Bayi pramatang sebenarnya memerlukan nutrisi daripada ibu yang menyusu..Jadi pastikan ibu-ibu menyusu mendapat nutrisi yg lengkap..



"salam kak..ada ape2 info tentang shaklee yang bantu baby pramatang..kwn zu babynya tak cukup bulan and kecik sangat"

dan maka yang demikian...sukacita saya nak share tentang baby pramatang di blog ni... seingat saya tak pernah saya tulis tentang bayi pramatang..tapi ada beberapa customer saya yang suka dgn hasil dari mengambil supplemen shaklee ni... apa2 pun..jom baca sekilas info tentang bayi pramatang..(dipetik dan diedit dari duniasusuibu)

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri sepertimengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.
Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?
* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

* Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

*Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

..secara ringkasnya... bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi.. jadi yg saya amat menggalakkan pengambilan trial pek Set B dan ESP (energizing soy protin)....kenapa ibu yang babynya pramatang perlu ambil set ni?....sebab vitamin2 dlm set ni dapat menambah kualiti susu ibu dan secara taklangsung bayi yg menyusu mendapat nutrisi yg diperlukan..sila baca apa yang ada dalam set ni :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi...Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak .
b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri 
c) Vitamin C
Meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu.So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan.
e) Energizing Soy Protein (ESP)
protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.

dan apabila menulis ttg bayi pramatang ..teringat saya pada junior saya mommylyna..yg juga mengambil supplemen shaklee....bayinya dulu lahir 7 bulan..si Fahry yg comel tu....kecil gak... ..tapi Pn Lyna consistent dgn supplemen shaklee...dan alhamdulillah saya tengok perkembangan Fahry amat memberangsangkan...dan tadi ni saya minta beliau sms secara ringkas komennya tentang bayi pramatang dan supplemen shalee...
..katanya "Kak, Fahry cepat naik berat..sakit kuning kejap ...cepat kluar spital..dan jarang demam "..

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : zainora84@yahoo.com.my
SMS/ WhatsApp :   017 239 4505

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini