RESTORAN IKAN BAKAR DI PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR

Ahad lepas ade job katering aiskrim area Meru, Klang. Job sampai kul4. siap2 solat zuhur asar baru gerak balik. Masa tu kami tak makan lagi maklumlah kalau dhsibuk kt majlis memang tak berapa lalu nk makan, so husband ajak makan dulu di Pantai Jeram, Kuala Selangor. 

Sapa berminat nk makan kt Restoran Aroma Ikan Bakar ni sila reserve siap2 ok.

Actually dh kali ke2 datang pantai ni konon nk melantak ikan bakar. Selalu tak kesampaian sebab selalu full house. Kami ni memang jenis x kuasa nk tunggu2 & makan tempat yg sesak sangat. Maklumlah anak kecik2. Disebabkan aritu kami berdua je tak bawa anak so singgah jugak lah. Kalau ramai sanagt pun masih leh bersabo.

Alhamdulillah, masa kami dtg dalam kul6 memang tak ramai sangat masa tu. Dapat lah beratur kejap. Kalau korang datang pukul 6.30 memang sesak dh. Tempat nk duduk makan pn penuh. Memang ramai lah komplain servise mcm hampeh..tapi kalau korang sebelum dtg research mesti akan rasa ok je. Biasa lah tempat tumpuan ramai konfem staf tak terlayan sgt kita ni. Think Positive ok! So jgn suka hati datang ikut rasa perut lapar main datang je. Memang kena datang awal kalau nk service tiptop. 



Antara Langkah yg perlu dibuat kalau makan kt sini ialah first sekali ade sorang tukang beratur pilih  bahan & menu untuk dimasak. Sambil beratur suruh geng lain cari tempat duduk yg available, bila dah konfem takde orang reserve lagi ambik no. meja tu pastu pegi kaunter untuk booking meja tu. Dah tu pegi jumpe member yg tengah beratur tu bagi no meja. Senang nanti menu yg kita order tu terus sampai ke meja kita dh reserve tu. Tak de no. meja tak masaklah makanan korang huhu.

Masa ni kami takde lah kemaruk sangat, sebab kang membazir yg makan kami berdua je. Antara ikan & seafood kami ambik ikan talapia (bakar), sotong dg udang buat masak tomyam, lala (sambal tumis)..ha tu je..tu pun jenuh nk abeskan.




Disebabkan kami datang pada waktu tak sesak lagi alhamdulillah dalam 15minit semua menu sampai. Ikan talapia bakar memang SEDAP!!!! sambal kicap dg air asam nyer sedap & pedas...bila pedas baru lah terangkat.

Oklah total semua takdelah sampai pengsan. ok lah dalam rm63 campur air minum 3 jenis, & 2 pinggan nasi. Memang kenyang makan. tapi kalau dapat makan tepi2 pantai lagi syok..tu kalau nak kena dtg awal lagi..hehehe...ni pn kami dapat duk tengah2 dekat dengan kaunter bayaran...jadi lah dari orang lain beratur tunggu orang lain siap makan. 

Gambar kat bawah ni suasana dalam kul 7.30 malam...beratur sampai tepi jalan. Panjang weii kalau aku memang tak sanggup lah nk beratur sampai camtu.



Sapa2 yg plan nk makan ikan bakar kt Aroma Ikan Bakar kt Pantai Jeram ni please call untuk reserve meja. Kalau yg nk main terjah mcm saya aritu dtg awal eh, kalau tak dtg awal sila jangan banyak songeh nk komplain mcm2. Tabah je lah beratur kalau dah ramai tu. Nak selesa sgt tak payah dtg..gi makan kt hotel je. haaaa tu memang selesa!


Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 859151].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


COD : PETALING JAYA, SUBANG, SHAH ALAM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini