VIVIX PENAWAR DIABETIS / KENCING MANIS

APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Jika ada di kalangan ahli keluarga anda yang menderita diabetes/kencing manis, jom dapatkan Vivix Shaklee sekarang 


TESTIMONI





Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Anak Rita Rudaini pengguna Tegar Meal Shake

Setiap ibu ingin beri yg terbaik pada anak mereka. Jika anak kita mengalami masalah kurang selera makan & gemar makan makanan ringan pasti ibu akan susah hati. Betul kan? Begitu lah artis Rita Rudaini yg merupakan ibu kepada 2 org anaknya yg mengalami masalah kurang selera makan & Rita telah mencuba Meal Shake kepada anak2 nya & kesannya sangat memuaskan hati Rita. Dan kini Rita pengguna tegar Meal Shake Shaklee ini.

Meal Shake Shaklee power kerana :

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

Meal Shake Shaklee bagus untuk kanak2 yg mengalami : 

• Kurang selera makan
• Sembelit
• Sering selsema dan demam (terutama yang tinggal di TASKA)
• Kurang daya pertahanan badan (imun rendah)
• Masalah kurang berat badan


Kesan dari pengambilan MEAL SHAKE secara konsisten:

• Membantu menambah selera makan anak anda
• Melawaskan sembelit 
• Meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan penyakit
• Lebih fokus dalam pembelajaran dan arahan
• Emosi stabil
• Tingkah laku lebih terkawal
• Jantung, mata, tulang, otot dan pembesaran yang sihat.



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

IKUT RENTAK UPLINE BERJAYA, KITA PASTI BERJAYA JUGA

Hendak berjaya ni bukan senang tetapi kalau kita tau gaya nyer sebenarnya "KACANG" jeee. Ok sy nk share pengalaman sy tibe2 serius & jatuh cinta dgn biz Shaklee ni...Lama juga lah nk serius, rasa nyer 5 bln sudah register sebagai Distributor Shaklee ni, baru lah semangat. Jenuh lah upline sy yg sy gelar Mami Salwa suruh sy pergi kelas under Master Norita, macam2 alasan sy bg itu lah ini lah...sebenarnya belajar dr online x sama dgn kita jumpe sendiri upline kita..mmg sy rajin belajar dr mami Salwa secara online, mula2 rasa dh cukup lengkap dh ilmu tu...tp sebenarnya belum cukup lagi..byk lagi yg perlu sy belajar.

Terbukanya pintu hati sy ni, mungkin atas doa mami Salwa sy ni...sb dia ni jenis xpandai nk paksa2 org, tp sy yakin dia kirimkan doa untuk sy utk dibuka kn pintu hati untuk pergi kelas under Master Norita dekat Sri Petaling...sebelum pegi kelas bonus sy kadang2 rm200 kadang2 rm100 kadang2 xde buat sale langsung..maklumlah ms tu blm jatuh cinta lagi...buat biz pn ikut mood...hehehe

First time join kelas masa tu suami sy mmg x support pn, tp nk pegi kelas tu sy tetap mintak izin dia, kalau x minta izin kang x berkat ilmu sy, lps tu xde plk org nk jaga anak2 sy. Suami sy mmg x suka MLM ni sb ade kes dulu..ni sb salah sy jugak lah...tp tu kes lama lupa akan je...Masa kat kelas tu tah kenapa sy teruja sgt tetiba...lagi2 masa pertama kali jumpa Master Norita, semangat luar biasa makin terasa...Kelas yg sy dtg tu hanya untuk New Distributor so x sekali dgn Mami Salwa sb Salwa kelas utk leader hari ahad...tp alhamdulillah dpt gk jumpa sblm kelas bersurai...kiranya first time jumpa upline...selalu borak di alam maya je...rupa2 upline sy lg muda dr sy..tp gaya mengajar sy dlm online mcm gaya kakak2 je..hehhee...apa2 pn sy sentiasa respect upline sy.

Sepanjang kelas Master Norita banyak sharing pengalaman beliau yg sudah berbelas2 tahun dgn biz ni..mmg buat sy teruja & buat kan sy makin semangat nk jadi seperti beliau...Master Norita ni dulu adalah seorang guru so cara penyampaian mmg seperti cikgu sedang mendidik anak2 murid...soalan yg pertama yg tanya Master adalah mengenai suami sy yg tak support sy buat biz ni..semua hal sy buat sorang2...masa tu Master senyum je & beliau ckp "tak pe nora buktikan income nora sebln rm5k sebulan pasti suami nora akan support"...serius sy mmg ikut apa Master ckp...
Alhamdulillah sebulan selepas kelas, sy naik rank SUPERVISOR...2 bulan lepas tu naik Senior Supervisor...alhamdulillah masa tu suami sy dh nampak reaksi positif biz Shaklee ni..tp masih x mahu tolong beli barang kt Shaklee..pos barang2 customer dia dh mahu..tu kira ok sgt..setiap kali bonus Shaklee masuk org pertama akan sy bagi tahu mesti lah suami sy...masa tu income sy dah capai rm6k sebulan...mmg seronok tgk suami sy senyum meleret2 ni...ambik masa jgk lah nk dia tolong sy..tp alhamdulillah makin lama dia pn serius buat biz ni...and NOW dia pn dh pencen pada usia 29 tahun.

So jika korang nk cepat berjaya cepat bergerak pantas, xperlu ternanti2 lama2 semangat tu hilang & sepi...rajin2 lah jumpa upline bagi dpt ilmu, dengar Sharing, dpt kn aura & minta dia doakan kita & anak2 biz kita...biz ni upline ni ibarat mak kita, kpd dia tempat kita bermanja, minta nasihat, jgn sombong..jgn ego walaupun kita lebih tua dari dia...tanpa dia register kita dlm biz ni, pasti kita tak kenal biz ni...hebatnya kita adalah bermula dari pada yg dia ajar...so perlu respect upline..apa2 pn sy bersyukur sgt sb Allah swt temukan sy dgn susur galur biz Shaklee yg hebat2...& bersyukur sgt sb sy bkn antara insan yg rugi..sb ramai yg join biz ni tp hati masih tertutup...
INI LAH SUSUR GALUR NENEK MOYANG SAYA

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 17 May 2014 semalam sy arrange perjumpaan anak2 cucu cicit dari Group YMG sy berjumpa dgn mami Salwa...sy mesti kenal mereka dgn nenek dorang untuk dorang berjaya seperti nenek biz dorang..hehehe...alhamdulillah perjumpaan lepak santai di The Sumbs berjalan lancar...mmg best banyak sharing mami Salwa cerita pada anak cucu cicit...semoga mereka akan menjadi insan hebat dlm biz Shaklee ni..ameen ^_^

Alhamdulillah syukur Allah temukan sy dgn biz Shaklee..banyak berubah lps serius dg biz ni...
Jika anda ingin mencari pendapatan tambahan, anda ingin jadi surirumah berjaya JOIN US NOW..
Ingin menjadi isteri hebat dimata suami, buktikan kita bkn wanita biasa..kita lah wanita, isteri, ibu kpd anak2 yg luar biasa...BUKTIKAN...ingin menjadi hebat bkn org lain tentukan..hanya kita sendiri yg tentukan...sedar lah...hentikan kehidupan yg penuh kesempitan wang ringgit & kebebasan hidup yg terhad..kita mampu mengubahkan nya.



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

TRIPLE GEM SHAKLEE TERBAIK UNTUK SURIRUMAH

Assalammualaikum..

Alhamdulilah diberi kesihatan yg baik hari ni...tp incik suami kurang sihat hari ni demam & sakit kepala.. so tugasan sy mencabar sikit hari ini, nk kene kemas rumah, jaga baby, jaga 2 bdk yg tengah lasak & jaga orang sakit.

So pagi2 bangun sy dh tau apa nk buat, sy perlukan triple energy utk jalankan tugasan hari ni. Pagi2 sy siap2 minum TRIPLE GEM SHAKLEE, just campur ESP+MEAL SHAKE+PERFORMANCE DRINK, air kosong dalam 250ml & terus shake. Mudah je..tak perlu buang masa sb byk lagi tugasan nk buat lps ni.
Sekarang semua tugasan mandikan baby, mandikan kak yong & affan setel & diri sendiri pn dh siap mandi..kain basuh td dah siap sidai, masak utk sarapan anak, tidur kn baby, bagi incik suami sarapan & bg suami minum Perfromance Drink + Nutriferon. Alhamdulillah selesai tugasan pagi ni... walaupun malam sy x dpt cukup tidur maklumlah menyusukan baby dimalam hari tp tiada masalah letih, pening kepala, ngantuk ke tiada sy rasa sb tubuh sy cukup tenaga nk uruskan urusan rumah sy.

Nak tau kenapa kita perlukan makanan tambahan / vitamin ini??

Kekurangan nutrisi / terdapat lompang khasiat pada tubuh badan akan membuatkan seseorang akan merasa kurang sedap badannya & rasa lemah badannya. Khasiat selalunya diperoleh daripada makanan yg kita makan, tp jika kita tidak mengambil makanan yg berkhasiat, maka khasiat tak dpt diserap dlm badan dengan baik. Macam sy mmg jarang makan sayur, so terpaksa lah mengambil makanan tambahan seperti vitamin utk tubuh badan sy. 

Pagi ni yg bizi so cukup lah dengan minum TRIPLE GEM SHAKLEE ni..kesan tenaga pada diri sy mmg power. Sy seorang ibu yg menyusukan bayi so mmg bertenaga sepanjang hari, baby pn dpt khasiat dr susu yg baby minum...baby sihat adalah dari susu ibu yg berkualiti.

Jom try triple Gem ini..bkn hanya untuk wanita, kaum adam yg bekerja pn boleh ambil.
Kesihatan seisi keluarga bersama TRIPLE GEM SHAKLEE

ORDER NOW!



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

SAYA SUKA BEKERJA DARI RUMAH

5 kelebihan jika dapat bekerja dari rumah

1. Ruang pejabat citarasa sendiri.
Anda boleh sahaja memilih ruang mana yang anda gemar, lebih besar daripada
pejabat anda dahulu, dengan kelengkapan peralatan yang anda mahukan.
2. Tiada gangguan rakan sekerja
Anda boleh sahaja memberi fokus kepada kerja anda tanpa perlu memberi
peluang orang lain menggangu anda. Anda boleh sahaja tidak perlu mengaktifkan diri
di laman sosial (facebook) atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan anda.
3. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang anda gemari
contohnya pada awal pagi atau pada waktu petang. Kerana ketika wanita lain
sibuk ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti
senaman.
4. Anda sentiasa berada di persekitaran keluarga
ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi.
5. Boleh menemani anak-anak makan hampir setiap masa
bermula sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam.
Nilai masa dengan aktiviti keluarga yang tinggi.

Alhamdulillah sejak serius dengan Biz Shaklee ini, impian saya utk duduk dirumah melihat anak2 membesar tercapai jg...saya bkn duduk2 sahaja dirumah, malah sekarang saya mampu mencapai income 5angka setiap bulan hanya buat biz dari rumah. Semua orang boleh berjaya jika sentiasa berusaha untuk kejayaan diri sendiri. 

So apa tunggu lagi, jom join group biz saya.

SMS l WHATSAPP : 017-2394505(NORA)

Carotomax terbaik untuk masalah rabun

Masalah rabun tidak kira usia, kini usia muda lebih ramai mengalami masalah rabun ini. Faktor utama masalah rabun ini kian meningkat adalah disebabkan gaya hidup tidak menentu yg seseorang amalkan iaitu kurangnya kesedaran dalam penjagaan mata.

Saya juga memakai cermin mata kerana mengalami migrin teruk & hanya memakai cermin mata dapat membetulkan atau merawat masalah rabun mata saya. Selalunya mereka yg mengalami masalah migrin adalah berkaitan dgn rabun silau.Dengan memakai cermin mata adalah cara terbaik untuk merawat masalah rabun silau saya. 

Antara simptom2 saya alami ketika rabun silau ini ialah
1- Pening Kepala
2- Sakit Kepala (migrin)
3- Mata Berair 
4- Alahan cahaya
5- Kabur pandangan jauh
6- Mata letih

Saya mula memakai cermin mata sejak usia saya 12 tahun lagi. Sebab pakai cermin mata hanya disebabkan migrin, jika tak pakai kepala akan sakit & makin lama penglihatan akan kabur. 

Sekarang masalah rabun jauh banyak sangat kurang & sekarang memakai cermin mata hanya untuk masalah silau tp tak lah teruk sgt. Sejak 2 tahun lepas saya telah mencuba produk Shaklee iaitu Carotomax yg merupakan vitamin A, sangat bagus untuk merawat pelbagai masalah mata seperti  rabun jauh & dekat, rabun silau, ketarak mata & glaucoma.

Saya juga beri emak saya cuba carotomax ini, mmg kesan sangat baik. Masalah rabun dekat makin kurang, dekat rumah jarang pakai cermin mata.

Apakah kebaikan Vitamin A / carotomax ini?
1- Memperbaiki kesihatan retina mata & dpt mengurangkan masalah rabun
2- Kesihatan tulang
3- Untuk kesihtan tisu kulit menjadikan kulit licin & pipi cantik kemerahan
4- Pembentukan Sel darah putih & sel darah merah
5- Pembentukan membran mukus
6- Mengekalkan sistem imunisasi badan yg sihat
7- Antioksida yg baik 

PERINGATAN!!!
Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan kerana vitamin ini larut lemak & jika diambil secara berlebihan akan tersimpan didalam organ2 dalaman kita terutama hati.

Namun, Carotomax / Vitamin A shaklee terbaik kerana ia berbentuk pre-kursor, iaitu ia akan aktif bila diperlukan sahaja. 



Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Meal Shake Nutrisi Lengkap untuk Kanak-Kanak.

Semperna bulan ni promosi Meal Shake, sy ingin berkongsi pengalaman sy memberi anak2 sy minum Meal Shake ni...Meal shake ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dll.... Meal Shake juga pilihan bijak bagi anda yang mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Ia menyediakan nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan.Ia juga mengandungi asid folid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Apa itu lactalbumin?
Ia adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine . Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkan sendiri.
Kelebihan lactalbumin ini membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dan menambah seleranya serta seterusnya meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda.

Pengalaman sy setelah 2 tahun memberi Meal Shake kepada dua orang anak sy memang membuat sy sgt teruja & sehingga kini, Meal Shake menjadi minuman wajib anak2 sy..sy yakin dgn kehebatan Meal Shake ni sb sy mmg nampak perubahan kesihatan pada anak2 sy..jika dahulu mudah sangat demam, batuk, selesema, tiada selera makan, sembelit, kulit kering je...tp sekarang alhamdulillah mereka jarang dijangkiti penyakit, selera makan bertambah kalau dahulu penat paksa mereka makan, skg suap je pasti buka mulut mereka..itu buat sy sebagai ibu bahagia sangat...

Anak sulung sy dari bayi mengidap jantung berlubang (ASD), mmg sebelum pembedahan kerap demam, batuk, selesema sehinggakan pembedahan banyak kali tertangguh sb kesihatan dia yg tidak menentu...syarat nk buat pembedahan mesti sihat & tiada demam, batuk & selesema...Alhamdulillah setelah mencuba meal shake sistem imun anak sy makin kuat hampir sebulan tiada demam...jika x sebelum tu setiap bln mesti demam..so dpt lah buat pembedahan...dan paling sy syukur sgt selepas pembedahan anak sy cepat sembuh & masalah demam yg kerap dlu tiada lg & sembelit teruk pn tiada lg.

Saya suka sangat Meal Shake ni sb mudah je nk beri pd anak2 sy just campur dlm susu mereka 1 scoop & minum sehari sekali je....Meal Shake ni mengandungi 24 jenis vitamin (multivitamin), mineral & zat. Selain itu, Meal Shake mengandungi Detoksifikasi iaitu kaya dengan serat larut utk membantu membuang lemak berlebihan & sisa buangan dari perut & usus..so anak yg ade sembelit bagus diberi Meal Shake ini. 

Anak2 yg kerap tidak sihat, sembelit & kurang selera makan adalah disebabkan ketidakseimbangan khasiat/nutrisi dlm tubuh badan mereka dgn makanan seharian mereka. Oleh itu, kita sebagai ibu perlu lah memberi perhatian terhadap anak2 agar mereka sihat & membesar dgn baik..dgn itu sy cadangkan anda cuba memberi yg terbaik utk anak2 anda. kerana sy telah mencuba Meal Shake ni & hasilnya sgt sy puas hati melihat anak2 sy sihat, aktif, bertenaga, bijak & ceria.

Anda berminat mencuba Meal Shake pd anak anda?
Boleh hubungi sy, sy adalah distributor Shaklee yg sah.




Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com

Jom buat Biz Shaklee...berhenti beralasan!!!

Syukur alhamdulillah telah berkenalan dgn biz Shaklee ni..Ya Allah tq atas rezeki yg Engkau beri ini melalui perniagaan menjual supplemen Shaklee ini...banyak sangat perubahan yg aku lalui sejak aku bertindak berani berhenti kerja 24jam di sebuah company Oil & Gas. 
Kire tindakkan berani mata aku buat masa tu..kt otak aku masa tu "Allah ada, aku yakin Allah pasti bantu aku"

Alhamdulillah hampir 2tahun lebih bersama biz Shaklee ni..mmg best, tiada tekanan, dpt tengok anak2 membesar dpn mata, skg yg paling best suami pn dh pencen sama..wahhh best...itu semua impian sy...lps ni impian sy nk bwk mak ayah pegi haji..ok duit pn dh ada..insyaallah mak ayah dpt pegi tahun ni sb ayah x berapa larat nk jalan...bagi aku melihat mak ayah gembira tu dh cukup bermakna...sb kami ni bkn dr golongan yg berada..aku dr kecik dh biasa susah, so masa ni lah nk balas jasa mak ayah..bg mereka puas2 bahagia selagi hidup ni...last week kami adik-beradik dh bincang pasal nk bwk mak ayah pegi haji, suka betul mak ayah..insyaalllah mak ayah akan jejak tanah suci x lama lg...doakan yea.

Semalam dpt surat cinta dari Shaklee pasal dapat jemputan utk mengambil award atas usaha keras aku tahun lepas...alhamdulillah 5 award dlm tangan...tak pernah jangka sebanyak tu..syukur ya Allah Engkau permudahkan urusan aku.

Aku suka berimpian besar (Dream Big).. dalam keturunan aku tiada lagi jadi jutawan...so aku nk jadi jutawan mcm my idola Master Cery...kalau kak cery boleh jd jutawan aku mesti boleh jgk...hahahha... aku yakin selagi kita yakin dgn rezeki Allah pasti kita boleh capai impian kita...

Nak berjaya bukan semudah ABC...tanya diri??? jika kita yakin, pasti boleh..x perlu org lain nk paksa2 utk kita berjaya..semuanya mesti bermula dari diri sendiri..BERHENTI BERALASAN....Selagi kita suka beralasan, mmg kita tak berjaya.

Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu yang Memikul.

Persoalan yang selama 3 tahun aku tanggung akhirnya terjawab sudah.
3 tahun lepas hidup aku penat menahan dugaan menjaga anakku Aisyah Adriana.
Ketika ini, aku masih bekerja....memang aku penat sangat..keluhan & tangisan hanya suamiku & Maha Pencipta yg nampak...orang lain x nampak...apa yg orang lain tau kata belakang bila aku kerap sgt tidak dtg kerja, kena marah, kene kutuk....oh tuhan tak sanggup nk kenang kisah silam ni...masa ni air mata mmg teman baik aku...stress....
Aisyah adalah anak sulungku hasil cinta & kasih sayang aku dengan suamiku...maka lahir lah hamba Allah yg cukup sifatnya secara fizikal...Aisyah sihat membesar seperti kanak-kanak lain pada peringkat awal...tp masuk usia 5 bulan bermula kisah berat yg perlu aku tanggung...kehidupan aku waktu ini memang kerap ke klinik tak pun ke hospital...Aisyah memang kerap tidak sihat..dalam sebulan 2 3 kali dia akan demam, batuk, selesema...baru nak sihat, next week sakit balik....oh tuhan yang paling azab aku rasa setahun batuk tidak hilang2...setiap malam dia batuk WAJIB muntah..mlm dia x lena tido sb batuk....korang boleh imagine SETAHUN LEBIH DIA BATUK TAK BERHENTI2....kesian aisyah masa ni, kadang2 dia muntah tengah tido & byk kali muntah termasuk dlm hidung...so takut dia lemas aku mmg x tido...aku berjaga sampai terlentuk2 kepala...padahal esok pagi aku kena pergi keje...ooooohhhhh sekarang stp kali aku pejam mata mengenangkan ketabahan aku masa tu, rasa sesak sgt dada ni....sebak nyer hati ni xdpt nk di cerita....sb penatnya aku rasa x dpt nk di ukur...dalam setahun tu banyak kali kene tahan wad, masuk mcm2 ubat dlm badan dia...kalau korang kt aku ape rasa??? mengigil menahan hati ni dr sebak yg teramat tengok anak derita mcm tu...tp aku x mampu buat apa2...sb waktu ni kami tak tau kenapa dia susah nk nampak sihat mcm kanak2 lain....

Keadaan aku sepanjang menjaga Aisyah masa tu xde manis...rasa macam tengah mimpi ngeri...kalau boleh aku nk jerit kuat2, YG AKU PENATTTTTT....AKU DAH X SANGGUP TANGGUNG UJIAN NI...setiap mlm aku menitis air mata berjaga padahal waktu ni orang lain tgh nyenyak tido.....

3 tahun aku begini...melayan kerenah Aisyah yg tak menentu, sakit tak sudah2...mcm2 rawatan aku ikhtiar untuk lihat dia sihat....jumpa dokter tu mmg banyak2 kali, pergi jumpa ustaz kt Darusshifa' byk kali untuk cuba rawatan islam...tapi hasil sama...aku letih bila kecewa, kecewa kerana apa aku harap tak tercapai...

Lama2 aku dah lali melalui kepayahan ni...aku redha & teruskan kehidupan aku, penat??? penat tu dh sebati dlm tubuh badan ni...air mata??? sentiasa mengalir sb persoalan aku kenapa anak aku tak sihat2 ni belum terjawab....tp hidup perlu di teruskan betul x....

Apa rasa kalau korang kt tempat aku bila anak kita umur sudah 2 tahun lebih tp tidak boleh berjalan??????? aku letih menjawab soalan orang sekeliling nape bdk ni x jalan lg...aku hanya senyum tp dlm hati sebak...menangis dlm hati jelah...masa ni aku hamil anak kedua, Aisyah dh 2 tahun lebih masih berdukung kesana sini..pelik sangat masa ni kenapa dia x boleh jalan sendiri...namun alhamdulillah usia Aisyah 2tahun sebulan, dengan izin Allah Aisyah berjalan dengan sendirinya...tu lah saat2 yg membahagiakan aku bila melihat proses membesar Aisyah sama mcm kanak2 lain, kalau tak aku tak abes2 fikir yg ank aku tak sempurna....

Walaupun Aisyah dh berjalan masalah kesihatan tetap sama....keluar masuk wad mcm biasa....masih tak jumpa sb Aisyah kerap tak sihat..so layan je lah...sb aku dah lali....
2 bulan Aisyah dh boleh jalan, tak lama lps tu Aisyah dapat adik Affan...so tanggungjawab aku & suami bertambah & penat pn berganda sb Aisyah kalau tak sihat mmg kena jaga lebih kt dia...Alhamdulillah Allah Maha mengetahui, kerana permudahkan urusan aku jaga Affan..Affan senang jaga & x meragam....

Pada umur Aisyah 3tahun lebih batuk masih tak ok...adik affan pun masa tu batuk so aku dgn suami bawak lah budak berdua ni ke klinik Famili TTDI kt Sri Manja...masa tu dokter yg biasa jumpe takde..dokter ganti yg bertugas malam tu....dokter tu mmg dh berusia dlm 60an..kalau tak silap nama dokter tu Dr. Rahman...mula2 dokter tu check adik Affan kemudian baru Aisyah...dokter check Affan kejap je, tp masa Aisyah lama sikit banyak kali dokter cuba fokus bunyi didada Aisyah menggunakan stethoscope... masa tu aku fikir mungkin banyak sangat kahak kat paru-paru Aisyah, tu yg dokter fokus dengar betul2....tiba2 dokter suruh aku & suami bertenang apa yang nk dokter ckp...belum dokter ckp aku dh dpt rasa ada yg tak kene..mesti ada berita buruk...belum dokter ckp air mata aku dh bertakung di kelopak mata ni...dokter suruh aku bertenang, dia kata saya dengar degupan jantung anak puan lain dari yg normal...berkemungkinan anak puan ada masalah jantung, untuk kepastian lebih baik puan bawa anak berjumpa pakar jantung....tiba2 aku rasa sakit dada lps dengar dokter cakap...badan aku rasa ringan je nk tumbang....tapi aku cuba kuatkan semangat....


Subhanallah hebat ujian dr Mu ya Allah...sukar utk aku redha dengar kata2 dokter ketika tu...dlm pemikiran aku, aku tiada keturunan sakit jantung...oh Tuhan..adakah aku tengah bermimpi...masa ni aku rasa mcm tengah mimpi ngeri..tapi suami di sebelah cuba tenangkan aku...dia cakap itu andaian dokter sahaja...hari kami pegi klinik adalah hari jumaat so dokter suggest kami pergi jumpa pakar jantung hari isnin...dokter pn siap2 surat utk refer ke hospital. Hospital pilihan kami adalah Sime Darby Medical Center sb Aisyah memang kalau tak sihat akan pergi SDMC...aku suka pergi ke SDMC kerana service yg bagus & cepat.



Hari isnin yg dinantikan untuk buat pemeriksaan Aisyah tiba juga..debaran makin terasa...Dokter pakar kanak2 Kardiologi (Jantung) iaitu Dr. Choo Kok Kuan telah buat pemeriksaan keatas Aisyah & hasil dari pemeriksaan ultrasound konfem Aisyah mengidap jantung berlubang....masa ni aku kelu, kaku, hiba, syukur kerana akhirnya persoalan kami selama 3 tahun ni terjawab...Aisyah mengidap jantung berlubang ASD.... Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.



Sebaik sahaja pakar kardiologi mengesyaki pesakit berkenaan menghidap ASD, beberapa ujian akan dijalankan seperti;

- Elektro kardiogram (EKG) untuk merakam aktiviti dan mengesan lebihan volum pada jantung kanan.
- Pemeriksaan x-ray untuk memeriksa imej/saiz jantung dan organ sekitarnya.
- Ultrabunyi eko kardiogram bagi mengukur saiz dan mengesan bengkak (jika ada) pada jantung serta visual aliran darah menerusi kebuk jantung.

Pada ketika ini, jantung sebelah kanan Aisyah sudah membengkak...ini kerana darah yang mengandungi banyak oksigen dari jantung kiri akan memasuki kebuk (jantung) kanan, mengakibatkan dua jenis darah ini bercampur dan berkitar dalam jantung. Lama kelamaan, tekanan darah pada jantung kanan semakin meningkat sehingga jantung membengkak dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

Lazimnya pengidap ASD kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom...ini kerana kira-kira 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi berkenaan, namun bergantung pada saiz lubang tersebut. Pada pemeriksaan ultrasound Dr. Choo keatas Aisyah saiz lubang lebih kurang duit syiling 20sen...so besar kn???? sumpahhhh masa aku dengar, aku tak dapat terima & tak percaya apa aku dengar...ya Allah ujian apa ni...luahan ni hanya mampu dikatakan dalam hati aku ni...aku tak mahu di lihat bodoh & tak redha dengan ujian Allah ini...aku hanya mampu memeluk erat suami aku..tiada apa yg nak aku kata kerana terlalu sedih dengar berita ni.


Aku hanya mampu memeluk Aisyah seerat2 nya...sambil aku pandang anak ini...oh anak maafkan ibu sayang kerana ibu tak tahu selama 3 tahun ni engkau sakit, ibu tak tahu penderitaan yg sayang tanggung...sumpah sayang..ibu dg ayah tak tahu..bila keputusan sudah kami ketahui, Dr. Choo bijak menenangkan aku waktu tu...dia lukis lakaran keadaan jantung Aisyah & dia terangkan kenapa, mengapa, adakah boleh rawat masalah ni...so bila dokter sudah terang & persoalan aku terjawab aku rasa sangat lega & beban yg berat yg aku fikir td kembali ringan...so kami faham lah sb kenapa Aisyah kerap tidak sihat, lambat berjalan, tiada selera makan, tiada stamina, pertumbuhan terbantut..ini lah simptom pesakit jantung berlubang (ASD)

Setelah bincang dgn Dr. Choo, nampak gaya nya memang Aisyah akan dibedah kerana saiz lubang besar & tak akan bercantum dengan sendirinya....oh berat nyer nk setuju sb Aisyah baru 3thn kecil lg, kuat ke dia nk tanggung sakit lepas pembedahan tu, sedangkan aku lahir dia czer pn aku rasa derita sangat..macam2 aku fikir masa tu...dokter terangkan lagi lebih baik buat pembedahan dari kecil sb kesakitan tidak teruk seperti orang dewasa...& proses sembuh lebih cepat...so aku akur dgn cadangan Dr.Choo & perancangan pembedahan dalam bulan Januari 2012.

Plan untuk pembedahan 3x tunda disebabkan masalah kesihatan Aisyah...untuk menjalankan pembedahan pesakit mesti sihat tiada demam...setiap kali hampir tiba tarikh pembedahan aisyah mesti demam, batuk & selesema...aku buntu masa ni..aku kalau boleh nk cepat setel nk tengok dia membesar seperti kanak2 sihat yg lain...ok masa ni aku dh start buat bisnes Shaklee...so aku ikhtiar beri Aisyah Meal Shake bg kuatkan sistem imun yg lemah. Alhamdulillah perancangan pembedahan bulan 4 2012 berjalan dengan lancar...pada tarikh 20 April 2012 Aisyah telah menjalankan pembedahan jantung selama 5 jam untuk menutup lubang pada septum jantung yg menggangu peredaran darah dalam jantung. 


Lebih kurang pukul 3 petang Aisyah keluar dari bilik pembedahan...alhamdulillah tu aje mampu aku luah ketika itu dengan linangan air mata yg gugur ke bumi, bkn sebab aku sedih..aku gembira & bersyukur semua berjalan lancar...memang2 kesian tengok keadaan Aisyah ketika ini, sana sini tubuhnya berwayar...namun aku yakin dgn dokter pakar yg berpengalaman & aku yakin Aisyah akan cepat sihat lepas ni...Selepas itu, Aisyah terus di masukkan ke NICU untuk pemantauan 24jam, bimbang jika ade pendarahan dalaman...aku dgn suami hanya boleh tgk 3jam selepas dia dlm NICU...so petang tu kami dtg melawat hanya ibu ayah Aisyah sahaja boleh lawat pada hari pertama. 


Sebelum aku masuk melawat Aisyah, aku mengigil, aku takut, aku tak kuat nk tengok keadaan Aisyah...suami aku genggam tangan aku sambil cakap, ibu mesti kuat, kalau ibu tak kuat Aisyah tak kuat nk lawan kesakitan skg...aku tarik nafas dalam2...sambil menyebut Allah... Allah.. Allah...aku ulang nama yg Maha Agong ni sampai lah depan pintu bilik Aisyah...banyak kali aku tepis air mata jangan menangis..tp apa daya aku, aku tak mampu...dada aku sesak...mulut aku dh mula bergetar-getar menahan sebak yg aku rasa...Allahuakbar....itu anak aku yg tengah bertarung melawan kesakitan...oh anak kau sangat kuat, ibu tak hebat seperti kamu...doa ibu cepatlah detik getir ini berlalu...tak sabar nak melihat kamu sihat membesar seperti kanak2 lain.

ok ini X-ray lepas pembedahan..yg X X X kt tengah tulang tu adalah tali mengikat untuk cantumkan tulang dada di paru-paru untuk bercantum kembali...hah lebih kurang lah..sb aku pn tau nk explain cmne...


Lepas pembedahan Aisyah hanya ditahan 4 hari di wad biasa lps tu boleh balik rumah....budak ni boleh tahan mcm takde pape je..lasak makin menjadi lps pemebedahan ni..so kami mmg kene control bdk ni...Alhamdulillah Aisyah makin sihat & dah jarang sakit dalam setahun ada lah 2x demam..kalau demam pn takde lah suhu tinggi sangat, batuk & selesema pn jarang kene.



Alhamdulillah kepayahan suatu ketika dahulu byk memberi aku pengalaman & mengajar aku erti kehidupan..tiada yg mudah dlm hidup ni...selagi kita masih bernafas, Allah tetap akan beri kita ujian hidup...siapa lah kita nk elak takdir dr Allah ni...Kadang2 aku suka fikir, kuat nyer lah lalui saat kepayahan dahulu...xpe aku sebenarnya x sanggup nk kenang...sungguh perit tp aku syukur kesudahan yg penuh dgn manisnya...betul lah org ckp susah dulu senang2 kemudian...Aisyah mmg penat sgt ibu jaga dulu, tp skg senang jaga...sgt berdikari bdk ni.




Ya Allah lindungi lah kami sekeluarga... :))

Cari Blog Ini