Alhamdulillah....kini saya (fulltime housewife) & saya mempunyai income sendiri dengan shaklee...hari ini sudah 5 hari saya sebagai working at home mom (WAHM)...saya seronok, suami pun seronok & tambah sayang & paling seronok anak-anak saya sebab ibu mereka selalu dekat dengan mereka. Asalnya saya plan hendak jadi surirumah sepenuh masa tahun depan, tapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku last minute. Baby sitter saya tidak sihat & makin uzur. So saya ini memang jenis peka bab penjagaan anak-anak. Bukan banyak songeh tapi itu anak saya. Saya sudah serik hantar nurseri sebab beberapa kes yang buat saya sakit hati hendak anak-anak ke nurseri.
Namun, saya bersyukur sebab saya yakin apa yang jadi ini pasti ada hikmahnya. Saya memang sayang dengan kerjaya saya sebelum ini. Sudah 5 tahun lebih saya berbakti di salah sebuah company oil & gas di Kuala Lumpur. Tapi kepuasan berkerja saya masih tidak dapat. Sepanjang bekerja, hidup sangat tertekan lagi-lagi setiap kali anak-anak tidak sihat. Fuhhh...derita sangat perasaan ni..bila cuti mulalah yang kat office bising. Tapi hendak buat macam mana adat lah. hehehe...stress betul..Bekerja dengan orang macam tu lah, itu membuatkan saya sentiasa mencari peluang bisnes agar dapat jaga anak-anak & urus rumahtangga. Actually, macam-macam bisnes saya sudah buat dari model kecil ke modal yang beribu-ribu. Semua bisnes yang saya cuba itu tidak kekal lama. Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.
Sampailah suatu hari...masa itu saya 2011 lagi 2 minggu hendak bulan ramadhan. Saya fully breastfeeding Affan iaitu anak kedua saya. Affan baru 8 bulan ketika itu. Biasalah semua ibu yang breastfeeding anak memang bimbang menyusukan anak masa bulan puasa sebab takut susu kering atau makin merundum. Sediakan payung sebelum hujan. So saya pun mula berikhtiar untuk atasi susu merundum pada bulan puasa. Start lah aktiviti berGOOGLE mencari info & supplement untuk membanyakkan susu. Alhamdulillah saya bertemu dengan blog nursalwa.blogspot.com, banyak betul info pasal breastfeeding ni. Salwa juga merupakan distributor Shaklee. Shaklee?? apa ek?? memang tak penah dengar, tapi tengok ramai betul testimoni pasal ibu-ibu yang suka Shaklee sebab produknya banyak membantu mereka atasi masalah susu yang sedikit & mereka kata kesihatan mereka bertambah baik. Saya pun mula lah hantar email pada Salwa untuk mencuba produk Shaklee ni. Salwa suggest saya ambil set breastfeeding trail pack + ESP + Performance Drink. Dari percubaan pertama dengan set breastfeeding buat saya teruja betul dengan produk Shaklee ni. Selain susu yang banyak, Affan pun makin sihat & kenyang, badan saya pun sihat & tidak letih sepanjang saya amalkan produk Shaklee ni. Yang paling saya suka sangat, walaupun anak meragam malam saya masih bertenaga untuk pergi kerja. Menakjubkan....itu lah permulaan saya dengan Shaklee.
Asalnya, saya sangat berminat menjadi ahli Shaklee sebab sukakan set B Shaklee ni. Jadi saya fikir,kalau saya dapat kongsi kebaikan produk ini dengan rakan-rakan lain mesti seronok. Saya pun beremail kembali dengan Salwa setelah sekian 2 minggu menggunakan set B Shaklee ni. Mula-mula saya kongsi kegembiraan saya setelah menggunakan Shaklee ni & kemudian barulah saya menceritakan hajat saya hendak jadi distributor Shaklee seperti Salwa. Salwa pun dengan hati terbuka menjemput saya sama-sama berniaga seperti beliau. Pada ketika itu, saya memang zero pasal vitamin ni, dengan bantuan Salwa banyak ilmu yang dia turunkan kepada saya. Sedikit demi sedikit saya belajar tentang produk & sistem bisnes Shaklee ni.
Shaklee adalah MLM?? oh tidak..sure suami saya akan marah kalau dia tau saya buat MLM lagi. Saya memang sudah trauma kalau dengar MLM ni. Kalau saya sudah tidak suka dengar MLM ni, jangan kan orang lain. Nak kene pergi kelas sana sini lah..cari downline lah..fuhh letih memang penah rasa. Tapi apa kan daya saya terperangkap juga dengan MLM Shaklee ni...sekarang saya sudah terperangkap dengan MLM Shaklee ni dah masuk 1 tahun 4 bulan yea...kenapa saya bertahan dengan Shaklee ni..kata saya tadi tidak suka MLM kan...apa-apa pun saya bersyukur sebab terperangkap pada jalan yang betul ni. Shaklee merupakan MLM pertama dulu & cara Multi Level Marketing (MLM) nyer memang power... sehinggakan sekarang saya dh jadi suri rumah sepenuh masa...powerkan.
Nak tau kenapa bisnes Shaklee ni power??
- Firstly, saya tidak perlu pergi kelas sana sini. Semua urusan bisnes saya secara online. Salwa adalah upline saya, & saya adalah downline Salwa. Kami adalah dari group Euphoria, antara group yg paling hot dalam Shaklee ni. Dalam bisnes ni kami jarang gelar upline /downline sebab rasa macam tak best. Kami lebih suka gelar upline sebagai mak & downline sebagai anak. Dan yang atas-atas nenek/moyang2...hehehe best kan rasa macam bisnes keluarga jer. So bila bisnes sebegini kita berkuasa untuk menentukan masa kita, tanpa merasa paksaan dari upline.
- Tidak perlu bersusah payah mencari downline. Setiap hasil yang kita peroleh adalah hasil usaha sendiri. Rajin berusaha akan dapat lebih. Bukannya makan hasil dari usaha orang lain yea. Syukur alhamdulillah dah setahun lebih buat bisnes ni..bonus setiap bulan pun dari 3 angka dah mampu capai 4 angka lebih banyak dari makan gaji.
- Shaklee merupakan MLM yang adil. Once kita naik satu level, kita akan break dari upline kita, so tidak wujud upline makan hasil downline/upline goyang kaki.
- Tidak perlu buat loan & simpan stok banyak-banyak dekat rumah. Saya ini, ibarat jadi orang tengah je. Customer order baru lah saya akan ke Shaklee Empire Subang untuk ambil barang yang customer order & lepas itu pos ke customer. Setelah lama join bisnes ni baru lah saya mempunyai stok sendiri dirumah. So kalau customer nk order cepat dah senang sebab barang sentiasa ada. Ada gak customer datang ke rumah untuk ambil barang.
Seronoknya membuat bisnes Online Shaklee ini, walaupun anda sedang mengandung, berpantang, bekerja sepenuh masa, mahupun sedang belajar sambil bekerja, bisnes anda masih boleh berjalan seperti biasa, dan apa jua cabang kehidupan anda, ianya tidak sesekali akan menyekat peluang anda untuk mendapat pendapatan 4-5-6 angka setiap bulan. Anda lah BOSS kepada perniagaan anda sendiri, dan anda lah yang menentukan berapakah jumlah bonus bulanan yang anda ingin perolehi.
Sekiranya anda berminat untuk berjaya bersama saya (menyertai Shaklee Euphoria Group), amat saya alu-alukan. Terutama buat semua pengguna yang sudah setia dengan saya. Tidak kira dimana anda berada, kita masih boleh berbisnes secara online. Dari bisnes alam maya ini pun kita mampu maju dengan bisnes kita. Tidak kira apa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, kita masih boleh berbisnes bersama.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan