Perut buncit menjejaskan penampilan!

Setiap manusia sangat mementingkan penampilan fizikal, namun masih ramai yang lebih suka ambil langkah atau bertindak jika fizikal telah menunjukan ketidakseimbangan. Kegemukan atau perut buncit sangatlah perlu di pandang berat daripada awal supaya masalah ketidakseimbangan bentuk fizikal tidak berlaku. Okeh kali ini saya akan terangkan apa punca perut menjadi buncit???



Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 

Pertama, faktor keturunan. “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.

“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres.  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.

Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit...” jelas Selfie.



OMEGA GUARD KURANGKAN SELERA MAKAN & BAKAR LEMAK

Bagaimana Lemak Omega-3 boleh membakar lemak? 

  • Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis) 
  • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 
  • Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda) 
  • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga 
  • Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 
  • Lemak omega-3 boleh ditemui dalam salmon, flaxseeds, kacang, Omega-3 tambahan dan lain ini 79 makanan sumber lemak Omega-3 

3 cara Omega-3 lemak akan membantu anda mengurangkan berat badan
  • Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda 
  • Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3 
  • Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan bahawa Omega-3 lemak menghalang pembentukan lemak badan hodoh dan kajian ini juga menyatakan bahawa Omega-3 lemak menggalakkan pembakaran lebih lemak 
Kesimpulannya, Omega membantu anda mengurangkan selera makan di samping membakar lemak dengan lebih cepat.



Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini