ESP terkenal dengan soya yang sangat asli di mana tidak mempunyai apa-apa rasa, tidak menggemukkan dan ia kaya dengan protein. Ibu yang mengambil soya kebanyakan mengakui bahawa payudara mereka mudah bengkak dan mudah rasa kenyang sepanjang hari terutama di bulan-bulan puasa ini. Selain untuk menambah susu ia juga bagus untuk kesihatan kulit di mana ia memperbaiki sel-sel yang mata serta mencantikan kulit dan wajah kita secara tidak langsung.
Fungsi Energizing Soy Protein
- membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
- kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
- rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
- protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
- memberi tenaga
- mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
- membantu memekatkan dan perbanyakkan susu
Siapa Yang Boleh Ambil
- Ibu menyusu
- Ibu hamil
- Ibu dalam pantang
- Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
- Mereka yang ingin membina otot (body builder)
- Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, horm
- Mereka yang ada gastrik
- Mereka yang ingin menurunkan berat badan
Cara Minum
- boleh diminum begitu sahaja
- boleh dicampur dengan Milo
- boleh dicampur dengan susu contoh Anmum, Fernleaf, Omega 3
- boleh dicampur dengan Oren Twister
- boleh dicampur dengan kurma, susu dan diblend dengan ais
- atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti anda
Cara Bancuh
Ia dibancuh dengan air panas suam. Jangan bancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP ini. Ingin lebih sedap, boleh shake.
Performance Drink bukanlah penambah susu tetapi ia membantu kita kekal cergas sepanjang masa, Insyaallah. Jika kita tidak berkemampuan untuk penuhi 3 liter sehari, Performance Drinklah jawapannya. Ia adalah minuman isotonik tetapi tidak bergas.Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan kekal terhidrat setiap masa Performance Drink adalah minuman yang terbaik. Ia mengandungi kombinasi air, gula dan elektrolit yang padan dengan penghidratan tubuh. Bagi pesakit diabetis yang bersenam secara intensif, PD boleh membantu mereka menambah lagi cecair yang telah hilang di samping mencegah hipoglisemia. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah, meningkatkan persembahan dan melambatkan keletihan ketika bersukan. Bilakah ia diperlukan? Semasa demam atau mengalami cirit-birit, badan akan kehilangan elektrolit melalui hidrasi dan ini memberi kesan kepada jumlah cecair di dalam tubuh badan. Walaubagaimanapun meningkatkan pengambilan air adalah penting untuk dehidrasi, air tidak mempunyai elektrolit.
Ada di antara ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tidur, stress dan banyak lagi. Dalam kes ini, saya akan mencadangkan untuk mencuba mengambil PD semasa bersahur dan berbuka demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. Bukan untuk kaum ibu sahaja disarankan untuk mencuba PD tetapi bagi anda yang banyak bergerak semasa bekerja, yang perlu banyak bercakap, bekerja di site PD adalah minuman yang terbaik untuk membantu anda mengekalkan kecergasan samada di bulan puasa atau tidak. Untuk pengetahuan anda, PD adalah minuman RASMI dalam keluarga saya kerana ia sangat membantu ketika saya mengalami migrane.
credit : along
Anda ingin mencuba?.. pembelian sepanjang Ogos ini melayakkan anda utk join peraduan dgn hadiah utamanya CASH RM400.. DUIT RAYA tue.. xmungkin anda xnak kan..
sila email saya di ZAINORA84@YAHOO.COM.MY atau sms 017 2394505 untuk mengetahui promosi bulan ini dari Group Euphoria kami serta peraduan menang DUIT RAYA.. sebarang pertanyaan juga bleh melalui cara yang sama (^_^) hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan