KISAH EMAK MENGIDAP SAKIT SARAF

Sakit saraf yang emak sy alami sekarang ni sejak 2012. Masa tu, emak aktif tolong ayah berniaga kt pasar malam. Sampai lah suatu hari tu, mak tiba-tiba alami lenguh badan sampai lemah nk buat apa-apa kerja pun. Sejak daripada tu mak dh tak tolong ayah berniaga, memang duduk rumah je. Dah start tak boleh buat kerja berat, Tapi emak ni degil, diam-diam dia mengemas pokok bunga, angkat pasu berat, alasan mak untuk exercise bagi keluar peluh.😏 2tahun juga mak alami lemah-lemah badan ni sampai berat turun dekat 20kg.

Kami anak-anak tak tau nak cakap apa, kalau tak bagi buat kerja dia bosan pulak. so kami hanya boleh nasihat je. Seingat saya tanda awal sakit saraf mak ni, dia cakap sakit pada rahang gigi, sakit sampai bahagian belakang tengkuk. Habis satu-satu gigi area situ mak pergi cabut. Lagi pun doktor cakap berkemungkinan gigi tampal tu dh lama ada jangkitan kuman.

Masa tu tahun 2015, awal tahun sakit gigi sehingga tengkuk tu, memang ganggu aktiviti harian mak. Bila datang sakit gigi tu, sampai rasa panas 1 kepala, mcm terbakar. Masani, ayah ada lagi. Ayah lah yang tolong urut mak setiap kali badan start lemah sehingga kebas 1 badan.

Masani, walaupun sakit mak masih kuat lah nk masak, buat kerja rumah. Lepas raya Ogos 2015, ayah jatuh sakit, hati ayah bengkak, doktor cakap kesan daripada pengambilan ubat kencing manis yang ayah ambil sejak 7 tahun lepas. Perut ayah macam busung keras, mata kuning akibat daripada masalah hati tersebut. Masani mak kuat jaga ayah yang terpaksa ulang-alik ke hospital. Ayah dah selesai buat rawatan hati yang ada masalah tu, tapi seminggu selepas pembedahan, ayah terjatuh masa dia tengah berjalan nk pergi tandas nak ambik wuduk, sehingga menyebabkan hati ayah yg masih dalam rawatan tu pecah. Kejadian tu siang, ayah meninggal dalam kul3 pagi tanpa menunjukkan sebarang tanda yg dia tengah sakit. Dia happy je, siap ketawa2. tapi tah lah tak tau lah nk cakap camne..dah masa ayah pergi. Kami redha....

Sejak daripada tu, emosi mak terganggu sehingga menyebabkan penyakit saraf mak, makin teruk. Dengan keadaan mak dh putus haid (menopause), ketidakstabilan hormon menyebabkan keaadan makin teruk. Dekat 4 bulan mak menanggung kesakitan di bahagian tengkuk & kepala. Sakit sehingga panas kena simbah air panas kt kepala, lepas tu dalam telinga macam menyucuk2 nk pecah rasa gegendang telinga.

Macam2 lah rawatan kami buat masa ni. Letih bila asik pergi hospital, doktor semua tak tahu apa sakit emak masa tu. Last2 kami buat x-ray & MRI dekat klinik swasta. Memang tulang belakang mak problem sehingga menyebabkan ia tertekan saraf. Macam cara lah masa tu kami ikhtiar, siap pergi klinik pakar Chiropractic utk betulkan tulang belakang yg lari tu. Masani memang banyak pakai duit. Mak kena buat fisoterapi kt klinik Chiropractic 15 sesi. Nampak berkurang dengan rawatan tapi ada masa datang juga sakit tu. Kami adik-beradik memang blur, hanya mampu urut je lah badan mak tu, bg lega, walaupun takde fungsi pn masa tu...blur sgt...risau..tapi buntu sb mak masa tu menangis je sb menahan sakit yg tak tahu bila masa akan reda. Makan ubat penahan sakit tak jalan juga.

Stress sangat masa ni. Hanya mampu minta pada Alllah swt bagi kami petunjuk untuk kami rawat sakit mak masatu.

Bila dah selesai buat fisioterapi, emak minta adik sy bawak je lah dia balik kampung. Gaya macam dah putus asa sb dh macam2 rawatan mak buat tp sakit mak masih tak pulih.

Adik sy pn bawa mak balik kampung. Masa kt kampung, makcik pakcik ada tolong juga cari rawatan utk sakit mak. Masa tu sakit area tengkuk memang datang balik. Sedara mara minta adik sy bawa mak ke Pusat Bekam Sungai Besar, untuk ikhtiar rawatan islam pulak. Masa ni buat bekam sepanjang tulang belakang.

Alhamdulillah...Allah swt Maha Penyembuh. dengan rawatan bekam, sakit mak sembuh. Dah tak ada dah sakit rasa panas dengan sakit berdenyut dalam telinga tu lagi.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...😓😓😓

Ingatkan kisah 2015 tak akan kembali, namun 2018 sakit mak datang lagi tapi sakitnya di area hujung tulang belakang area tunggul punggung. Sakit ni jadi bila mak angkat cerek air panas yg besar, yg tengah penuh dengan air. Masa mak angkat cerek tu, mak kata area pinggang mak tibe2 berdetup...sejak daripada mak terus sakit ngilu2 area tulang punggung.

Sepanjang masa ketika itu, emak menahan sakit sentiasa, waktu tidur terganggu sehingga badan menjadi lemah tak bermaya. Badan menjadi kemas sampai tak rasa 1 badan. Kesakitan yang melampau membuat mak merasa sangat derita keadaan mak rasakan ketika itu seperti menyucuk atau rasa seperti terbakar daripada pinggang sehingga ke tulang punggung.

Sakit saraf mak makin teruk sejak bulan 8 aritu. Sejak tu mak dah x boleh tidur, pernah masa tu dalam pukul 5 pagi adik bongsu telefon sy bagitau mak sakit makin teruk, badan sudah kebas tak rasa apa2. Hampir tak sedar diri sb menahan sakit yg teramat sakit. Saya yg masa tu sudah balik ke rumah sy di PJ, trs minta tolong adik sy yg duduk di klang utk balik kampung segera. sy tak dapat terus balik sb komitmen kerja dg anak2 yg masih bersekolah.

Sesudah adik sy sampai di kampung, terus bawa mak pergi ke hospital. tapi mcm biasa lah doktor tak dapat kesan masalah sakit mak ni. Sebab mereka doktor biasa bukan pakar saraf. Nak jumpa pakar memang kena tunggu lama temujanji. Disebabkan mak dh tak tahan sakit, sy terus call makcik sy, sy bgtau lah sakit mak mcm dulu datang balik. Makcik terus rekemen pergi tempat bekam yang mak buat rawatan dulu.

Ustaz yg bt bekam tu memang ada juga buat rawatan saraf. Ustaz tu pegang kaki emak, ada tempat2 tertentu ustaz tu pegang, memang menunjukan mak memang ada sakit saraf. Daripada cerita mak pada ustaz kesakitan yg di alami, mcm rasa ngilu, rasa panas terbakar, rasa berketul2 kt peha, itu memang tanda2 ada masalah saraf.

Ustaz ada cakap orang sakit saraf, jangan sesekali sapu tempat sakit dengan minyak angin atau minyak panas. Masani sy dg adik memang tergelak lah sb masa mak sakit aritu, memang kami urut mak dengan minyak panas, patut lah sakit mak x pulih, malah makin teruk. 😁

Lepas rawatan dengan ustaz Nazri tu, dua tiga hari mak mcm ok, tiba2 adik call sy cakap mak sakit balik, badan lemah kebas2 datang balik. Ya Allah buntu nya. Sy minta adik bawa mak pegi jumpa ustaz tu balik. Ustaz dengan isterinya buat urutan saraf. Masa ni memang mak sakit mungkin sebab isteri ustaz ada tekan bahagian tertentu membuatkan makin derita. Masa ni memang rasa mcm x berkesan urutan saraf ni, sb makin teruk. Kami pun google lah kisah pesakit Saraf lain, jumpa lah 1 blog ni rekemen pergi klinik Mein & Surgery di Sungai Buloh. 

Sy buat appoiment nak jumpa doktor Selvam, doktor ni jarang ada, dia duduk di Ipoh. Ada hari tertentu dia datang ke Sungai Buloh. Kami bawa mak jumpa doktor Selvam Hari rabu minggu lepas. Sejam juga lah doktor check mak. Memang betul tanda sakit yang mak cerita kesan daripada saraf mak yg makin bengkak kt dalam. So doktor suruh banyak bersabar, kuat lawan supaya emosi stabil. Bila emosi akan ganggu hormon tu yang gastrik semua datang. Kita bila terlalu banyak berfikir bukan2 memang akan ganggu kita punya perut. Doktor suruh mak kalau dah sihat nanti banyak kn aktiviti di luar jangan duduk dalam rumah tengok tv je. Buat aktiviti tapi tak boleh buat kerja berat2 dah. Doktor ada inject buat pada saraf yg sakit lepas tu bg beberapa ubat saraf utk rawat saraf yang bengkak tu. Ok lah jumpa doktor ni. Dia betul2 check & harga rawatan dengan ubat tak lah mahal sangat.

Lepas jumpa doktor Selvam tu, rasa luka2 kt dalam yg rasa sebelum ni dah tak de, tapi lemah2 badan sampai tak larat bangun masih ada. Seharian mak nangis sebab lenguh kebas seharian. Nasib baik masa tu abang sy ada di kampung terus dia bawa mak ke hospital swasta  Anson Bay di Teluk Intan. Biasa lah sampai hospital doktor cakap ok, biasa lah tulang belakang bengkok sikit, boleh menyebabkan saraf tertekan. Lepas tu dorang ambik darah dengan masuk ubat. Lepas balik hospital malam tu mak tak bermaya. Lebih habis, gigi tahan sakit. Sampai meracau cakap bukan2. Sampai ke subuh abang sy jaga mak sb kesan ubat yg doktor bg semalam tu.

Siang tu sy tengok mak lemah betul. Yelah tak tidur semalaman. Nak masuk ke petang nampak mak dh boleh bangun sikit. Mak kata lemah kebas tu dh kurang sikit. Masa ni tengok mak dah banyak kurang & dah boleh sembang mcm biasa, kalau tak murung je cakap pun tak nak. 

Keesokkan sy tengok mak dh boleh buat kerja harian kt rumah, mcm sidai kain. Lepas tu sy suruh mak jalan2 kt luar rumah bg tingkatkan stamina sb mak kata jalan sekejap nk sidai kain rasa sempit nafas rasa mcm mengah. Sy cakap lah sb lama dah x aktif tu yg rasa capat penat. Sy paksa untuk banyak bergerak supaya dapat tingkat kan daya tahan tubuh badan. Esok nya ada kenduri rumah makcik sy, kami bawa mak, alhamdulillah mak makin pulih, walaupun rasa lemah2 masih ada tapi masih boleh tahan. Seronok tengok mak leh borak2 dengan adik-beradik mak dengan ceria.

Sekarang sudah masuk seminggu, adik bagitau mak makin pulih dah xde dah nagdu sakit macam sebelum ni. Last week ada juga bg emak minyak saraf JRM buatan Bonda Rozita Ibrahim. Digunakan utk urutan luaran. Alhamdulillah syukur, memang makin sihat mak sekarang. Semoga mak sembuh sepenuhnya. Sakit saraf ni kalau dah kene memang sukar nak sembuh tapi kita boleh lah ikhtiar untuk kurangkan sakit daripada terus melarat.
Ha ni dia minyak saraf JRM yg sy sapu pada saraf mak yg sakit tu.. Walaupun mak dah ok tapi kami adik-beradik akan terus berikhtiar. Kami tak tau lah yg mana satu rawatan yg buat mak pulih semua yg kami dengar ok semua kami cuba. Sekarang utk luaran sapu minyak saraf ni. Sekarang mak masih bergantung dengan ubat doktor Selvam bg, ubat tu memang utk bagi rehat sebab tu mengantuk je rasanya.







Alhamdulillah setelah buat rawatan urut saraf &consume ubat yg doktor bg, sudah 2 minggu ni kesihatan mak makin beransur sihat. Syukur sangat yang azab bakai api terbakar dekat area punggung & rasa luka berdenyut didalam sudah tiada. Sekarang hanya rasa badan lenguh, itu pn jarang berlaku. Alhamdulillah....

Setakat ni je lah perkongsian kisah mak sy yg mengidap saraf. Doakan mak sy terus sihat 😄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini