DERITA PESAKIT GOUT, CEPAT DAPATKAN SET GOUT SHAKLEE BERKESAN!

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Asid uirk ini, merupakan bahan kumuh protein yang perlu dibuang menerusi air kencing. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi didalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawaasn sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal yang berlonggok dikawasan sendi ini akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

Gout ini akan menyebabkan sendi bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Biasanya pesakit gout akan mengadu sakit yang melampau pada kawasan gout tersebut. Sehingga menghadkan pergerakkan pesakit tersebut.

Gout penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.
Bacaan asid urik normal dalam badan ialah
  • Wanita : 2.4 - 6.0mg/dL
  • Lelaki : 3.4 - 7.0mg/dL
  • Pesakit Gout : 10mg keatas
Punca Sakit Gout

1) Gangguan Tidur
Ia menyebabkan pesakit tidak dapat bernafas dengan teratur, kekurangan oksigen dan mencetuskan pengeluaran asid urik berlebihan dalam pembuluh darah. 

2) Obesiti
Berat badan berlebihan ini menjadi punca sindrom tidur obstruktif dan gout. Selain itu, obesiti ini menyebabkan gangguan tidur.

3) Faktor genetik 
Genetik yang memiliki kandungan asid urik tinggi dalam badan boleh menjadi punca sakit gout ini.

4) Alkohol
Pengambilan alkohol meningkatkan tahap asid urik dalam darah. Bayangkan, pengambilan secara kerap? Ini termasuk bir dan arak.
5) Minuman berkarbonat dan jus buah
Minuman tinggi gula meningkatkan sehingga 85 peratus serangan gout terhadap lelaki. Fruktosa, nutrien merangsang pengeluaran asid urik memiliki kesan sama dengan alkohol.
Jika anda begitu berselera dengan minuman manis, kurangkan kandungan gula bagi mengelak risiko serangan.
6) Ayam, Daging
Pengambilan produk tenusu secara kerap meningkatkan risiko serangan sehingga 21 peratus. Kesan pengambilan makanan laut menyebabkan risiko sehingga tujuh peratus.
Lebih baik, amalkan makanan tambahan, minyak ikan Omega-3 yang tinggi kualiti dan bebas purin dalam diet anda
7) Organ dalaman
Tinggi kandungan asid urik berbanding makanan lain. Pengambilan tenusu dan organ dalaman bersama perlu dielakkan berikutan boleh menyebabkan serangan gout akut.
8) Buahan manis
Tembikai dan mangga mempunyai gula fruktosa yang tinggi. Kadang-kadang pesakit tidak sedar mereka mengambil buahan berkenaan secara kerap dan menyebabkan kesakitan berulang.
9) Aspirin, Diuretik
Dos ubatan mengandungi dadah terbukti mencetuskan gout, walaupun diambil pada jangka masa pendek.
10) Metabolisma
Tahap metabolisma yang rendah berisiko tinggi mendapat gout.

Tip kawal serangan gout
1) Minum air banyak sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas (anggaran dua hingga empat liter) cecair setiap hari.
2) Hadkan pengambilan minuman manis dan air berkarbonat
3) Elakkan pengambilan alkohol kerana boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
4) Makan makanan seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
5) Dapatkan protein daripada tenusu rendah lemak. Elakkan diet protein tinggi dan kaya asid urik, seperti organ dalaman haiwan dan makanan laut.
6) Bersenam dengan kerap dan kalau boleh, berhenti merokok.
7) Kekalkan berat badan diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.

Suplemen untuk membantu pesakit gout

VIVIX - Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

ALFALFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM


KISAH EMAK MENGIDAP SAKIT SARAF

Sakit saraf yang emak sy alami sekarang ni sejak 2012. Masa tu, emak aktif tolong ayah berniaga kt pasar malam. Sampai lah suatu hari tu, mak tiba-tiba alami lenguh badan sampai lemah nk buat apa-apa kerja pun. Sejak daripada tu mak dh tak tolong ayah berniaga, memang duduk rumah je. Dah start tak boleh buat kerja berat, Tapi emak ni degil, diam-diam dia mengemas pokok bunga, angkat pasu berat, alasan mak untuk exercise bagi keluar peluh.😏 2tahun juga mak alami lemah-lemah badan ni sampai berat turun dekat 20kg.

Kami anak-anak tak tau nak cakap apa, kalau tak bagi buat kerja dia bosan pulak. so kami hanya boleh nasihat je. Seingat saya tanda awal sakit saraf mak ni, dia cakap sakit pada rahang gigi, sakit sampai bahagian belakang tengkuk. Habis satu-satu gigi area situ mak pergi cabut. Lagi pun doktor cakap berkemungkinan gigi tampal tu dh lama ada jangkitan kuman.

Masa tu tahun 2015, awal tahun sakit gigi sehingga tengkuk tu, memang ganggu aktiviti harian mak. Bila datang sakit gigi tu, sampai rasa panas 1 kepala, mcm terbakar. Masani, ayah ada lagi. Ayah lah yang tolong urut mak setiap kali badan start lemah sehingga kebas 1 badan.

Masani, walaupun sakit mak masih kuat lah nk masak, buat kerja rumah. Lepas raya Ogos 2015, ayah jatuh sakit, hati ayah bengkak, doktor cakap kesan daripada pengambilan ubat kencing manis yang ayah ambil sejak 7 tahun lepas. Perut ayah macam busung keras, mata kuning akibat daripada masalah hati tersebut. Masani mak kuat jaga ayah yang terpaksa ulang-alik ke hospital. Ayah dah selesai buat rawatan hati yang ada masalah tu, tapi seminggu selepas pembedahan, ayah terjatuh masa dia tengah berjalan nk pergi tandas nak ambik wuduk, sehingga menyebabkan hati ayah yg masih dalam rawatan tu pecah. Kejadian tu siang, ayah meninggal dalam kul3 pagi tanpa menunjukkan sebarang tanda yg dia tengah sakit. Dia happy je, siap ketawa2. tapi tah lah tak tau lah nk cakap camne..dah masa ayah pergi. Kami redha....

Sejak daripada tu, emosi mak terganggu sehingga menyebabkan penyakit saraf mak, makin teruk. Dengan keadaan mak dh putus haid (menopause), ketidakstabilan hormon menyebabkan keaadan makin teruk. Dekat 4 bulan mak menanggung kesakitan di bahagian tengkuk & kepala. Sakit sehingga panas kena simbah air panas kt kepala, lepas tu dalam telinga macam menyucuk2 nk pecah rasa gegendang telinga.

Macam2 lah rawatan kami buat masa ni. Letih bila asik pergi hospital, doktor semua tak tahu apa sakit emak masa tu. Last2 kami buat x-ray & MRI dekat klinik swasta. Memang tulang belakang mak problem sehingga menyebabkan ia tertekan saraf. Macam cara lah masa tu kami ikhtiar, siap pergi klinik pakar Chiropractic utk betulkan tulang belakang yg lari tu. Masani memang banyak pakai duit. Mak kena buat fisoterapi kt klinik Chiropractic 15 sesi. Nampak berkurang dengan rawatan tapi ada masa datang juga sakit tu. Kami adik-beradik memang blur, hanya mampu urut je lah badan mak tu, bg lega, walaupun takde fungsi pn masa tu...blur sgt...risau..tapi buntu sb mak masa tu menangis je sb menahan sakit yg tak tahu bila masa akan reda. Makan ubat penahan sakit tak jalan juga.

Stress sangat masa ni. Hanya mampu minta pada Alllah swt bagi kami petunjuk untuk kami rawat sakit mak masatu.

Bila dah selesai buat fisioterapi, emak minta adik sy bawak je lah dia balik kampung. Gaya macam dah putus asa sb dh macam2 rawatan mak buat tp sakit mak masih tak pulih.

Adik sy pn bawa mak balik kampung. Masa kt kampung, makcik pakcik ada tolong juga cari rawatan utk sakit mak. Masa tu sakit area tengkuk memang datang balik. Sedara mara minta adik sy bawa mak ke Pusat Bekam Sungai Besar, untuk ikhtiar rawatan islam pulak. Masa ni buat bekam sepanjang tulang belakang.

Alhamdulillah...Allah swt Maha Penyembuh. dengan rawatan bekam, sakit mak sembuh. Dah tak ada dah sakit rasa panas dengan sakit berdenyut dalam telinga tu lagi.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...😓😓😓

Ingatkan kisah 2015 tak akan kembali, namun 2018 sakit mak datang lagi tapi sakitnya di area hujung tulang belakang area tunggul punggung. Sakit ni jadi bila mak angkat cerek air panas yg besar, yg tengah penuh dengan air. Masa mak angkat cerek tu, mak kata area pinggang mak tibe2 berdetup...sejak daripada mak terus sakit ngilu2 area tulang punggung.

Sepanjang masa ketika itu, emak menahan sakit sentiasa, waktu tidur terganggu sehingga badan menjadi lemah tak bermaya. Badan menjadi kemas sampai tak rasa 1 badan. Kesakitan yang melampau membuat mak merasa sangat derita keadaan mak rasakan ketika itu seperti menyucuk atau rasa seperti terbakar daripada pinggang sehingga ke tulang punggung.

Sakit saraf mak makin teruk sejak bulan 8 aritu. Sejak tu mak dah x boleh tidur, pernah masa tu dalam pukul 5 pagi adik bongsu telefon sy bagitau mak sakit makin teruk, badan sudah kebas tak rasa apa2. Hampir tak sedar diri sb menahan sakit yg teramat sakit. Saya yg masa tu sudah balik ke rumah sy di PJ, trs minta tolong adik sy yg duduk di klang utk balik kampung segera. sy tak dapat terus balik sb komitmen kerja dg anak2 yg masih bersekolah.

Sesudah adik sy sampai di kampung, terus bawa mak pergi ke hospital. tapi mcm biasa lah doktor tak dapat kesan masalah sakit mak ni. Sebab mereka doktor biasa bukan pakar saraf. Nak jumpa pakar memang kena tunggu lama temujanji. Disebabkan mak dh tak tahan sakit, sy terus call makcik sy, sy bgtau lah sakit mak mcm dulu datang balik. Makcik terus rekemen pergi tempat bekam yang mak buat rawatan dulu.

Ustaz yg bt bekam tu memang ada juga buat rawatan saraf. Ustaz tu pegang kaki emak, ada tempat2 tertentu ustaz tu pegang, memang menunjukan mak memang ada sakit saraf. Daripada cerita mak pada ustaz kesakitan yg di alami, mcm rasa ngilu, rasa panas terbakar, rasa berketul2 kt peha, itu memang tanda2 ada masalah saraf.

Ustaz ada cakap orang sakit saraf, jangan sesekali sapu tempat sakit dengan minyak angin atau minyak panas. Masani sy dg adik memang tergelak lah sb masa mak sakit aritu, memang kami urut mak dengan minyak panas, patut lah sakit mak x pulih, malah makin teruk. 😁

Lepas rawatan dengan ustaz Nazri tu, dua tiga hari mak mcm ok, tiba2 adik call sy cakap mak sakit balik, badan lemah kebas2 datang balik. Ya Allah buntu nya. Sy minta adik bawa mak pegi jumpa ustaz tu balik. Ustaz dengan isterinya buat urutan saraf. Masa ni memang mak sakit mungkin sebab isteri ustaz ada tekan bahagian tertentu membuatkan makin derita. Masa ni memang rasa mcm x berkesan urutan saraf ni, sb makin teruk. Kami pun google lah kisah pesakit Saraf lain, jumpa lah 1 blog ni rekemen pergi klinik Mein & Surgery di Sungai Buloh. 

Sy buat appoiment nak jumpa doktor Selvam, doktor ni jarang ada, dia duduk di Ipoh. Ada hari tertentu dia datang ke Sungai Buloh. Kami bawa mak jumpa doktor Selvam Hari rabu minggu lepas. Sejam juga lah doktor check mak. Memang betul tanda sakit yang mak cerita kesan daripada saraf mak yg makin bengkak kt dalam. So doktor suruh banyak bersabar, kuat lawan supaya emosi stabil. Bila emosi akan ganggu hormon tu yang gastrik semua datang. Kita bila terlalu banyak berfikir bukan2 memang akan ganggu kita punya perut. Doktor suruh mak kalau dah sihat nanti banyak kn aktiviti di luar jangan duduk dalam rumah tengok tv je. Buat aktiviti tapi tak boleh buat kerja berat2 dah. Doktor ada inject buat pada saraf yg sakit lepas tu bg beberapa ubat saraf utk rawat saraf yang bengkak tu. Ok lah jumpa doktor ni. Dia betul2 check & harga rawatan dengan ubat tak lah mahal sangat.

Lepas jumpa doktor Selvam tu, rasa luka2 kt dalam yg rasa sebelum ni dah tak de, tapi lemah2 badan sampai tak larat bangun masih ada. Seharian mak nangis sebab lenguh kebas seharian. Nasib baik masa tu abang sy ada di kampung terus dia bawa mak ke hospital swasta  Anson Bay di Teluk Intan. Biasa lah sampai hospital doktor cakap ok, biasa lah tulang belakang bengkok sikit, boleh menyebabkan saraf tertekan. Lepas tu dorang ambik darah dengan masuk ubat. Lepas balik hospital malam tu mak tak bermaya. Lebih habis, gigi tahan sakit. Sampai meracau cakap bukan2. Sampai ke subuh abang sy jaga mak sb kesan ubat yg doktor bg semalam tu.

Siang tu sy tengok mak lemah betul. Yelah tak tidur semalaman. Nak masuk ke petang nampak mak dh boleh bangun sikit. Mak kata lemah kebas tu dh kurang sikit. Masa ni tengok mak dah banyak kurang & dah boleh sembang mcm biasa, kalau tak murung je cakap pun tak nak. 

Keesokkan sy tengok mak dh boleh buat kerja harian kt rumah, mcm sidai kain. Lepas tu sy suruh mak jalan2 kt luar rumah bg tingkatkan stamina sb mak kata jalan sekejap nk sidai kain rasa sempit nafas rasa mcm mengah. Sy cakap lah sb lama dah x aktif tu yg rasa capat penat. Sy paksa untuk banyak bergerak supaya dapat tingkat kan daya tahan tubuh badan. Esok nya ada kenduri rumah makcik sy, kami bawa mak, alhamdulillah mak makin pulih, walaupun rasa lemah2 masih ada tapi masih boleh tahan. Seronok tengok mak leh borak2 dengan adik-beradik mak dengan ceria.

Sekarang sudah masuk seminggu, adik bagitau mak makin pulih dah xde dah nagdu sakit macam sebelum ni. Last week ada juga bg emak minyak saraf JRM buatan Bonda Rozita Ibrahim. Digunakan utk urutan luaran. Alhamdulillah syukur, memang makin sihat mak sekarang. Semoga mak sembuh sepenuhnya. Sakit saraf ni kalau dah kene memang sukar nak sembuh tapi kita boleh lah ikhtiar untuk kurangkan sakit daripada terus melarat.
Ha ni dia minyak saraf JRM yg sy sapu pada saraf mak yg sakit tu.. Walaupun mak dah ok tapi kami adik-beradik akan terus berikhtiar. Kami tak tau lah yg mana satu rawatan yg buat mak pulih semua yg kami dengar ok semua kami cuba. Sekarang utk luaran sapu minyak saraf ni. Sekarang mak masih bergantung dengan ubat doktor Selvam bg, ubat tu memang utk bagi rehat sebab tu mengantuk je rasanya.







Alhamdulillah setelah buat rawatan urut saraf &consume ubat yg doktor bg, sudah 2 minggu ni kesihatan mak makin beransur sihat. Syukur sangat yang azab bakai api terbakar dekat area punggung & rasa luka berdenyut didalam sudah tiada. Sekarang hanya rasa badan lenguh, itu pn jarang berlaku. Alhamdulillah....

Setakat ni je lah perkongsian kisah mak sy yg mengidap saraf. Doakan mak sy terus sihat 😄

KESAN BURUK KEKURANGAN KALSIUM DALAM TUBUH BADAN


Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. *Boleh diambil oleh para suami yang terpaksa memandu jauh berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

7 KESAN BURUK JIKA KITA KEKURANGAN KALSIUM.

1. Kejang otot. Gejala ini bisa dikatakan sebagai akibat kekurangan kalsium, dalam gejala awal ini biasanya otot akan terasa sakit, terutama di bagian peha, lengan, dan ketiak saat digunakan bergerak atau beraktiviti luar.
2. Tulang tidak kuat. kalsium ialah nutrisi utama untuk tulang, kerana komponen utama pembentukan tulang adalah kalsium.
Sekiranya anda tidak mendapat cukup kalsium dari makanan maka akan anda memiliki risiko besar mengalami osteoporosis terutama di usia yang kian meningkat.
Saat tubuh kita kekurangan kalsium maka tubuh akan mengambil kalsium dari tulang, gigi atau organ lain. Hal ini menyebabkan tulang menjadi lebih rapuh dan kehilangan kekuatannya.
3. Mudah dijangkiti virus. Kalsium membantu melindungi tubuh dari serangan virus dan bakterai jahat.  Sehingga jika anda mengalami kekurangan mineral ini maka tubuh akan menjadi lebih senang dijangkiti  penyakit terutama penyakit yang diakibatkan oleh virus dan bakteria seperti flu,  dan hepatitis.
4. Mengakibatkan kejang. Gejala yang paling akut hipokalsemia adalah kejang. Kerana kalsium diperlukan tubuh untuk fungsi neurologis dan pengembangan, kekurangan kalsium dalam darah juga dapat menyebabkan kerosakan pada otak.
kaki cramp
Gejala hipokalsemia ini biasanya sangat sulit dikesan terutama pada bayi. Sebab itu ibu mengandung dan menyusukan digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya.  
5. Insomnia. Jika anda tergolong orang yang sukar untuk tidur mungkin anda termasuk diantara orang yang mengalami kekurangan kalsium. Di atas sudah dijelaskan bahawa salah satu manfaat kalsium adalah mengoptimakan fungsi saraf, sehingga saat tubuh anda tidak mendapatkan cukup kalsium maka beberapa organ penting seperti jantung juga bisa terganggu sehingga menyebabkan susah tidur
6. Gangguan fungsi saraf. kekurangan kalsium dapat menyebabkan melemahnya otot dan degupan jantung yang tidak teratur. Hipokalsemia (rendahnya tingkat kalsium dalam darah) dapat menyebabkan kebas atau mati rasa pada jari-jari.
13912442_1356864730998190_1055564580450786035_n
7. Kekurangan kalsium juga dapat mengakibatkan tekanan darah rendah dan gagal jantung konges
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

TAPAK TANGAN MENGELUPAS RAWAT DENGAN HERBAL BLEND

Kulit tapak tangan kita ni, memang sensitif. Bila terpegang sesuatu yang mengandungi bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan kulit menjadi kering sehingga mengelupas. Macam saya memang tak tahan kalau pegang sabun kain yang jenis serbuk. Tapak tangan akan panas, tak lama lepas tu akan mengelupas.

Semalam saya dengan suami tolong bapa mentua buat rumah. Saya ada pegang simen masa susun batu-bata. Saya tak rasa panas pn masa pegang simen tu, so saya ingat ok lah, takde lah bimbang tapak tangan akan rosak.

Arini, terkejut tengok tangan makin teruk lah..tapak tangan kasar gila, lepas tu dh mula nk terkopek kulit tapak tangan tu. Seram lah tengok. Dalam hati saya cakap abes lah rosak tangan, mau lama nk hilang kesan ni..mesti tak selesa!
Buruk betul kan!
Dengan rasa kasar kt tapak tu, buat jadi x selesa sangat.

Namun setiap masalah kita jangan cepat panik!

Sebab tu penting ada krim ajaib serbaguna kt rumah. cepat setel masalah.😋😋

Apa Fungsi Herbal Blend UTAMA Shaklee ni?
  •          Melembutkan kulit
  •         Melembutkan tumit kasar @ pecah
  •          Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
  •          Mengubati luka
  •          Merawat eczema
  •          Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  •          Merawat kulit gatal
  •          Mengecutkan jerawat
  •          Meredakan merah-merah jerawat
  •          Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  •          Losyen harian untuk kulit kering
  •          Krim urut badan lenguh
  •          Merawat kesan luka melecur
  •          Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  •          Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
  •          Memudarkan dan menghilangkan parut
  •          Losyen harian
  •          Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  •          Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  •          Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan. 

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 

COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM



Cari Blog Ini