Alhamdulillah syukur tak
terkata bila selesai proses pembedahan jantung anak saya. ..dah 3 minggu masa
berlalu…Aisyah pn makin sihat & aktif berbeza sebelum operation...Aisyah mempunyai masalah jantung berlubang kongenital / sejak kelahiran...tapi saya & suami baru menyedari pada November 2011. Syukur sangat bila dokter dapat kesan masalah ini lebih awal...
Masalah yang paling ketara sebelum kami menyedari yang Aisyah mengidap jantung berlubang ialah Aisyah lambat berjalan umur 2 tahun sebulan baru berjalan, kerap demam & batuk...memang selalu masuk hospital...aduhaiii...tapi Aisyah tidak menunjukkan tanda seperti sesak nafas, kulit bertukar biru bila menangis...dia kelihatan sihat saja..cuma mudah sangat dijangkiti...
ok, ape itu Jantung berlubang ASD??
Atrial septal defect (ASD)
credit
Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung.
Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.
Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar.
Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan