Penyebab Anda letih & Cara untuk mengatasinya


Letih badan, letih minda adalah sangat merbahaya kerana ia mampu menjejaskan hidup anda. Kualiti kerja, kualiti sosial, kualiti diri, kualiti perhubungan etc semuanya akan merudum gara-gara masalah keletihan ini.
Terasa cepat penat, mengantuk, takde mood, sengal-sengal sendi, lenguh kaki dan tangan dan sebagainya. Tahukah anda mengapa? Jom kita baca kupasan daripada gediq.com tentang masalah ini.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.

Sensitiviti Elektrik

Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badanTanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.
Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

Diabetes tanpa Sedar

Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol.

Masalah Ginjal

Masalah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.

Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.

Cara Senaman

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.
cara mengatasi badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.

Tekanan

Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

Cara mengatasi Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.


Tips mudah atasi KELETIHAN (cara saya)

- adakan to-do-list untuk aktiviti atau pekerjaan yang anda harus lakukan esok hari. Dengan mempunyai to-do-list anda sebenarnya telah memberi arahan kepada sub-concious mind anda supaya mencari idea supaya hari anda esok lebih teratur  buat to-do-list ini sebelum tidur dan pastikan anda gunakan ia sepanjang hari. Tandakan apabila telah selesai, namun jangan stress jika anda tidak dapat lakukan dengan sempurna.
- set priority dalam to-do-list tadi. ini penting supaya at the end of the day, anda telah berjaya selesaikan tugasan-tugasan utama. memberi efek ‘peace of mind’ kerana kerja penting tidak tertangguh.
- sebelum tidur, bayangkan hari esok anda yang penuh gembira dan produktif serta cemerlang. bayangkan apa yang anda mahu. lakukan setiap malam.
- solat di awal waktu (bagi muslim) kerana solat di awal waktu membuat anda rasa ‘tidak berhutang’ dengan ALLAH swt, secara automatik anda akan ‘rasa’ punyai waktu yang panjang untuk lakukan macam-macam perkara. InshaALLAH.
- amalan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Dhuha memberi kekuatan jiwa, sekaligus membuat kita rasa bersemangat selalu ( jiwa bersemangat tak kenal erti letih!)
- amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat, serta jika mampu, amalkan mengambil multivitamin. multivitamin SHAKLEE lengkap dengan zat besi yang penting dalam pembinaan sel-sel darah merah. (refer artikel di atas tadi ya). namun secara peribadi, vitamin kegemaran saya ialah B Complex dan Ostematrix Winking smile


credit: hadha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini