Oleh itu, cara permakanan yang betul membantu pertumbuhan fizikal & mental anak anda.
PERTAMBAHAN BERAT BADAN YANG TERATUR MUSTAHAK SEWAKTU PROSES PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
Kita biasa dengar ibu-ibu diluar sana tidak senang hati bila melihat anak orang lain lebih berat dari anak sendiri. BIASA DENGAR & LIHAT keadaan seperti ini kan??
Yang penting ialah pertambahan berat badan anak itu sendiri & bukannya perbandingan berat badan dengan kanak-kanak lain.
Jika kanak-kanak berat badan tidak memperolehi pertambahan, besar kemungkinan pertumbuhan kanak-kanak itu terencat akibat sakit, kurang zat makanan atau kurang perhatian.
Jika kanak-kanak yang berumur bawah 6 tahun tidak memperolehi pertambahan berat sedangkan ia mendapat berbagai jenis makanan yang baik adalah amat penting ibu bapa memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut:
- Susu botol tidak harus digalakan kerana botol yang tidak dicuci dengan bersih dan air yang tidak masak denga betul boleh menyebabkan penyakit.
- Kanak-kanak perlu makan 5 atau 6 kali sehari. Sedikit minyak atau lemak perlu ditambah ke dalam makanan mereka untuk mendapatkan tenaga yang lebih.
- Beri kanak-kanak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari kerana makanan ini kaya dengan vitamin dan zat galian.
- Elakkan daripada memberi kanak-kanak makanan atau minuman ringan sebelum atau semasa makan.
- Lengkapkan imunisasi anak-anak anda sebelum berumur satu tahun.
- Beri kanak-kanak ubat pembunuh cacing sekiranya mereka dijangkiti cacing
- Pastikan makanan dan minuman disedia dengan bersih dan disimpan di dalam bekas yang bersih. Tandas juga perlu sentiasa bersih.
Selain perhatian terhadap perkara diatas, makanan tambahan sangat perlu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan