Memikul tugasan sebagai surirumah bukanlah senang seperti yang kita lihat, kalau tidak pandai mengurus masa dengan betul ketika dirumah boleh mendatangkan bosan & stress kerana manusia ni cepat bosan jika itu dihadap hari-hari. Apa pun saya suka sangat jadi surirumah, sebelum saya berhenti kerja banyak persediaaan sudah saya buat, antaranya mendengar pendapat rakan-rakan yang telah menjadi surirumah berjaya & saya juga telah bertemu perniagaan online, dari situ saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online ini. sudah pasti busines Shaklee.
Untuk membina diri yang hebat ketika bergelar surirumah ini, kita perlulah menhapuskan virus-virus dalam minda kita iaitu
1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.
Sebaliknya perlu sematkan pemikiran yang lebih hebat pada minda seperti
1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.
Kita boleh mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:
1- Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
2- Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
3- Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
4- “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
5- Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.
Tidak dinafikan, membangunkan (develop) sebuah minda yang “hebat” mempunyai cabaran tersendiri. Malah, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.
Sebenarnya, cabaran itulah yang akan mematangkan minda dan diri kita. Hayati dan selami setiap ujian yang dihadapi agar kita dapat pelajari sesuatu dan ubah diri dan minda kita sedikit demi sedikit (konsisten).
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan