Persoalan yang selama 3 tahun aku tanggung akhirnya terjawab sudah.
3 tahun lepas hidup aku penat menahan dugaan menjaga anakku Aisyah Adriana.
Ketika ini, aku masih bekerja....memang aku penat sangat..keluhan & tangisan hanya suamiku & Maha Pencipta yg nampak...orang lain x nampak...apa yg orang lain tau kata belakang bila aku kerap sgt tidak dtg kerja, kena marah, kene kutuk....oh tuhan tak sanggup nk kenang kisah silam ni...masa ni air mata mmg teman baik aku...stress....
Aisyah adalah anak sulungku hasil cinta & kasih sayang aku dengan suamiku...maka lahir lah hamba Allah yg cukup sifatnya secara fizikal...Aisyah sihat membesar seperti kanak-kanak lain pada peringkat awal...tp masuk usia 5 bulan bermula kisah berat yg perlu aku tanggung...kehidupan aku waktu ini memang kerap ke klinik tak pun ke hospital...Aisyah memang kerap tidak sihat..dalam sebulan 2 3 kali dia akan demam, batuk, selesema...baru nak sihat, next week sakit balik....oh tuhan yang paling azab aku rasa setahun batuk tidak hilang2...setiap malam dia batuk WAJIB muntah..mlm dia x lena tido sb batuk....korang boleh imagine SETAHUN LEBIH DIA BATUK TAK BERHENTI2....kesian aisyah masa ni, kadang2 dia muntah tengah tido & byk kali muntah termasuk dlm hidung...so takut dia lemas aku mmg x tido...aku berjaga sampai terlentuk2 kepala...padahal esok pagi aku kena pergi keje...ooooohhhhh sekarang stp kali aku pejam mata mengenangkan ketabahan aku masa tu, rasa sesak sgt dada ni....sebak nyer hati ni xdpt nk di cerita....sb penatnya aku rasa x dpt nk di ukur...dalam setahun tu banyak kali kene tahan wad, masuk mcm2 ubat dlm badan dia...kalau korang kt aku ape rasa??? mengigil menahan hati ni dr sebak yg teramat tengok anak derita mcm tu...tp aku x mampu buat apa2...sb waktu ni kami tak tau kenapa dia susah nk nampak sihat mcm kanak2 lain....
Keadaan aku sepanjang menjaga Aisyah masa tu xde manis...rasa macam tengah mimpi ngeri...kalau boleh aku nk jerit kuat2, YG AKU PENATTTTTT....AKU DAH X SANGGUP TANGGUNG UJIAN NI...setiap mlm aku menitis air mata berjaga padahal waktu ni orang lain tgh nyenyak tido.....
3 tahun aku begini...melayan kerenah Aisyah yg tak menentu, sakit tak sudah2...mcm2 rawatan aku ikhtiar untuk lihat dia sihat....jumpa dokter tu mmg banyak2 kali, pergi jumpa ustaz kt Darusshifa' byk kali untuk cuba rawatan islam...tapi hasil sama...aku letih bila kecewa, kecewa kerana apa aku harap tak tercapai...
Lama2 aku dah lali melalui kepayahan ni...aku redha & teruskan kehidupan aku, penat??? penat tu dh sebati dlm tubuh badan ni...air mata??? sentiasa mengalir sb persoalan aku kenapa anak aku tak sihat2 ni belum terjawab....tp hidup perlu di teruskan betul x....
Apa rasa kalau korang kt tempat aku bila anak kita umur sudah 2 tahun lebih tp tidak boleh berjalan??????? aku letih menjawab soalan orang sekeliling nape bdk ni x jalan lg...aku hanya senyum tp dlm hati sebak...menangis dlm hati jelah...masa ni aku hamil anak kedua, Aisyah dh 2 tahun lebih masih berdukung kesana sini..pelik sangat masa ni kenapa dia x boleh jalan sendiri...namun alhamdulillah usia Aisyah 2tahun sebulan, dengan izin Allah Aisyah berjalan dengan sendirinya...tu lah saat2 yg membahagiakan aku bila melihat proses membesar Aisyah sama mcm kanak2 lain, kalau tak aku tak abes2 fikir yg ank aku tak sempurna....
Walaupun Aisyah dh berjalan masalah kesihatan tetap sama....keluar masuk wad mcm biasa....masih tak jumpa sb Aisyah kerap tak sihat..so layan je lah...sb aku dah lali....
2 bulan Aisyah dh boleh jalan, tak lama lps tu Aisyah dapat adik Affan...so tanggungjawab aku & suami bertambah & penat pn berganda sb Aisyah kalau tak sihat mmg kena jaga lebih kt dia...Alhamdulillah Allah Maha mengetahui, kerana permudahkan urusan aku jaga Affan..Affan senang jaga & x meragam....
Pada umur Aisyah 3tahun lebih batuk masih tak ok...adik affan pun masa tu batuk so aku dgn suami bawak lah budak berdua ni ke klinik Famili TTDI kt Sri Manja...masa tu dokter yg biasa jumpe takde..dokter ganti yg bertugas malam tu....dokter tu mmg dh berusia dlm 60an..kalau tak silap nama dokter tu Dr. Rahman...mula2 dokter tu check adik Affan kemudian baru Aisyah...dokter check Affan kejap je, tp masa Aisyah lama sikit banyak kali dokter cuba fokus bunyi didada Aisyah menggunakan stethoscope... masa tu aku fikir mungkin banyak sangat kahak kat paru-paru Aisyah, tu yg dokter fokus dengar betul2....tiba2 dokter suruh aku & suami bertenang apa yang nk dokter ckp...belum dokter ckp aku dh dpt rasa ada yg tak kene..mesti ada berita buruk...belum dokter ckp air mata aku dh bertakung di kelopak mata ni...dokter suruh aku bertenang, dia kata saya dengar degupan jantung anak puan lain dari yg normal...berkemungkinan anak puan ada masalah jantung, untuk kepastian lebih baik puan bawa anak berjumpa pakar jantung....tiba2 aku rasa sakit dada lps dengar dokter cakap...badan aku rasa ringan je nk tumbang....tapi aku cuba kuatkan semangat....
Subhanallah hebat ujian dr Mu ya Allah...sukar utk aku redha dengar kata2 dokter ketika tu...dlm pemikiran aku, aku tiada keturunan sakit jantung...oh Tuhan..adakah aku tengah bermimpi...masa ni aku rasa mcm tengah mimpi ngeri..tapi suami di sebelah cuba tenangkan aku...dia cakap itu andaian dokter sahaja...hari kami pegi klinik adalah hari jumaat so dokter suggest kami pergi jumpa pakar jantung hari isnin...dokter pn siap2 surat utk refer ke hospital. Hospital pilihan kami adalah Sime Darby Medical Center sb Aisyah memang kalau tak sihat akan pergi SDMC...aku suka pergi ke SDMC kerana service yg bagus & cepat.
Hari isnin yg dinantikan untuk buat pemeriksaan Aisyah tiba juga..debaran makin terasa...Dokter pakar kanak2 Kardiologi (Jantung) iaitu Dr. Choo Kok Kuan telah buat pemeriksaan keatas Aisyah & hasil dari pemeriksaan ultrasound konfem Aisyah mengidap jantung berlubang....masa ni aku kelu, kaku, hiba, syukur kerana akhirnya persoalan kami selama 3 tahun ni terjawab...Aisyah mengidap jantung berlubang ASD.... Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.
Sebaik sahaja pakar kardiologi mengesyaki pesakit berkenaan menghidap ASD, beberapa ujian akan dijalankan seperti;
- Elektro kardiogram (EKG) untuk merakam aktiviti dan mengesan lebihan volum pada jantung kanan.
- Pemeriksaan x-ray untuk memeriksa imej/saiz jantung dan organ sekitarnya.
- Ultrabunyi eko kardiogram bagi mengukur saiz dan mengesan bengkak (jika ada) pada jantung serta visual aliran darah menerusi kebuk jantung.
Pada ketika ini, jantung sebelah kanan Aisyah sudah membengkak...ini kerana darah yang mengandungi banyak oksigen dari jantung kiri akan memasuki kebuk (jantung) kanan, mengakibatkan dua jenis darah ini bercampur dan berkitar dalam jantung. Lama kelamaan, tekanan darah pada jantung kanan semakin meningkat sehingga jantung membengkak dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Lazimnya pengidap ASD kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom...ini kerana kira-kira 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi berkenaan, namun bergantung pada saiz lubang tersebut. Pada pemeriksaan ultrasound Dr. Choo keatas Aisyah saiz lubang lebih kurang duit syiling 20sen...so besar kn???? sumpahhhh masa aku dengar, aku tak dapat terima & tak percaya apa aku dengar...ya Allah ujian apa ni...luahan ni hanya mampu dikatakan dalam hati aku ni...aku tak mahu di lihat bodoh & tak redha dengan ujian Allah ini...aku hanya mampu memeluk erat suami aku..tiada apa yg nak aku kata kerana terlalu sedih dengar berita ni.
Aku hanya mampu memeluk Aisyah seerat2 nya...sambil aku pandang anak ini...oh anak maafkan ibu sayang kerana ibu tak tahu selama 3 tahun ni engkau sakit, ibu tak tahu penderitaan yg sayang tanggung...sumpah sayang..ibu dg ayah tak tahu..bila keputusan sudah kami ketahui, Dr. Choo bijak menenangkan aku waktu tu...dia lukis lakaran keadaan jantung Aisyah & dia terangkan kenapa, mengapa, adakah boleh rawat masalah ni...so bila dokter sudah terang & persoalan aku terjawab aku rasa sangat lega & beban yg berat yg aku fikir td kembali ringan...so kami faham lah sb kenapa Aisyah kerap tidak sihat, lambat berjalan, tiada selera makan, tiada stamina, pertumbuhan terbantut..ini lah simptom pesakit jantung berlubang (ASD)
Setelah bincang dgn Dr. Choo, nampak gaya nya memang Aisyah akan dibedah kerana saiz lubang besar & tak akan bercantum dengan sendirinya....oh berat nyer nk setuju sb Aisyah baru 3thn kecil lg, kuat ke dia nk tanggung sakit lepas pembedahan tu, sedangkan aku lahir dia czer pn aku rasa derita sangat..macam2 aku fikir masa tu...dokter terangkan lagi lebih baik buat pembedahan dari kecil sb kesakitan tidak teruk seperti orang dewasa...& proses sembuh lebih cepat...so aku akur dgn cadangan Dr.Choo & perancangan pembedahan dalam bulan Januari 2012.
Plan untuk pembedahan 3x tunda disebabkan masalah kesihatan Aisyah...untuk menjalankan pembedahan pesakit mesti sihat tiada demam...setiap kali hampir tiba tarikh pembedahan aisyah mesti demam, batuk & selesema...aku buntu masa ni..aku kalau boleh nk cepat setel nk tengok dia membesar seperti kanak2 sihat yg lain...ok masa ni aku dh start buat bisnes Shaklee...so aku ikhtiar beri Aisyah Meal Shake bg kuatkan sistem imun yg lemah. Alhamdulillah perancangan pembedahan bulan 4 2012 berjalan dengan lancar...pada tarikh 20 April 2012 Aisyah telah menjalankan pembedahan jantung selama 5 jam untuk menutup lubang pada septum jantung yg menggangu peredaran darah dalam jantung.
Lebih kurang pukul 3 petang Aisyah keluar dari bilik pembedahan...alhamdulillah tu aje mampu aku luah ketika itu dengan linangan air mata yg gugur ke bumi, bkn sebab aku sedih..aku gembira & bersyukur semua berjalan lancar...memang2 kesian tengok keadaan Aisyah ketika ini, sana sini tubuhnya berwayar...namun aku yakin dgn dokter pakar yg berpengalaman & aku yakin Aisyah akan cepat sihat lepas ni...Selepas itu, Aisyah terus di masukkan ke NICU untuk pemantauan 24jam, bimbang jika ade pendarahan dalaman...aku dgn suami hanya boleh tgk 3jam selepas dia dlm NICU...so petang tu kami dtg melawat hanya ibu ayah Aisyah sahaja boleh lawat pada hari pertama.
Sebelum aku masuk melawat Aisyah, aku mengigil, aku takut, aku tak kuat nk tengok keadaan Aisyah...suami aku genggam tangan aku sambil cakap, ibu mesti kuat, kalau ibu tak kuat Aisyah tak kuat nk lawan kesakitan skg...aku tarik nafas dalam2...sambil menyebut Allah... Allah.. Allah...aku ulang nama yg Maha Agong ni sampai lah depan pintu bilik Aisyah...banyak kali aku tepis air mata jangan menangis..tp apa daya aku, aku tak mampu...dada aku sesak...mulut aku dh mula bergetar-getar menahan sebak yg aku rasa...Allahuakbar....itu anak aku yg tengah bertarung melawan kesakitan...oh anak kau sangat kuat, ibu tak hebat seperti kamu...doa ibu cepatlah detik getir ini berlalu...tak sabar nak melihat kamu sihat membesar seperti kanak2 lain.
ok ini X-ray lepas pembedahan..yg X X X kt tengah tulang tu adalah tali mengikat untuk cantumkan tulang dada di paru-paru untuk bercantum kembali...hah lebih kurang lah..sb aku pn tau nk explain cmne...
Lepas pembedahan Aisyah hanya ditahan 4 hari di wad biasa lps tu boleh balik rumah....budak ni boleh tahan mcm takde pape je..lasak makin menjadi lps pemebedahan ni..so kami mmg kene control bdk ni...Alhamdulillah Aisyah makin sihat & dah jarang sakit dalam setahun ada lah 2x demam..kalau demam pn takde lah suhu tinggi sangat, batuk & selesema pn jarang kene.
Alhamdulillah kepayahan suatu ketika dahulu byk memberi aku pengalaman & mengajar aku erti kehidupan..tiada yg mudah dlm hidup ni...selagi kita masih bernafas, Allah tetap akan beri kita ujian hidup...siapa lah kita nk elak takdir dr Allah ni...Kadang2 aku suka fikir, kuat nyer lah lalui saat kepayahan dahulu...xpe aku sebenarnya x sanggup nk kenang...sungguh perit tp aku syukur kesudahan yg penuh dgn manisnya...betul lah org ckp susah dulu senang2 kemudian...Aisyah mmg penat sgt ibu jaga dulu, tp skg senang jaga...sgt berdikari bdk ni.
Ya Allah lindungi lah kami sekeluarga... :))
Alhamdulilah syukur semuanya kembali normal nora... sungguh ana bergenang airmata bila baca citer aishah ni....
BalasPadamSemoga aishah jadi anak yang solehah dan kebanggan ibu dan ayah...
Tq ana.. ;)
PadamSyukur Alhamdulillah.. Anda ibu hebat. Punya anak hebat.. Moga dipermudahkan urusan. InsyaAllah...
BalasPadammenitik air mata baca ni.
BalasPadamSemoga Aisyah terus sihat, membesar bijak & hebat.