AKTIVITI AKU & SUAMI SEBAGAI WAHM

Teambuilding? Eh dh x kerja apa yang teambuilding lagi korang laki bini ni...itu lah ungkapan rakan-rakan, jiran-jiran bila kami cakap hendak pergi teambuilding 7 & 8 Mac 2015 lepas...sejak kami jadi WAHM ni kami bukan hanya mencari rezeki dari rumah malah kehidupan kami penuh dengan aktiviti luar...best kan life macam ni, hidup penuh dengan pelbagai aktiviti seperti pelangi yang mempunyai pelbagai warna cantik & menceriakan.

Aktiviti teambuilding ini di taja sepenuhnya oleh pasangan suami isteri iaitu Master Hadhatina & Master Kamarul yang merupakan Master Shaklee diatas kami. Program kali ini bertempat di Sri Intan Resort Port Dickson. Seronok tak terkata suasa sangat selesa & nyaman..maklum lah aktiviti tepi pantai. Aktiviti ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara sideline lain, untuk bertukar-tukar pandangan, & juga untuk kami lebih bersemangat dengan cycle baru 2015 kali ini...

Sepanjang 2 hari teambuilding ini, seramai 16 keluarga terpilih untuk terlibat dalam program ini. Kami sangat bersyukur kerana terpilih. Semua aktiviti telah diuruskan oleh staf Supermom, kami datang hanya mendengar & belajar ilmu yang mereka sampaikan. Selain menimba ilmu, ada juga program luar disediakan..iaitu program telematch...program ini memang seronok bukan penat je kami dapat tapi aktiviti ni penuh dengan gelak ketawa & masa ni lah kami banyak sesi berkenalan dengan sideline lain.
Group no.4 juara telematch
Selepas telematch sesi petang ada last program..kelas petang tu memang sempoi...ade game indoor pulak iaitu kami main game MASTERIA yang telah dicipta oleh Master Kamarul. Memang best game ni sangat friendly dengan kami yang merupakan pengedar Shaklee ni...so kalau sape berminat nk try main game ni boleh bgtau saya...saya pun dah beli 1 set game ni...best sb hanya kami yang hadir ni je dapat beli set Masteria ini.

Alhamdulillah setakat ini saja perkongsian saya kali ini...ini lah kehidupan saya sekarang bukan hanya surirumah urus rumahtangga tetapi lebih dengan aktiviti yang sungguh bermakna setiap hari...saya tidak mahukan rutin harian saya dibuang begitu saja...tiadalah pelangi hidup ini jika kita tidak mencorakkannya lebih perkara berfaedah... ;)

1 ulasan:

Cari Blog Ini