Adab berjimak

Penting untuk anda tahu adab ketika berjimak:

Watak atau keperibadian ibu bapa, masa dan ketika melakukan jimak akan memberi kesan terhadap peribadi anak yang bakal dilahirkan kelak.

Jika kita membaca doa ketika hendak melakukan jimak dan mengikut adab-adab yang baik ketika hendak melakukan jimak maka syaitan tidak akan menganggu dan ini akan mengelak anak kita dari pengaruh jahat.

Doa ketika berjimak:
" Ya Allah Ya Tuhanku! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami"Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Adab-adab berjimak:
  • Membersihkan diri sebelum hubungan
  • Pilih masa dan tempat yang selesa, bersih dan jauh dari gangguan keluarga
  • Berwuduk
  • Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar
  • Menutup badan
  • Melakukan hubungan dengan lembut dan mesra
  • Mencuci kemaluan dan berwuduk sekiranya ingin melakukan jimak kali seterusnya
  • Tidak melakukan pada bulan ramadhan, masa isteri datang bulan atau berjimak melalui dubur
  • Elak melakukan aksi atau posisi yang boleh memudaratkan
  • Pasangan berada dalam kesihatan zahir dan batin yang baik
  • Jaga kebersihan diri sebelum dan selepas berjimak
  • Berehat selepas melakukan jimak
  • Kemudian bersiap untuk membersihkan diri dan solat subuh apabila masuk waktu.
Proses Kejadian Manusia menurut Al-Quran (Surah Al-Mukminun:12-14) :

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi 'alaqah (segumpal darah), dari 'alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik."


Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).


Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Susu merundum berpunca dari amalan si ibu?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


Sejak kelmarin saya menerima email bertanyakan tentang set 3M kerana ibu2 ini mempunyai masalah susu makin merundum.....
Dalam sebuah perjalanan penyusuan, waktu inilah yang paling dikhuatiri oleh semua ibu menyusu.... 


Namun, tahukah kita bahawa keadaan ini boleh mengundang gangguan pada emosi si ibu dan menyebabkan si ibu menjadi



Walaubagaimanapun, jika keadaan ibu itu sentiasa dalam stress/ tekanan dan berlarutan, penghasilan susuibu akan terus terjejas.

Ramai ibu apabila ini berlaku akan cepat melatah....apa sahaja milk booster yang di rekomen akan menjadi pilihan namun yang paling sedih apabila si ibu mengharapkan kesan magic yang segera.

Walhal tanpa kita sedari susu merundum bukanlah berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan atas tindakan ibu itu sendiri.

Antara punca penghasilan susuibu merosot adalah kerana

1. Si ibu TIDAK mengepam dengan konsisten setiap 2-3 jam. Hakikatnya jika si ibu tidak mampu untuk mengepam setiap 2-3 jam, si ibu perlu berusaha menyediakan waktu pada malam hari untuk melakukan power pumping.

2. Pengambilan air yang tidak dipantau serta makanan dicatu kerana khuatir gemuk. Sedangkan ibu menyusu perlu mendapat cukup kalori serta banyak air untuk bekalan tubuh ibu serta untuk penghasilan susuibu.

3. Ibu sering mengalami keletihan dan mood yang tidak stabil maka ini mengganggu penghasilan hormon oksitosin dirembeskan. Keletihan, tekanan akan menyebabkan lebih banyak vitamin seperti B com dan Vitamin C yang sedia ada dalam tubuh dimusnahkan kerana dua vitamin ini adalah ' fragile'dan kerana ia vitamin larut air. Ibu yang menyusu sangat perlu dan penting untuk pengambilan Vitamin B Complex dan Vitamin C yang mencukupi agar ibu boleh mengawal stress.

4. Si ibu tidak mengendahkan keperluan pengambilan kalsium dan protien dalam diet harian. Komposisi utama dalam susuibu adalah protien , kalsium dan vitamin lain. Kekurangan protien, kalsium dan zat vitamin akan menyebabkan penghasilan susu semakin menurun.

dan ada beberapa lagi faktor yang ibu tidak sedari....namun hakikatnya susu mula menurun disebabkan faktor yang berpunca dari amalan harian si ibu.

Maka jika hari ini anda mempunyai susu yang lumayan, beringatlah untuk masa akan datang....jangan sesekali menjadikan amalan2 penting penyusuan itu 'last resort' tetapi jadikan ia satu usaha yang istiqamah.

Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang kita lakukan atau usahakan sebelum ini....maka untuk bersenang di masa akan datang kita perlu bersusah dari sekarang.
Set 3M* memang sesuai untuk ibu yang menyusu dan mempunyai masalah susu semakin berkurang dan ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Namun tak salah jika anda mahukan yang lebih baik untuk si manja walau tidak punyai masalah penyusuan namun set ini sangat bagus untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.


Walaupun demikian, jangan lupa rezeki ini datang dari ALLAH jua, maka sebagai hambaNYA yang kerdil kita perlu usaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki dengan kasih sayang dan rahmatNYA. Teruskan usaha, doa dan tawakal...insyaALLAH takkan kecewa.

Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!


credit




Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :     017 239 4505

Hati² | Vitamin ~ Boleh Rosakkan Buah Pinggang?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   

credit


Ramai yang takut untuk makan vitamin kerana dikhuatiri ia akan merosakkan buah pinggang. Ayat ini yang menjadikan pengamal tidak konsisten bila consume vitamin....dengan alasan " makan sekali sekali pun dah ok sebab kalau makan selalu nanti rosak kidney" jawab salah seorang kawan saya.

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.

2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.

Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.

Saya juga ingin kongsikan bahawa ubat sangat berbeza dengan vitamin.


Perbezaan Pertama

SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan sengsara akibat kelemahan ogran berfungsi dengan baik.


UBAT : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.


Perbezaan Kedua

SUPPLEMENT: Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

UBAT: ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fiungsi2 secara mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim.


Perbezaan Ketiga

SUPPLEMENT: Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

UBAT: boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.


Perbezaan Keempat

SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.

UBAT: bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.


Walau bagaimanapun Vitamin dalam pasaran ada banyak jenis.Vitamin sintetik dan Vitamin Asli. Bagaimana untuk mengetahui perbezaan kedua dua ini? Cuba amik dan belek, untuk mengetahui yang Vitamin Asli biasanya
  • tidak terdapat silika gel di dalam botol vitamin
  • vitamin itu tidak mempunyai perasa 
  • vitamin itu tiada dengan pewarna tambahan. Apabila digenggam melebihi 5 minit, tangan tidak melekit dengan pewarna.
  • vitamin itu tidak mempunyai pengawet tambahan 

Namun benarkah pengambilan vitamin baik asli atau sintetik merosakkan buah pinggang? Jika ubat mungkin benarlah sebab kandungan ubat itu tidak dapat diserap oleh badan dan menjadi sebahagian dari tisu sel. Tetapi bagaimana pula dengan vitamin?


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :     017 239 4505   

Cukupkah Protein Yang Anda Ambil?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  


saya memang gemar minum ESP Shaklee nie.. mmg suka sgt la lagi² bl dibancuh dengan fresh milk cicah biskut oreo lagi.. pehhh sedappp hampir dua tahun saya amalkan pengambilan protein Shaklee nie.. mmg rasa kesannya yang best.. hehe saya baru dua tahun da rasa best sgt.. ape plak cter kak N sekeluarga yang da amik protein shaklee nie hampir 13 tahun yea... Jom baca..




Saya mula jatuh cinta dengan Shaklee apabila masa mula-mula saya kenal ESP Shaklee. Dulu ianya dalam tin tetapi kini dalam canister plastik yang lebih baik. ESP adalah nama singkatan kepada Energizing Soy Protien.


Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih amalkan pengambilan protien Shaklee ini dan ini bermakna hampir 13 tahun saya bersama Shaklee.Walaupun ada yang mengatakan pengambilan soya boleh mendapat kanser atau macam-macam lagi namun saya ada sebab saya sendiri mengapa saya memilih soya Shaklee.


Mengapa saya dan keluarga amalkan ESP Shaklee?

Sebab saya belajar sel terbentuk dari protien. Kuku, rambut, kulit malah semua organ adalah terbentuk dari protien. Ya kita makan ikan, daging, ayam , telur malah banyak sumber protien dalam menu harian namun hakikatnya kita tidak dapat memastikan pengambilan makanan tersebut memenuhi keperluan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat. Ditambah cara masakan kita hari ini menggunakan suhu masak yang tinggi dan ini hakikatnya mengubah rantaian asid amino dari sumber makanan tersebut. Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Orang kata minum air soya boleh menyebabkan kanser otak...hakikatnya tak mustahil pun, sebab bila kita masak air soya itu suhunya adalah sangat tinggi maka ia secara langsung mengubah kandungan genetik soya tersebut. Ianya boleh menjadi punca radikal bebas yang wujud dalam badan kita sebab rantaian asal dah berubah.

Saya pun bukan doktor nak terang dengan sangat dalam...namun apa yang boleh saya kongsikan ialah mengapa saya tetap mengambil protien sebagai makanan tambahan terutama ESP ialah
  • mengandungi 14 grams protien soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
  • ianya adalah Non GMO soya [  Non Genetically Modified Organism ] maksud, genetik tidak diubah dan disahkan melalui Identify Preservation Program  
  • pengambilan protien membantu menghasilkan sel yang sihat dan sel yang sihat sangat membantu dalam penyerapan vitamin yang lain dengan baik sekali.
  • tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  • ia mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dibina dari badan dan perlu diambil dari makanan tambahan.
Dulu saya pengidap migrain yang sangat teruk. Ianya berlaku berulang kali sepanjang saya jadi penuntut Universiti sehinggalah doktor menyarankan saya memilih makanan tambahan untuk betulkan sel. Doktor tu kata kita sakit berpunca dari sel yang tidak sihat. Saya dapat lihat kebenaran tersebut, apabila sejak konsisten amalkan protien, alhamdulillah migraine saya beransur hilang.

Protien untuk penyusuan.

Memang kalau boleh semua kita nak amik kos yang minima. Tetapi syukur suami saya tak pandang itu semua. Dari anak pertama, suami saya pastikan protien sentiasa ada di rumah. Memang benar, saya consume 1 canister untuk sebulan sepanjang saya menyusu dari anak pertama sampai anak kedua. Protien ini memang membantu susu saya lebih mudah dihasilkan. Ditambah dari pembacaan saya, komposisi utama susuibu adalah protien, kalsium diikuti oleh zat vitamin yang lain. Maka bayangkan  betapa pentingnya protien itu untuk pembesaran si manja kita? Memang benar, pengambilan protien yang lengkap sangat membantu mendapat hasil yang lumayan. Tidak dinafikan ramai ibu yang mengambil vitamin lengkap dengan ESP akan mendapati mereka mudah menghasilkan stok susu buat si manja. Protien yang lengkap membantu penghasilan susu dengan lebih cepat terutama apabila sesi perahan adalah konsisten. Iaitu tidak lebih dari 3 jam untuk jarak setiap sesi.



Ya, ramai ibu yang enggan menerima hakikat ini...mereka memilih untuk mengambil protien dari sumber asli seperti ayam, telur , daging dan banyak lagi namun tanpa mereka sedari, pengambilan itu diiringi dengan lemak dan secara perlahan-lahan terutama ibu yang kurang bersenam, berat mereka akan naik dan badan mereka mula hilang bentuk asalnya. Bagaimana kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 amino asid yang lengkap yang diperlukan oleh badan?  Memang tak salah nak bergantung sepenuhnya dengan makanan semulajadi sepenuhnya tetapi perlu tahu cara untuk atasi masalah kegemukkan pula iaitu bersenam dan minum banyak air masak dan sangat bagus amalkan lecithin untuk membantu memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan.

Protien untuk kulit yang cantik

Sel kulit wajah kita hidup lebih kurang 21 hari....jika sel kita dapat diganti dengan baik maka muka kita akan selalu nampak bersih dan berseri. Tanda sel kekurangan protien ialah dapat dilihat apabila bekas jerawat di wajah kelihatan hitam dan sukar dihilangkan. Ini kerana sel yang mati itu tidak digantikan dengan sel baru yang sihat. Pengambilan sumber protien dari makanan tambahan sangat membantu mengatasi masalah ini.* Ini kerana protien lengkap sangat perlu untuk pembinaan sel baru, membaikpulih sel dan tisu yang rosak.



Jika anda telah consume ESP, pastikan anda tahu cara pengambilan yang betul dan  sesuai mengikut keperluan anda. Harga bukanlah ukuran jika hasil yang diperolehi sangat berbaloi kan?


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :    017 239 4505

Cari Blog Ini