Secara ringkas, saya sering menjelaskan kepada customers saya SLE ialah sejenis penyakit auto-immune, yang mana, antibodi yang sepatutnya bertugas untuk melindungi tubuh seseorang itu berubah memakan diri penghidap SLE itu pula. Even (menurut teman saya Iffah) memberitahu, at certain stage, ketika hamil, bayi yang dikandung juga boleh dianggap bendasing oleh tubuh gara-gara SLE.
Okeh! Nak tahu lebih lanjut kan? Jom baca perkongsian MamaAna mengenai SLE. Credit to MamaAna
Awalnya ia dikenali sebagai 'butterfly rash' yang mana ia bukan melibatkan kepada bahagian kulit sahaja tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Disebabkan itu ia digelar SLE (Systematic Lupus Erythematosus) atau sering kali digelar penyakit seribu wajah.
Apakah SLE?
Ia terjadi akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh badan atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ dalam tubuh pesakit boleh diserang, menyebabkan pesakit menunjukkan gejala yang berbeza-beza apabila melibatkan ke semua organ terutama sendi, buah pinggang, kulit, sistem darah dan sistem saraf.
Adakalanya doktor sukar mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya salah satu siptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi dan untuk mengesahkan pesakit ini, pesakit yang sudah menampakkan siptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi.
Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 - 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.
Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal.
Antara gejala-gejala SLE
ruam pipi (malar rash) ruam merah pada kulit (discoid rash) peka terhadap cahaya (photosensitivity) luka sekitar mulut (oral ulcers) artitris (radang sendi) radang pada selaput sereus (serositis) kelainan pada ginjal (renal disorder) kelainan fungsi saraf (neurologic disorder) kelainan darah (hematologic disorder) kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
Buat ibu-ibu yang menyusu yang mempunyai SLE anda tidak boleh mengambil alfafa.
Diharapkan, sedikit perkongsian daripada saya pagi ini membantu anda untuk memahami apa itu SLE.
InshaALLAH, saya akan usakan mencuri sedikit masa untuk berkongsi kisah Iffa, salah seorang teman kami di Euphoria tentang SLE dan Vivix. Saya yakin anda pasti teruja. InshaALLAH
Sebarang info mengenai SLE, sila click disini
Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Zainora Yahaya
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859151 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 2394505
♥ Emel : zainora84@yahoo.com.my
♥ Laman web: aboutnora.blogspot.com
As salam...
BalasPadamSaya pengidap SLE... Boleh tak saya nk mencuba VITA E Shaklee?
wsalam
BalasPadambetter ambil GLA Complex, bgs juga sb ade vit E dlm GLA tu
Ada penghidap SLE yang sudah beransur sembuh. Testimoni sebenar ye. saya cuma harap dapat bantu sesiapa yang punya sakit sama
BalasPadamhttp://www.freevitamin.my/2013/09/testimoni-vivix-untuk-pesakit-sle.html