KEKURANGAN NUTRISI PUNCA LUKA LAMBAT KERING

Keperluan nutrisi adalah penting dalam tubuh badan kita. Ini adalah kerana nutrisi ini memainkan peranan penting untuk segala sistem imun tubuh bagi memulihkan setiap masalah atau sakit yang kita alami. 

Masalah luka yang lambat sembuh atau kering, salah satu sebab ia lambat kering adalah disebabkan kita kekurangan nutrisi. Tahukah anda apa nutrisi penting bagi memulihkan luka? 

  • Protein merupakan nutrisi penting untuk pembentukan otot. Bila kekurangan protein kecederaan pada tubuh kita sukar atau lambat untuk pulih. Oleh itu, protein sangat diperlukan bagi menghasilkan sel-sel baru bagi memulihkan kecederaan tersebut.
  • Zinc membantu pelbagai enzim ditubuh badan kita untuk melaksanakan fungsinya kerana banyak enzim yang terlibat dalam penyembuhan luka terutama proses pengeluaran kolagen. Selain itu, zinc membantu proses pembelahan sel yang memungkinkan tubuh menggunakan protien tertentu. 
  • Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. 
Untuk anda yang sedang mengalami luka seperti luka disebabkan diabetis, luka bersalin normal atau ceaser yang sudah berminggu-minggu tidak kering, saya sangat galakkan anda ambil suplemen seperti saya katakan diatas. Pastikan ambil set lengkap bagi nutrisi dalam badan anda dapat cukup sepenuhnya, barulah luka cepat kering.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 
COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

OMEGA GUARD SHAKLEE TERBAIK BERBANDING MINYAK IKAN JENAMA LAIN

Selalu saya dengar, orang cakap harga Omega Guard Shaklee mahal, harga minyak ikan lain jauh lebih murah.


Tahu tak, apa kelebihan minyak ikan Shaklee ini? Kenapa ia berbeza daripada minyak ikan jenama lain?

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Jadi yang mana lebih murah, minyak ikan jenama X harganya RM80, minyak ikan Shaklee harga jualan RM 136. Jika inginkan khasiat yang sama, minyak ikan jenama X adalah RM80 x 3 = RM240. Bukan kah minyak ikan jenama Shaklee lebih murah? ๐Ÿ™‚

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Jadi khasiat Omega Guard Shaklee sudah tentu lebih baik daripada jenama lain.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin
JOM ORDER OMEGA GUARD TENGAH PROMOSI BULAN NOVEMBER INI.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 
COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

SUPLEMEN TERBAIK UNTUK TINGKATKAN TAHAP KESUBURAN LELAKI

Hakikat pada masa kini, penurunan tahap kesuburan lelaki semakin hari semakin merosot. Ia menjadi penyumbang kepada masalah kesukaran mendapat zuriat.  

Antara faktor penyebab masalah kesuburan lelaki ialah penurunan kualiti sperma dalam kalangan lelaki Malaysia dipercayai dipengaruhi pelbagai faktor terutama gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan minuman alkohol, dan obesiti, selain itu terdedah dengan makanan yang mengandungi bahan kimia merbahaya.

Tidak dinafikan tekanan kerja dan gangguan harian merupakan juga menyebabkan penurunan kualiti sperma, seperti tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.

Lazimnya, apabila berlaku isu sukar hamil dalam rumah tangga, wanita atau isteri akan terlebih dahulu dituding sebagai penyebabnya, biarpun lelaki atau suami berkongsi risiko yang sama.

Antara suplemen untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki ialah

1) Zinc Plus
  • Memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan nafsu seks.
  • Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
  • Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain
  • Menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel
  • Membentuk kolagen
  • Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
  • Memperbaiki sistem imun
  • Mempercepatkan pemulihan luka
  • Memperbaiki masalah prostat
  • Meningkatkan keupayaan seks lelaki
  • Memperbaiki radang kulit
  • Mengekalkan deria bau
2) CoQ-Trol Plus
  • Ada sperma yang berenang slow, mengundur dan ia akan mempengaruhi kesuburan lelaki. Jadi, Co-enzyme Q10 yang ada dalam CoQ-Trol ini dapat membantu tingkatkan tenaga pada sperma untuk berenang laju bagaikan juara๐Ÿ˜†
3) Vitamin E
  • Menurut kajian pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin E dapat membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Maka, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.
Anda ingin dapatkan Set Kesuburan Lelaki?
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM







CARA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR TANPA UBAT

Adakah Anda mengalami masalah susah tidur ni?

Tahu tak, keadaan ni kalau dibiar boleh beri tekanan jiwa pada seseorang, stress, kemurungan, boleh menyebabkan urik asid naik. Hah! bercakap pasal urik asid berlebihan ni, ia bukan hanya sebab pemakanan, masalah gangguan tidur antara punca tau! tak pasal-pasal boleh kena GOUT!

Tanda-tanda mengidap INSOMNIA:

1) Denyutan nadi tidak teratur
2) Kerap pening kepala
3) Kadangkala sembelit atau cirit-birit
4) Lesu
5) Cepat marah

Antara punca susah tidur:

1) Kurang mineral
2)Kurang asid amino. Ia penting untuk meredakan saraf didalam tubuh, menghilangkan stress & meningkatkan kualiti tidur.

Sebab itu lah kita kena cepat cari rawatan untuk atasi gangguan tidur yang kita alami.

Cara berkesan untuk mengatasi masalah tidur:

1) Salah satu punca susah tidur ialah pada waktu siang kita asik berfikir dan berfikir. Ini akan menyebabkan otak kita terus menerus berfikir diluar kawalan tanpa disedari. Cara terbaik ialah kita  perlu kurangkan berfikir disiang hari. Caranya ialah dengan banyak mendengar radio (bukan menonton tv). Ini dapat mengalihkan minda kita daripada asyik berfikir kepada mendengar radio. Dan elok dengar IKIM FM kerana ia dapat menenangkan minda, emosi dan rohani kita dengan cara lebih baik melalui terapi islam. Memang lebih berkesan mendengar radio sepanjang siang hari. Insyallah malam akan mudah untuk tidur. 

2) Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring, sama ada siang atau malam. Ini kerana ia akan menjadi tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca sisah tidur ialah otak kita terus berfikir tanpa henti ketika baring diata s katil. Oleh itu, anda perlu didik diri kita untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk berehat bukannya berfikir.

3) Jadikan malam anda, waktu istirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja waktu malam. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Kurangkan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam. 

4) Elakkan minum air kafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur. Dan juga elakkan makan makanan berat 1-2 jam sebelum tidur.

5) Elakkan tidur selepas waktu asar dan maghrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh kita perlu aktif. Jika tidak, tenaga didalam badan dibawa ke otak dan menyukarkan kita untuk tidur pda waktu malam.

6) Aktifkan diri kita dengan aktiviti waktu petang. Lakukan riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak. Keletihan pada waktu petang mampu membantu kita tidur dengan lena atau tidur nyenyak pada waktu malam.

7) Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena.

8) Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyeyak pada waktu malam. 

9) Berzikir juga amat bagus mengelakkan kita daripada terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum tidur. Dan jangan lupa membaca ayat al-quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat Kursi.

10) Semasa mula baring di katil, tarik nafas panjang dan kira satu, kemudian hembus nafas panjang dan kira dua, seterusnya tarik nafas panjang dan hembus, dan terus lakukan secara berterusan dan fokus pada pengiraan sampai kita teridur. Ia memang membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan mengatasi masalah susah tidur. 
credit: Hairul.com

Selain itu, pengambilan suplemen turut membantu untuk atasi gangguan tidur ini.

Anda ingin dapatkan Set Insomnia?


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

KRIM MERAWAT LINGKARAN GELAP & GARIS KEDUT DI SEKITAR MATA

Sekarang skincare Youth Shaklee sudah makin dikenali seluruh dunia kerana produk yang sungguh berkesan, 100% vegan, bebas gluten & sangat semulajadi.

Baru ini telah masuk lagi produk Youth untuk anda yang mengalami malsah mata sembap & garisan bawah mata.

KEISTIMEWAAN EYE TREATMENT YOUTH SHAKLEE

1) Mengandungi campuran peptida unik yang ditunjukkan dalam kajian klinikal untuk mengurangkan penampilan garisan halus, kedutanan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari.

2) Mengurangkan mata sembap dan lingkaran hitam

3) Bantu menghaluskan kontur mata, menganjalkan dan menghidratkan 

4) Mempunyai tip penyejuk unik yang menyegarkan dan memberi tenaga kepada kawasan sekitar mata dengan urutan lembut semasa aplikasi

5) Diuji oleh ahli oftalmologi

6) Tidak menyumbatkan liang pori

7) Diuji oleh ahli dermatologi

PROSES RAWATAN DENGAN EYE TREATMENT YOUTH SHAKLEE



Berminat nak cuba Eye Treatment Youth?


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

5 PUNCA GELAP BAWAH MATA & CARA MERAWATNYA.

1. Keturunan Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.
2. Alergi Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.
3. Keletihan Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.
4. Usia Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.
5. Anemia Kekurangan zat besi yang merupakan masalah paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat kerana kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.
RAWATAN UNTUK MENGHILANGKAN GELAP BAWAH MATA
1. Banyakkan meminum air kosong Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.
2. Makan sayur-sayuran hijau Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.
3. Gunakan timun atau tomato Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.
4. Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.

Testimoni Eye Treatment Youth

Jemput Tonton cara menggunakan Krim Eye Treatment Youth ini


Berminat nak cuba Eye Treatment Youth?

Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM

DERITA PESAKIT GOUT, CEPAT DAPATKAN SET GOUT SHAKLEE BERKESAN!

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Asid uirk ini, merupakan bahan kumuh protein yang perlu dibuang menerusi air kencing. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi didalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawaasn sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal yang berlonggok dikawasan sendi ini akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

Gout ini akan menyebabkan sendi bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Biasanya pesakit gout akan mengadu sakit yang melampau pada kawasan gout tersebut. Sehingga menghadkan pergerakkan pesakit tersebut.

Gout penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.
Bacaan asid urik normal dalam badan ialah
  • Wanita : 2.4 - 6.0mg/dL
  • Lelaki : 3.4 - 7.0mg/dL
  • Pesakit Gout : 10mg keatas
Punca Sakit Gout

1) Gangguan Tidur
Ia menyebabkan pesakit tidak dapat bernafas dengan teratur, kekurangan oksigen dan mencetuskan pengeluaran asid urik berlebihan dalam pembuluh darah. 

2) Obesiti
Berat badan berlebihan ini menjadi punca sindrom tidur obstruktif dan gout. Selain itu, obesiti ini menyebabkan gangguan tidur.

3) Faktor genetik 
Genetik yang memiliki kandungan asid urik tinggi dalam badan boleh menjadi punca sakit gout ini.

4) Alkohol
Pengambilan alkohol meningkatkan tahap asid urik dalam darah. Bayangkan, pengambilan secara kerap? Ini termasuk bir dan arak.
5) Minuman berkarbonat dan jus buah
Minuman tinggi gula meningkatkan sehingga 85 peratus serangan gout terhadap lelaki. Fruktosa, nutrien merangsang pengeluaran asid urik memiliki kesan sama dengan alkohol.
Jika anda begitu berselera dengan minuman manis, kurangkan kandungan gula bagi mengelak risiko serangan.
6) Ayam, Daging
Pengambilan produk tenusu secara kerap meningkatkan risiko serangan sehingga 21 peratus. Kesan pengambilan makanan laut menyebabkan risiko sehingga tujuh peratus.
Lebih baik, amalkan makanan tambahan, minyak ikan Omega-3 yang tinggi kualiti dan bebas purin dalam diet anda
7) Organ dalaman
Tinggi kandungan asid urik berbanding makanan lain. Pengambilan tenusu dan organ dalaman bersama perlu dielakkan berikutan boleh menyebabkan serangan gout akut.
8) Buahan manis
Tembikai dan mangga mempunyai gula fruktosa yang tinggi. Kadang-kadang pesakit tidak sedar mereka mengambil buahan berkenaan secara kerap dan menyebabkan kesakitan berulang.
9) Aspirin, Diuretik
Dos ubatan mengandungi dadah terbukti mencetuskan gout, walaupun diambil pada jangka masa pendek.
10) Metabolisma
Tahap metabolisma yang rendah berisiko tinggi mendapat gout.

Tip kawal serangan gout
1) Minum air banyak sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas (anggaran dua hingga empat liter) cecair setiap hari.
2) Hadkan pengambilan minuman manis dan air berkarbonat
3) Elakkan pengambilan alkohol kerana boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
4) Makan makanan seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
5) Dapatkan protein daripada tenusu rendah lemak. Elakkan diet protein tinggi dan kaya asid urik, seperti organ dalaman haiwan dan makanan laut.
6) Bersenam dengan kerap dan kalau boleh, berhenti merokok.
7) Kekalkan berat badan diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.

Suplemen untuk membantu pesakit gout

VIVIX - Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

ALFALFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM


KISAH EMAK MENGIDAP SAKIT SARAF

Sakit saraf yang emak sy alami sekarang ni sejak 2012. Masa tu, emak aktif tolong ayah berniaga kt pasar malam. Sampai lah suatu hari tu, mak tiba-tiba alami lenguh badan sampai lemah nk buat apa-apa kerja pun. Sejak daripada tu mak dh tak tolong ayah berniaga, memang duduk rumah je. Dah start tak boleh buat kerja berat, Tapi emak ni degil, diam-diam dia mengemas pokok bunga, angkat pasu berat, alasan mak untuk exercise bagi keluar peluh.๐Ÿ˜ 2tahun juga mak alami lemah-lemah badan ni sampai berat turun dekat 20kg.

Kami anak-anak tak tau nak cakap apa, kalau tak bagi buat kerja dia bosan pulak. so kami hanya boleh nasihat je. Seingat saya tanda awal sakit saraf mak ni, dia cakap sakit pada rahang gigi, sakit sampai bahagian belakang tengkuk. Habis satu-satu gigi area situ mak pergi cabut. Lagi pun doktor cakap berkemungkinan gigi tampal tu dh lama ada jangkitan kuman.

Masa tu tahun 2015, awal tahun sakit gigi sehingga tengkuk tu, memang ganggu aktiviti harian mak. Bila datang sakit gigi tu, sampai rasa panas 1 kepala, mcm terbakar. Masani, ayah ada lagi. Ayah lah yang tolong urut mak setiap kali badan start lemah sehingga kebas 1 badan.

Masani, walaupun sakit mak masih kuat lah nk masak, buat kerja rumah. Lepas raya Ogos 2015, ayah jatuh sakit, hati ayah bengkak, doktor cakap kesan daripada pengambilan ubat kencing manis yang ayah ambil sejak 7 tahun lepas. Perut ayah macam busung keras, mata kuning akibat daripada masalah hati tersebut. Masani mak kuat jaga ayah yang terpaksa ulang-alik ke hospital. Ayah dah selesai buat rawatan hati yang ada masalah tu, tapi seminggu selepas pembedahan, ayah terjatuh masa dia tengah berjalan nk pergi tandas nak ambik wuduk, sehingga menyebabkan hati ayah yg masih dalam rawatan tu pecah. Kejadian tu siang, ayah meninggal dalam kul3 pagi tanpa menunjukkan sebarang tanda yg dia tengah sakit. Dia happy je, siap ketawa2. tapi tah lah tak tau lah nk cakap camne..dah masa ayah pergi. Kami redha....

Sejak daripada tu, emosi mak terganggu sehingga menyebabkan penyakit saraf mak, makin teruk. Dengan keadaan mak dh putus haid (menopause), ketidakstabilan hormon menyebabkan keaadan makin teruk. Dekat 4 bulan mak menanggung kesakitan di bahagian tengkuk & kepala. Sakit sehingga panas kena simbah air panas kt kepala, lepas tu dalam telinga macam menyucuk2 nk pecah rasa gegendang telinga.

Macam2 lah rawatan kami buat masa ni. Letih bila asik pergi hospital, doktor semua tak tahu apa sakit emak masa tu. Last2 kami buat x-ray & MRI dekat klinik swasta. Memang tulang belakang mak problem sehingga menyebabkan ia tertekan saraf. Macam cara lah masa tu kami ikhtiar, siap pergi klinik pakar Chiropractic utk betulkan tulang belakang yg lari tu. Masani memang banyak pakai duit. Mak kena buat fisoterapi kt klinik Chiropractic 15 sesi. Nampak berkurang dengan rawatan tapi ada masa datang juga sakit tu. Kami adik-beradik memang blur, hanya mampu urut je lah badan mak tu, bg lega, walaupun takde fungsi pn masa tu...blur sgt...risau..tapi buntu sb mak masa tu menangis je sb menahan sakit yg tak tahu bila masa akan reda. Makan ubat penahan sakit tak jalan juga.

Stress sangat masa ni. Hanya mampu minta pada Alllah swt bagi kami petunjuk untuk kami rawat sakit mak masatu.

Bila dah selesai buat fisioterapi, emak minta adik sy bawak je lah dia balik kampung. Gaya macam dah putus asa sb dh macam2 rawatan mak buat tp sakit mak masih tak pulih.

Adik sy pn bawa mak balik kampung. Masa kt kampung, makcik pakcik ada tolong juga cari rawatan utk sakit mak. Masa tu sakit area tengkuk memang datang balik. Sedara mara minta adik sy bawa mak ke Pusat Bekam Sungai Besar, untuk ikhtiar rawatan islam pulak. Masa ni buat bekam sepanjang tulang belakang.

Alhamdulillah...Allah swt Maha Penyembuh. dengan rawatan bekam, sakit mak sembuh. Dah tak ada dah sakit rasa panas dengan sakit berdenyut dalam telinga tu lagi.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Ingatkan kisah 2015 tak akan kembali, namun 2018 sakit mak datang lagi tapi sakitnya di area hujung tulang belakang area tunggul punggung. Sakit ni jadi bila mak angkat cerek air panas yg besar, yg tengah penuh dengan air. Masa mak angkat cerek tu, mak kata area pinggang mak tibe2 berdetup...sejak daripada mak terus sakit ngilu2 area tulang punggung.

Sepanjang masa ketika itu, emak menahan sakit sentiasa, waktu tidur terganggu sehingga badan menjadi lemah tak bermaya. Badan menjadi kemas sampai tak rasa 1 badan. Kesakitan yang melampau membuat mak merasa sangat derita keadaan mak rasakan ketika itu seperti menyucuk atau rasa seperti terbakar daripada pinggang sehingga ke tulang punggung.

Sakit saraf mak makin teruk sejak bulan 8 aritu. Sejak tu mak dah x boleh tidur, pernah masa tu dalam pukul 5 pagi adik bongsu telefon sy bagitau mak sakit makin teruk, badan sudah kebas tak rasa apa2. Hampir tak sedar diri sb menahan sakit yg teramat sakit. Saya yg masa tu sudah balik ke rumah sy di PJ, trs minta tolong adik sy yg duduk di klang utk balik kampung segera. sy tak dapat terus balik sb komitmen kerja dg anak2 yg masih bersekolah.

Sesudah adik sy sampai di kampung, terus bawa mak pergi ke hospital. tapi mcm biasa lah doktor tak dapat kesan masalah sakit mak ni. Sebab mereka doktor biasa bukan pakar saraf. Nak jumpa pakar memang kena tunggu lama temujanji. Disebabkan mak dh tak tahan sakit, sy terus call makcik sy, sy bgtau lah sakit mak mcm dulu datang balik. Makcik terus rekemen pergi tempat bekam yang mak buat rawatan dulu.

Ustaz yg bt bekam tu memang ada juga buat rawatan saraf. Ustaz tu pegang kaki emak, ada tempat2 tertentu ustaz tu pegang, memang menunjukan mak memang ada sakit saraf. Daripada cerita mak pada ustaz kesakitan yg di alami, mcm rasa ngilu, rasa panas terbakar, rasa berketul2 kt peha, itu memang tanda2 ada masalah saraf.

Ustaz ada cakap orang sakit saraf, jangan sesekali sapu tempat sakit dengan minyak angin atau minyak panas. Masani sy dg adik memang tergelak lah sb masa mak sakit aritu, memang kami urut mak dengan minyak panas, patut lah sakit mak x pulih, malah makin teruk. ๐Ÿ˜

Lepas rawatan dengan ustaz Nazri tu, dua tiga hari mak mcm ok, tiba2 adik call sy cakap mak sakit balik, badan lemah kebas2 datang balik. Ya Allah buntu nya. Sy minta adik bawa mak pegi jumpa ustaz tu balik. Ustaz dengan isterinya buat urutan saraf. Masa ni memang mak sakit mungkin sebab isteri ustaz ada tekan bahagian tertentu membuatkan makin derita. Masa ni memang rasa mcm x berkesan urutan saraf ni, sb makin teruk. Kami pun google lah kisah pesakit Saraf lain, jumpa lah 1 blog ni rekemen pergi klinik Mein & Surgery di Sungai Buloh. 

Sy buat appoiment nak jumpa doktor Selvam, doktor ni jarang ada, dia duduk di Ipoh. Ada hari tertentu dia datang ke Sungai Buloh. Kami bawa mak jumpa doktor Selvam Hari rabu minggu lepas. Sejam juga lah doktor check mak. Memang betul tanda sakit yang mak cerita kesan daripada saraf mak yg makin bengkak kt dalam. So doktor suruh banyak bersabar, kuat lawan supaya emosi stabil. Bila emosi akan ganggu hormon tu yang gastrik semua datang. Kita bila terlalu banyak berfikir bukan2 memang akan ganggu kita punya perut. Doktor suruh mak kalau dah sihat nanti banyak kn aktiviti di luar jangan duduk dalam rumah tengok tv je. Buat aktiviti tapi tak boleh buat kerja berat2 dah. Doktor ada inject buat pada saraf yg sakit lepas tu bg beberapa ubat saraf utk rawat saraf yang bengkak tu. Ok lah jumpa doktor ni. Dia betul2 check & harga rawatan dengan ubat tak lah mahal sangat.

Lepas jumpa doktor Selvam tu, rasa luka2 kt dalam yg rasa sebelum ni dah tak de, tapi lemah2 badan sampai tak larat bangun masih ada. Seharian mak nangis sebab lenguh kebas seharian. Nasib baik masa tu abang sy ada di kampung terus dia bawa mak ke hospital swasta  Anson Bay di Teluk Intan. Biasa lah sampai hospital doktor cakap ok, biasa lah tulang belakang bengkok sikit, boleh menyebabkan saraf tertekan. Lepas tu dorang ambik darah dengan masuk ubat. Lepas balik hospital malam tu mak tak bermaya. Lebih habis, gigi tahan sakit. Sampai meracau cakap bukan2. Sampai ke subuh abang sy jaga mak sb kesan ubat yg doktor bg semalam tu.

Siang tu sy tengok mak lemah betul. Yelah tak tidur semalaman. Nak masuk ke petang nampak mak dh boleh bangun sikit. Mak kata lemah kebas tu dh kurang sikit. Masa ni tengok mak dah banyak kurang & dah boleh sembang mcm biasa, kalau tak murung je cakap pun tak nak. 

Keesokkan sy tengok mak dh boleh buat kerja harian kt rumah, mcm sidai kain. Lepas tu sy suruh mak jalan2 kt luar rumah bg tingkatkan stamina sb mak kata jalan sekejap nk sidai kain rasa sempit nafas rasa mcm mengah. Sy cakap lah sb lama dah x aktif tu yg rasa capat penat. Sy paksa untuk banyak bergerak supaya dapat tingkat kan daya tahan tubuh badan. Esok nya ada kenduri rumah makcik sy, kami bawa mak, alhamdulillah mak makin pulih, walaupun rasa lemah2 masih ada tapi masih boleh tahan. Seronok tengok mak leh borak2 dengan adik-beradik mak dengan ceria.

Sekarang sudah masuk seminggu, adik bagitau mak makin pulih dah xde dah nagdu sakit macam sebelum ni. Last week ada juga bg emak minyak saraf JRM buatan Bonda Rozita Ibrahim. Digunakan utk urutan luaran. Alhamdulillah syukur, memang makin sihat mak sekarang. Semoga mak sembuh sepenuhnya. Sakit saraf ni kalau dah kene memang sukar nak sembuh tapi kita boleh lah ikhtiar untuk kurangkan sakit daripada terus melarat.
Ha ni dia minyak saraf JRM yg sy sapu pada saraf mak yg sakit tu.. Walaupun mak dah ok tapi kami adik-beradik akan terus berikhtiar. Kami tak tau lah yg mana satu rawatan yg buat mak pulih semua yg kami dengar ok semua kami cuba. Sekarang utk luaran sapu minyak saraf ni. Sekarang mak masih bergantung dengan ubat doktor Selvam bg, ubat tu memang utk bagi rehat sebab tu mengantuk je rasanya.







Alhamdulillah setelah buat rawatan urut saraf &consume ubat yg doktor bg, sudah 2 minggu ni kesihatan mak makin beransur sihat. Syukur sangat yang azab bakai api terbakar dekat area punggung & rasa luka berdenyut didalam sudah tiada. Sekarang hanya rasa badan lenguh, itu pn jarang berlaku. Alhamdulillah....

Setakat ni je lah perkongsian kisah mak sy yg mengidap saraf. Doakan mak sy terus sihat ๐Ÿ˜„

Cari Blog Ini