kena makan vitamin?
Ikuti cerita di bawah, sungguh berinspirasi.
…actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)…ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan…dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi…sahabat ummi bertanya kepada ummi…”untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan”..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut…ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya…malahan…sahabat ummi turut menekankan bahawa “Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???”…
Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini..”Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???” Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula…terdiam sejenak sahabat ummi ini…dan lantas berkata..”Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je…”…Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya…
Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan ‘aksesori’ supaya ianya lebih menawan dan sempurna…
So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi…Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)…tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)…
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri…
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)…
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian…
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan…
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???
Jika kita perhatikan :-
1) Dr dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan…
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak…
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..
Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya…so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita…
Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita…
Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita…kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun “sangat fregile”…dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka…di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya…dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI…
So, pilihan di tangan kita…kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita…jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN…dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2…
Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya…
Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap…(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)…
Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????
KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI…
BAGAIMANA DENGAN KALIAN???TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA…
Bukan pertama kali tentang ‘kejadian Tuhan’ dipertikaikan ‘kesempurnaan’nya. Biasanya hal susu ibu lah. Pelik kan, benda lain tak pula jadi masalah. Contohnya ada pihak yang mempertikaikan, “Kenapa susu ibu ni susah sangat nak jaga? Tak boleh goncang kuat lah, cepat basi lah.. kan ciptaan Allah yang sempurna haruslah terbaik dan bermutu. Ini tak macam benda bermutu pun???”.
Sebenarnya inilah alasan bila kita tidak mengenal sifat-sifat Allah dah sifat2 ciptaan-Nya (makhluk, etc.). Yang sempurna yang tiada cacat cela itu adalah ALLAH, benda2 yang diciptakannya penuh dengan cacat cela. Kita manusia makhluk terbaik (khalifah di mukabumi) tapi kenapa ramai orang jahat? Kenapa ramai orang buat maksiat?
Apa yang kita makan itu juga adalah punca kepade kesihatan, mental dan fizikal. Makanan yang halal, berkhasiat dan lazat menjadikan tubuh kita lebih kuat, bertenaga, cantik, lalu membolehkan kita bekerja seharian dan beribadat dengan sempurna. Kita bukan boleh makan ikut bedal, silap makan boleh sakit perut. Walaupun kita dijadikan dari tanah tapi kita tak boleh direct makan tanah, sebaliknya zat2 tanah yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang makan hasil tumbuh-tumbuhan juga.
Dan sebagaimana kita berusaha nak mantapkan diri, mantapkan anak2 dengan pengetahuan2 dan skill2 latest, perkara dalaman seperti khasiat pemakanan harus diambil berat. Ramai ibu yang sanggup mengambil pil hormon supaya susu jadi banyak, walaupun side effectnya ibu jadi moody, pening dan sebagainya. Alangkah baiknya kalau bertukar kepada sesuatu yang bukan saja beri faedah kepada susu, tapi juga kepada ibu sendiri.
Insya-Allah kita tidak melawan fitrah sebaliknya kembali kepada fitrah – mengambil makanan yang baik2.

credit

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

Zainora  Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Cari Blog Ini