Bengkak GOUT? Bagaimana mengatasinya?

Dalam entry yg lepas, saya ade terangkan sedikit ape itu GOUT dan siapa yg berisiko utk mendapat GOUT.. kali nie nak share plak ape yg kiter bleh lakukan atau ape yg bleh kiter amik bagi mengatasi masalah GOUT ini..

Bagi pesakit gout, mereka disarankan TIDAK mengambil makanan yang berprotien tinggi terutama makanan laut seperti ketam, udang termasuklah ikan bilis. Ikan pula boleh tapi berpada2 juga terutama ikan sardin, memang boleh membuatkan lebih worst keadaan pesakit gout itu. Sayuran kekacang juga perlu dikurangkan. Buahan2 juga seperti pisang cuba dielakkan kerana ada sesetangah pisang memberi impak kepada pesakit gout yang boleh mengakibatkan sendi2 menjadi bengkak.

Makanan lain pula, disarankan pesakit gout mengambil dengan kadar berpada2. Bagaimana untuk mengurangkan serangan gout kepada pesakit? Apa yang saya belajar pesakit perlu mengambil beberapa supplement yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan mereka. Antara supplement tersebut ialah :

[1] Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

[2] Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

[3] Fiber - menyerap ke semua lebihan gula , lemak dan segala yang tidak diperlukan dari badan disingkirkan melalui perkumuhan.

[4] Omega - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat saya bantu. Jika dapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat selama2nya namun kesan ke atas buah pinggang hanya pesakit yang menanggungnya.

Maka renung2kanlah...

credit : kak N
Ingin membeli dengan harga yg ISTIMEWA.. Hubungi saya.. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 017 2394505 atau email ke zainora84@yahoo.com.my

Hand expression

Hanya berpantang dengan Shaklee, berat anak naik 1.75kg sebulan


Makin hari makin ramai ibu2 yang menyedari kepentingan menyusu dengan susuibu. Ramai ibu yang berpantang kini sangat selesa berpantang dengan vitamin. Last week sahaja ramai customer yang membuat belian set berpantang dengan saya.

Ingin saya kongsikan satu testimoni seorang customer saya iaitu Fafa...

Sila klik untuk besarkan imej.
Apa kata beliau?

"salam..
Ok kak..thanks a lot..
Juz nk share dgn akak..hr 2 bwk anak sy g inject sebln. Bl timbang berat dia dh 4.55kg. Lahir hr tu 2.8kg je..susu sy pn semakin byk n excited nk kumpul stok susu byk2 b4 start keje next month..Alhamdulillah n syukur pd Allah...sy pantang kali ni mkn vitamin shaklee je..x sbr nk tgk dia membesar lg sht dgn minum susu ibu yg b'khasiat ni..time kasih n syukur sgt2 sbb dip'temukan Allah dgn akak..mudah2an bf journey sy yg ke2 ni dip'mudahkan Allah..Amin..
"

Amin. Mudah-mudahan lebih ramai ibu yang menyusukan anak dan mengambil berat tentang pemakanan seharian mereka. Apa yang ibu makan disalurkan kepada anak melalui susuibu sebab itu pentingnya si ibu menjaga pemakanannya serta kesihatan diri ibu itu sendiri.

Apakah yang terdapat dalam set berpantang?

  • Multivitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Zinc
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix dan alfalfa.
    Apa pula yang ada dalam set penyusuan susuibu?
    • Multivitamin
    • B complex
    • Vitamin c
    • Alfalfa
    • Sangat bagus jika diambil bersama ESP dan Ostematrix
    credit: Kak N

    Ingin beli dengan harga yg ISTIMEWA.. Hubungi saya.. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 017 239 4505 atau email ke zainora84@yahoo.com.my

    Kenapa Susu saya makin sedikit selepas makan Vitamin??


    Tidak dinafikan tindakbalas badan terhadap pengambilan vitamin adalah berbeza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang individu. Jadi janganlah anda terlalu runsing bila perubahan yang anda alami tidak sama seperti yang kawan anda alami yer.
    Ada setengah orang dapat lihat perubahan positif seawal sehari selepas pengambilan vitamin. Tak kurang juga ada yang mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan...yang penting kita perlu banyak bersabar, teruskan pengambilan vitamin seperti yang disarankan mengikut jadual. InsyaAllah, mungkin esok lusa nampaklah hasilnya. Makan vitamin bukan macam makan ubat. Makan je ubat terus baik sakit. Makan vitamin kena banyak sabar.

    Makan vitamin ni ibarat menanam pokok. Hari ni kita tanam, mustahil lah esok dah tumbuh tinggi pokok tersebut kan. Namun, jika kita sentiasa siram, letak baja mengikut jadual, lama-lama pokok yang kita tanam tu InsyaAllah akan tumbuh dengan sihatnya.

    Berbalik pada tajuk kenapa susu jadi makin sikit selepas makan vitamin. Masalah yang kadangkala berlaku di kalangan ibu-ibu yang mencuba Set B.

    "Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"
    Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

    "tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "

    Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.
    Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.

    Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

    Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.

    Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?
    Indicator yang terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

    Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?
    Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dantidak selari dengan vitamin intake.

    Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat.Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.
    Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.
    Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

    Tanda kekurangan air antara lain ialah:

    1. Kerap sakit kepala.
    2. Muka berjerawat.
    3. Senang moody dan susah hati.
    4. Badan senang sakit2.

    Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang mencukupi demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.

    credit

    Diabetes @ Kencing Manis Semasa Hamil ~*


    Apakah Diabetes Melitus?


    Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus


    Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
    Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.
    Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

    Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:-
    1. Jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM)-Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung
    2. Jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM)- Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.
    Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. 

    Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
    Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
    • Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
    • Wanita berumur (>35 tahun).
    • Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
    • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios)(←faktor ini yg saya alami semasa mengandung anak ke-2), keguguran.
    • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
    • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.
    Bagaimana penyakit ini dikesan?
    Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan.

    Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.Dalam perkataan lain, ujian saringan glukosa juga dikenali sebagai ujian minum air gula. Saya pernah terpaksa lalui saat 'manis'  minum segelas air gula yang sangat 'sedap'. Cukuplah sekali seumur hidup. (^-^)v 
    Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
     
    - Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.

    - Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. 


    - Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia(paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.

    - Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasanmahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).


    Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. 
    Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
     
    GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

    Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.
    Bagaimana rawatan terhadap GDM?
    1. Kawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet.
    2. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa.
    3. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

    Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

    Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
    • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
    • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
    • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
    • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
    • Elakkan makanan yang bergoreng.
    Source : Info Sihat

    Bagi anda yang mengidap GDM atau Diabetes semasa kehamilan, berita baik untuk anda!!
    Sebagai permulaan, saya mencadangkan at least Shaklee Fiber Plan Unflavored dan B-Complex untuk anda.
    Fiber
    Tambah kandungan serat di dalam badan, elak sembelit, serap kolesterol, lebihan gula (buat pesakit diabetes) dan asid urik (bagi pesakit gout).

    Info tambahan : Adalah lebih baik untuk ambil Fiber Plan Unflavored berbanding Fiber Plan Tablets, kerana yang serbuk lebih mudah diserap ke dalam badan.
    → Bancuh 1/2 sudu teh dengan sejug air atau jus kegemaran sekali sehari.
    B-Complex
    Tukar makanan kepada tenaga. Kandungan Biotin nya akan metabolisme kan lemak di dalam badan! Sebenarnya, B-Kompleks sangat-sangat membantu dalam Weight Reduction, kalau betul caranya. Ini kerana, B-Kompleks akan membakar makanan untuk keperluan badan. Negatifnya, anda akan berasa cepat lapar! Jadi, waktu nie perlu berhati-hati lah, jika tak kawal nafsu lapar sebaik-baiknya, anada akan mudah terjurus untuk makan lebih banyak, di mana menyebabkan berat badan anda naik. Saya cadangkan anda makan healthy snack seperti buah-buahan & kekacang apabila sentiasa rasa lapar tue.
    → Di ambil sebiji sehari selepas makan.
    Anda boleh dapatkan Fiber Plain Unflavoured (300gm) dan B-Complex (120 tablet) . Plus RM10 flat rate shipping ke seluruh semenanjung.



    Boleh hubungi saya di zainora84@yahoo.com.my atau sms 017 239 4505 untuk free consultations atau membuat pesanan.


    credit: hadha

    Penyebab Anda letih & Cara untuk mengatasinya


    Letih badan, letih minda adalah sangat merbahaya kerana ia mampu menjejaskan hidup anda. Kualiti kerja, kualiti sosial, kualiti diri, kualiti perhubungan etc semuanya akan merudum gara-gara masalah keletihan ini.
    Terasa cepat penat, mengantuk, takde mood, sengal-sengal sendi, lenguh kaki dan tangan dan sebagainya. Tahukah anda mengapa? Jom kita baca kupasan daripada gediq.com tentang masalah ini.
    Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.

    Sensitiviti Elektrik

    Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badanTanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.
    Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

    Diabetes tanpa Sedar

    Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

    Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

    Makan Tengahari

    Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

    Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol.

    Masalah Ginjal

    Masalah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

    Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

    Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

    kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.

    Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
    cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.

    Cara Senaman

    Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.
    cara mengatasi badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.

    Tekanan

    Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

    Cara mengatasi Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.


    Tips mudah atasi KELETIHAN (cara saya)

    - adakan to-do-list untuk aktiviti atau pekerjaan yang anda harus lakukan esok hari. Dengan mempunyai to-do-list anda sebenarnya telah memberi arahan kepada sub-concious mind anda supaya mencari idea supaya hari anda esok lebih teratur  buat to-do-list ini sebelum tidur dan pastikan anda gunakan ia sepanjang hari. Tandakan apabila telah selesai, namun jangan stress jika anda tidak dapat lakukan dengan sempurna.
    - set priority dalam to-do-list tadi. ini penting supaya at the end of the day, anda telah berjaya selesaikan tugasan-tugasan utama. memberi efek ‘peace of mind’ kerana kerja penting tidak tertangguh.
    - sebelum tidur, bayangkan hari esok anda yang penuh gembira dan produktif serta cemerlang. bayangkan apa yang anda mahu. lakukan setiap malam.
    - solat di awal waktu (bagi muslim) kerana solat di awal waktu membuat anda rasa ‘tidak berhutang’ dengan ALLAH swt, secara automatik anda akan ‘rasa’ punyai waktu yang panjang untuk lakukan macam-macam perkara. InshaALLAH.
    - amalan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Dhuha memberi kekuatan jiwa, sekaligus membuat kita rasa bersemangat selalu ( jiwa bersemangat tak kenal erti letih!)
    - amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat, serta jika mampu, amalkan mengambil multivitamin. multivitamin SHAKLEE lengkap dengan zat besi yang penting dalam pembinaan sel-sel darah merah. (refer artikel di atas tadi ya). namun secara peribadi, vitamin kegemaran saya ialah B Complex dan Ostematrix Winking smile


    credit: hadha

    Be A Follower & Enjoy Special Discount!!!!

    Meal Shake untuk kanak-kanak


    Ramai yang bertanya kepada saya tentang khasiat Mealshake sebagai suplemen untuk kanak-kanak. Jom kita baca sedikit fakta tentang protein berperisa vanilla ini dan apa kata ibu-ibu yang dah mencuba Mealshake untuk anak-anak mereka Smile

    Apa itu MealShake?
    Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda
    Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavour, colours,sweeteners or preservatives added.

    • a wholesome instant breakfast
    • a delicious,inexpensive meal in hurry
    • a nutrition packed meal supplement
    • a detectable snack any time
    • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholesterol and sodium
    Siapa yang perlukan MealShake?
    Basically,ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .especially yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat. MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

    Apa kata ibu2 yg dah try MealShake?

    Pn Husni - masalah anaknya sembelit (customer Ira) :
    Salam kak ira,
    Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit?
    Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif.since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni.jd sy pon try,alhamdulillah,smggu lepas cuba,dh nmpak beza dia.tiap2 hr buang air besar.n bowel movement pon smooth je,perut dh x buncit (hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je,sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu
    Sy pulak,dulu nk minum susu punye lah susah.bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minu (hehe..exegerate).sedaap!thanks,nnti nk beli,buat bekal puasa

    Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau

    ...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..
    2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata.

    Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitusahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.

    AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat..


    20 perkara perlu tahu tentang penyusuan


    Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
    1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
    2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
    3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
    4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
    5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
    6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
    7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
    8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
    9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
    10. Payudara yang penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
    11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya  melawan penyakit
    12. Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
    13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
    14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
    15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
    16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
    17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
    18. Menyusukan bayi dengan susu ibu  mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
    19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
    20. Ibu yang menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

    Bengkak Susu atau Engorgement


    Ingat lagi cerita saya kena BENGKAK SUSU? Meh baca sedikit info dan tips apabila terkena bengkak susu.

    Apa sebenarnya breast engorgement?
    Bengkak susu atau engorgement berlaku biasanya pada tempoh awal selepas bersalin kerana susu dihasilkan dengan banyak sekali. Susu ini tersimpan dalam tisu disekeliling salur susu sehingga menyebabkannya membesar lebih daripada kapasiti selesa.
    Dalam keadaan yang terlampau, kadang-kadang ibu-ibu yang mengalami bengkak susu merasakan payudaranya seperti mahu pecah. Jika disentuh pun mungkin menyebabkan amarah yang amat. Hati-hati ya dengan ibu yang mengalami masalah engorgement ni. Silap langkah buruk padahnya.
    image : http://www.pdrhealth.com/images/CareNotes/193630.jpg
    Sebab terjadi nya bengkak susu / engorgement :
    1. Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur especially bila baby ter miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother termiss waktu pump session (untuk ibu yang pumping ) . Macam kes aku, waktu Hanum kecil dalam 1-3 bulan, selalu aku mengalami engorgement ni. Sebab nya, adakala diorang tido terlebih lama dan bila dikejut tak nak bangun-bangun. Aku pula time tuh memang takde langsung pump . So memang terasa sakit ya amat.

    2. In between kita nak wean anak kita. Ni kalau sudah sampai masa kita rasa kita perlu wean anak la atas sebab-sebab kesihatan, umur anak dah makin meningkat atau sebab kita mengandung lagi . Time ni breast akan engorged kerana breast sedang melatih otak kita bagi adjust penghasilan susu.

    3. Bila bagi baby breastfeed milk, kita juga bagi formula milk. Itu juga antara punca kenapa bengkak susu sebab baby miss feeding time susu ibu nya.

    4. Baby tak latch-on (perlekapan) dengan betul. Yang menyebabkan masalah perkara 5.

    5. Poor suckling. Disebabkan perkara no 4 tu, baby tak dapat hisap dengan elok. Dan menyebabkan masalah no 6. Hisapan yang lemah oleh bayi akan menyebabkan tidak banyak susu dapat dihisap keluar.  Baby pula  kemudiannya tak mendapat cukup susu untuk setiap feeding. Seterusnya bolleh jadi punya anak kurang berat, tapi perkara ini kita akan kupas dimasa lain.

    Next,

    6. Breast is not emptied properly. Payudara kita ni kena dikosongkan dengan sekosong-kosongnya supaya tak ada susu terkumpul. Kalau tak , disebab tu kita dah menyusu pun masih boleh engorge. Boleh berlaku juga akibat perkara 4 dan 5.

    Jadi lihatlah, semuanya berkait-kait.

    Apa nak buat kalau bengkak susu :
    Secara umum, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

    Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:

    1. Buat cold compress dulu kalau breast dah terlalu sakit. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.

    2. Warm compress. Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Tapi jangan air mengelegak pula. Nanti lain jadinya. :P
    Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan.

    3. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.

    4. Kalau dah kronik juga, amik kobis ( satu dua layer kobis tuh ) dan letakkan kat breast kita dalam 5 – 10 minit. Tapi jangan lama-lama. Nanti susu terus kering pula.
    Insya allah, bengkak akan menyusut and kurang sakit.
    Selain daripada itu, keep on feeding baby as often yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. Jangan cut down fluid intake sebab takut bengkak susu kerana ianya tidak ada kena mengena dengan sebab terjadi nya engorgement / bengkak susu.
    Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi.
    Good luck ye mothers semua!

    Info :


    credit: hadha

    Cari Blog Ini