Benarkah jamu wajib sebagai persiapan untuk berpantang? Sebelum saya beri pendapat saya tentang ini.. apa kata kita baca pengalaman GenkiMomma berpantang..
jamu atau supplemen?
Jom baca...dipetik disini
First Baby.
Saya seorang yang agak skeptikal dengan produk kesihatan, makanan tambahan, apatah lagi rangkaian jamu yang banyak berlambak di pasaran. Lebih menakutkan apabila mendengar berita bahawa produk kesihatan yang glamour di Malaysia, yang dah ramai orang guna, tiba-tiba ditarik balik dan diisytiharkan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Makanya, semasa melahirkan anak pertama, saya langsung tidak ambil pusing untuk membeli jamu atau set bersalin, risau akan merosakkan badan.
Apabila baby lahir, saya hanya berurut selama 3 hari, mandi air daun-daunan selama sebulan, minum air rebusan akar kayu selama beberapa hari dan makan ubat yang dibekalkan oleh hospital. Saya cuba untuk minum pati ikan haruan, tapi nak telan satu sudu pun susah. Saya kurang suka makan ikan. Saya juga tidak disiplin berbengkung kerana menggunakan bengkung tradisional (jenis panjang berjela, dan perlu pusingkan badan berulang kali untuk memakainya). Jika tiada sesiapa yang tolong, memang tak boleh nak pakai dengan kemas. Maka, agak malas di situ.
Secara umumnya saya rasa sihat walaupun mengalami bentan sebanyak 2 kali. Owh, anda tahu tak apa itu "bentan"? Apapun, mungkin kerana masih muda, baru 25 tahun, kesan kerana tak berdisiplin sewaktu berpantang tue kurang dirasai. Perasan 'tough' gitu!
Second baby.
Pengalaman berpantang first baby yang kurang memuaskan hati menyebabkan saya membuat persediaan yang bersungguh-sungguh kali ini. Sewaktu baby masih dalam kandungan, saya telah membeli bengkung jenis tali kasut (boleh pakai sendiri, tak perlu bantuan orang). Kerana berasakan bahawa jamu satu elemen yang wajib, maka kali ini saya berhabis rm300 untuk set bersalin Nyonya Ramping (bukan nama sebenar) sebab ramai yang memberi review bagus terhadap produk ini.
Apabila baby lahir, saya gunakan minyak tersebut untuk sapu tempat-tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah, memang segar. Selepas selesai berurut selama 3 hari, saya bersedia untuk mulakan pengambilan jamu (set bersalin tersebut). Namun, baby saya mendapat jaundice yang berterusan sehingga umurnya 2 bulan 1 minggu. Breastfeeding jaundice! Jadi saya tangguhkan dulu hasrat untuk minum teh herba & pil jamu tue. Saya sekadar gunakan uncang untuk mandi rempah, mandi lulur serta minyak panasnya yang memang best. Semuanya untuk kegunaan luaran sahaja.
Pernah ketika umur baby 30 hari, saya cuba makan sebiji pil jamu tersebut. Kesannya, saya sakit perut memulas-mulas sepanjang hari & tiba-tiba pada malam tersebut baby meragam dan tidak mahu tidur malam! Baby menangis sepanjang malam dan hanya mahu tidur di atas riba sahaja. Keesokannya apabila kami ke hospital untuk check up baby sebulan, saya kelihatan sangat lesu dan tekanan darah menurun. Terus saya stop kan pengambilan pil tersebut. Saya cuba ambil lagi sekali tatkala baby berumur 4 bulan, kesannya sama juga. Saya tetap sakit perut melampau & baby yang masih eksklusif susu ibu ketika itu tiba-tiba menangis tidak mahu tidur malam. Maka, yakinlah saya bahawa kami berdua alah dengan jamu. Sebotol pil jamu terbuang begitu sahaja, sebab expired tanpa di jamah.
Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!
Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah.Owh, apakah pula persamaan berpantang kali pertama & kali kedua? Ya, untuk kedua-dua baby pun, saya tak ambil jamu. Walaupun ada percubaan sekali dua makan jamu, tapi sebab baby 'reject', bolehlah disimpulkan seolah-olah tak ambil jamu langsung.
Third Baby.
Insya Allah, jika diberi peluang untuk melahirkan baby lagi, saya dah tahu dan yakin apa yang diperlukan sewaktu berpantang. Berurut, memakai bengkung dan mandi air daun-daunan adalah perkara yang wajib bagi saya. Namun, untuk kesihatan dalaman, saya akan memilih supplements.
Bagi saya anda bebas untuk memilih apa jua makanan..jamu atau supplemen sewaktu berpantang nnt... Cuma nasihat saya..pastikan anda tahu khasiat dan kesan yang bakal anda dan baby peroleh selepas pengambilan jamu atau supplemen..
insyaAllah.. untuk kehamilan kedua nanti, saya juga bercadang untuk mengambil supplemen sepanjang tempoh berpantang nanti.. ^_^.. walaupun emak saya adalah pengamal jamu yg tegar, beliau memberi bermacam jamu sepanjang saya berpantang semasa anak pertama, tapi huhuhu saya langsung tidak 'menikmati' jamu itu.. uiiii marah mak kalau mak tau..
Aper yg terkandung dalam set C (set berpantang Shaklee) ini..
[1] B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
[2] Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
[3] Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
[4] Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Supplements tambahan lain yang sangat sangat saya syorkan ibu² ambil ialah Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Alfalfa / Lecitin...ia melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.
## boleh rujuk entry ini untuk baca Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Berpantang
Istimewanya set kehamilan Shaklee ini ialah anda boleh terus mengamalkan set yang sama sewaktu berpantang, sepanjang tempoh penyusuan malah selepas wean-off, dan ada vitamin² ini yang anda boleh share dengan anak (hasben of course lah)
Hanya yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak, jadi jika berkemampuan, tak salah berbelanja lebih :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan