* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Jika anda perasan, antara HOT tips yang kami geng pengedar GBS sering tekankan bagi anda yang ingin mengamalkan supplement Shaklee adalah pengambilan air setiap hari yang mencukupi.
Minum juga mempunyai waktu-waktu tertentu yang di dapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya! Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut:-
- PAGI SELEPAS BANGUN DARI TIDUR
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein..
- 30 MINIT SEBELUM WAKTU MAKAN
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
- SEPANJANG HARI
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
Tahukah anda?
Bagi setiap 25kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air kosong.
Cth : if berat 50kg,anda perlu sekurang2nya 2liter air sehari.
Di sini saya nak share tentang kenapa air itu sangat penting dalam rutin harian kita.
Tahukah anda otak kita mengandungi 90% air.
Otot kita mengandungi 75% air.
Tulang kita mengandungi 22% air.
Darah kita mengandungi 83% air.
♥ Air menstabilkan suhu badan.
♥ Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel.
♥ Air melembabkan udara dalam paru-paru.
♥ Air meningkatkan kadar metabolisma!
♥ Air melindungi organ-organ.
♥ Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik.
♥ Air melindungi dan melembabkan rawan.
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
- Tubuh selalu kepenatan
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
*sekadar berkongsi.. kalo kat sekolah cuba kita tengok anak sape yang bwk air berbotol2..dan anak sape yg bijak?.. hmm..renung2kan dan fikir2kan. (^-^)v
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp : 017 239 4505
Tiada ulasan:
Catat Ulasan