Susu merundum berpunca dari amalan si ibu?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


Sejak kelmarin saya menerima email bertanyakan tentang set 3M kerana ibu2 ini mempunyai masalah susu makin merundum.....
Dalam sebuah perjalanan penyusuan, waktu inilah yang paling dikhuatiri oleh semua ibu menyusu.... 


Namun, tahukah kita bahawa keadaan ini boleh mengundang gangguan pada emosi si ibu dan menyebabkan si ibu menjadi



Walaubagaimanapun, jika keadaan ibu itu sentiasa dalam stress/ tekanan dan berlarutan, penghasilan susuibu akan terus terjejas.

Ramai ibu apabila ini berlaku akan cepat melatah....apa sahaja milk booster yang di rekomen akan menjadi pilihan namun yang paling sedih apabila si ibu mengharapkan kesan magic yang segera.

Walhal tanpa kita sedari susu merundum bukanlah berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan atas tindakan ibu itu sendiri.

Antara punca penghasilan susuibu merosot adalah kerana

1. Si ibu TIDAK mengepam dengan konsisten setiap 2-3 jam. Hakikatnya jika si ibu tidak mampu untuk mengepam setiap 2-3 jam, si ibu perlu berusaha menyediakan waktu pada malam hari untuk melakukan power pumping.

2. Pengambilan air yang tidak dipantau serta makanan dicatu kerana khuatir gemuk. Sedangkan ibu menyusu perlu mendapat cukup kalori serta banyak air untuk bekalan tubuh ibu serta untuk penghasilan susuibu.

3. Ibu sering mengalami keletihan dan mood yang tidak stabil maka ini mengganggu penghasilan hormon oksitosin dirembeskan. Keletihan, tekanan akan menyebabkan lebih banyak vitamin seperti B com dan Vitamin C yang sedia ada dalam tubuh dimusnahkan kerana dua vitamin ini adalah ' fragile'dan kerana ia vitamin larut air. Ibu yang menyusu sangat perlu dan penting untuk pengambilan Vitamin B Complex dan Vitamin C yang mencukupi agar ibu boleh mengawal stress.

4. Si ibu tidak mengendahkan keperluan pengambilan kalsium dan protien dalam diet harian. Komposisi utama dalam susuibu adalah protien , kalsium dan vitamin lain. Kekurangan protien, kalsium dan zat vitamin akan menyebabkan penghasilan susu semakin menurun.

dan ada beberapa lagi faktor yang ibu tidak sedari....namun hakikatnya susu mula menurun disebabkan faktor yang berpunca dari amalan harian si ibu.

Maka jika hari ini anda mempunyai susu yang lumayan, beringatlah untuk masa akan datang....jangan sesekali menjadikan amalan2 penting penyusuan itu 'last resort' tetapi jadikan ia satu usaha yang istiqamah.

Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang kita lakukan atau usahakan sebelum ini....maka untuk bersenang di masa akan datang kita perlu bersusah dari sekarang.
Set 3M* memang sesuai untuk ibu yang menyusu dan mempunyai masalah susu semakin berkurang dan ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Namun tak salah jika anda mahukan yang lebih baik untuk si manja walau tidak punyai masalah penyusuan namun set ini sangat bagus untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.


Walaupun demikian, jangan lupa rezeki ini datang dari ALLAH jua, maka sebagai hambaNYA yang kerdil kita perlu usaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki dengan kasih sayang dan rahmatNYA. Teruskan usaha, doa dan tawakal...insyaALLAH takkan kecewa.

Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!


credit




Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :     017 239 4505

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini